CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak Tak Sesuai Jadi Hos? Cuba Tunjukkan Kami Cara Jadi Bagus - Nabil Ahmad

20-7-2018 11:39 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 14281| Komen: 74|Original author: Oleh: Ain

Description: "Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus."
"Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau 
lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana 

caranya menjadi pengacara yang bagus."

Berikutan kenyataan seorang pelakon yang mendakwa pelawak tidak sesuai mengacara, pengacara Nabil Ahmad menyifatkan cadangan pelakon berkenaan sebagai sengaja mahu mencari perhatian, lapor BH Online.


Kredit foto: IG Nabil Ahmad

"Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati.


"Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat.

"Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri," katanya kepada BH.

Terdahulu, isu itu mula dibangkitkan apabila Syazwan Zulkifly menyindir Janna Nick yang mengendalikan rancangan Melodi.

Tanpa menulis nama menerusi Twitternya, pelakon berkenaan membuat sindiran yang jelas merujuk kepada pengacara wanita Melodi iaitu Janna yang disifatkan tergedik-gedik dan terkinja-kinja.

Kenyataan itu turut mendapat komen sokongan daripada pelakon Aiman Hakim Ridza yang turut mencadangkan untuk berhenti mengambil pelawak sebagai hos dengan tanda pagar #meletops.

"Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun," tulisnya.


Kredit foto: BH Online

Nabil, bagaimanapun menegaskan tidak mahu mengambil pusing dengan tindakan mereka yang suka meraih publisiti murahan itu.

Apa pula pendapat pembaca? Kenyataan siapa anda sokong, sama ada Nabil atau Aiman? - CARI
26

Bagus
30

Marah
32

Terkejut
33

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haikhal 20-7-2018 12:09 PM
terpulang pada pendapat masing2 kerana setiap orang ada pendapat mereka tersendiri
Quote haikhal 20-7-2018 12:20 PM
haikhal replied at 20-7-2018 12:09 PM
terpulang pada pendapat masing2 kerana setiap orang ada pendapat mereka tersendiri

test
asd
asd
asd
asd
asd
asd
asda
sdas
d
Quote shernazz 20-7-2018 12:21 PM
Dlm byk pelawak..iols.suka angah jadi mc atau dj..
Nampak dia professional la...
Quote ira_229 20-7-2018 12:29 PM
padan muka kena direct...selalu dia hencap orang atas tiket pelawak cuma gurau je...sekarang kena hencap jangan nak mengelupar ye pak aji nabil..hati takmo tisu ok..!
Quote kucingitam 20-7-2018 12:32 PM
berhenti juga ambil pelawak jadi DJ radio...tak best pon...dia buat lawak, dia sendiri gelak..
Quote cairel_azlie 20-7-2018 01:52 PM
Pasal ramai yang dengki pasal job mengacara, job jadi hos, job jadi DJ radio dan job kat corporate event pun semua pelawak yang sapu!!! pelawak kat malaysia mostly jutawan sekarang lagi kaya dari penyanyi dan pelakon.....zaman muka cun, hensem dan tinggi dah berlalu...sekarang org prefer.. muka badut, kelakar dan bodo2 alang...haha
Quote gigi 20-7-2018 01:59 PM
nak jadi pengacara molot jangan macam LONGKANG
Quote BoongaKertas 20-7-2018 02:05 PM
kucingitam replied at 20-7-2018 12:32 PM
berhenti juga ambil pelawak jadi DJ radio...tak best pon...dia buat lawak, dia sendiri gelak..

tp sepahtu @sinar best chuols. lawak bukan bingit gelak mcm johara
Quote BoongaKertas 20-7-2018 02:06 PM
cairel_azlie replied at 20-7-2018 01:52 PM
Pasal ramai yang dengki pasal job mengacara, job jadi hos, job jadi DJ radio dan job kat corporate e ...

auch! deep ...
Quote one_aiman 20-7-2018 02:17 PM
pelawak jd dj radio iols boleh layan angah je..si hebat jepp tu menyampah pulak kalau dia ada..suka kacau org bercakap..
Quote nad014 20-7-2018 03:30 PM
tak setuju ambil pelawak jadi hos / dj , tolonglah bagi training, sinar tak suka jep dgn rahim (caca merba, kadangkala biadap)kalau nk amik jugak , sila pergi TRAINING
Quote holaaaaaa 20-7-2018 03:33 PM
hot.fm pepg best...bole terhibur
Quote kucingitam 20-7-2018 03:36 PM
iols stop dgr sinar bila sepah masuk...hmm bersepah2 jadinya... dgr sikit je lps tu tukar. tambah kalo bila rahim dah buat suara2 pakcik la ape la..tak kelakar..
Quote cairel_azlie 20-7-2018 04:43 PM
habis bebudak maskom takleh cari makan...kerja belakag tabir jer la walau ada degree!!
Quote sakurazura 20-7-2018 04:48 PM
Haji nabil kalau mengata org mcm dia je yg paling maksum. Tp bila setepek kat muka sendiri tahu pulak nak sentap. Meols cadang kan haji duduk, fikir n muhasabah apa yg heols penah kta kat org sebelum ni.
Quote bukan_ustazah 20-7-2018 05:07 PM
Aiman Hakim Redza kau dah kenapa kebelakangan ni?? jangkit ex gelpren ke?? script writer kau gadoh dan kutuk, pengarah kau gadoh, sekarang pelawak pengacara pulakk. Kalau you bagus Eman, you bukak production house dgn duit mak ayah you dan buat program tv, pengacara yang berkualiti seperti you katakan. Dont just complain!
Quote willow12 20-7-2018 05:09 PM
Dak aiman hakim pun nak kasi nasi tambah jugekkk....
Screenshot_20180720-170146.jpg
Screenshot_20180720-170151.jpg
Screenshot_20180720-170159.jpg
Screenshot_20180720-170206.jpg

Wpun sbnrnya aku rasa level dak aiman ni tak perlu nak komen sgt lah si haji nabil, tp aku tehtap setujuk dgn apa yg heols bitter kan sgt tu. Ahaks
Quote bukan_ustazah 20-7-2018 05:14 PM
Edited by bukan_ustazah at 20-7-2018 05:19 PM
willow12 replied at 20-7-2018 05:09 PM
Dak aiman hakim pun nak kasi nasi tambah jugekkk....

Bagi I kalau awal atau aznil atau ac mizal ke yang meroyan I rasa ok can accept. Tapi dak eman ni dah kenapa semua benda dia tak puas hati seolah-olah rasa semua orang macam sampah dan tak kualiti sedangkan heols award pun tak pernah menang
Quote damian_lee 20-7-2018 05:17 PM
Bukan dah bagi tauu ke???
Jangan hangsuang
Lawak biar berpada
Jangan melalak mengilai
Jangan buat lawak bangang pastu grlak sendiri
Jangan bingit

Tapi kata kita haters plakkkk
Lantaklaaaaaaa
Ko persis politikus .....

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.065375 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top