CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cacing Bawa Penyakit, Ditemui Dalam Tin Sardin Dari China

27-6-2018 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6001| Komen: 42

Description: Sejenis cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia ditemui dalam sampel tin sardin dari China.
Sejenis cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia ditemui dalam sampel tin sardin dari China.

Astro Awani melaporkan, ia ditemui oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dari tin sardin yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.


Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, cacing tersebut ditemui dalam beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena berisi 'Canned Mackerel in Tomato Sauce' yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram dengan nilai RM199,797.24.

Menurut sumber lagi, cacing berkenaan mungkin daripada genus Anisakis spp dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Foto: Astro Awani

Mokhtarud-din berkata, " perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]."

Pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.

"Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing." -CARI
23

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 27-6-2018 08:42 AM
saya beli cap ayam aje
Quote cik_sssara 27-6-2018 08:53 AM
Nauzubillah, harap tak masuk Malaysia.

Teringat filem korea, Deranged. Satu Negara kena virus cacing parasit, gejala dia pesakit akan rasa dahaga sangat-sangat sampai satu tahap cacing kasar-kasar keluar dari mulut & anus, lepastu arwah. Rupanya virus ni satu rancangan syarikat farmaseutikal untuk buat untung sebab dia je yang ada penawar.  
Quote AbukRokok 27-6-2018 09:17 AM
dah lama xmakan sardin ...boikot
Quote chazey 27-6-2018 09:19 AM
Akak yaqin brand Malaysia seperti Ayam Brand, Yeo's, Adabi ngan King Cup (brand Malaysia ke brand Jepon ni?) takda masalah ini.
Quote insulin 27-6-2018 09:20 AM
AbukRokok replied at 27-6-2018 09:17 AM
dah lama xmakan sardin ...boikot

Rugi x makan sardin. Sardin cap Ayam sedap oiii...
Quote nisako 27-6-2018 09:20 AM
eeeeiiiiiii nasib x minat sgt nak mkn sardine ni...
Quote zulka 27-6-2018 09:22 AM
brand apa ni? dulu yg ada cacing TLC....apesal diblur kan brand sardin tu  
Quote MissVixen 27-6-2018 09:23 AM
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa.
Quote monreyes 27-6-2018 09:29 AM
kan dah tulis Ranesa dlm news tu
Quote monreyes 27-6-2018 09:29 AM
seb baik aku x mkn ikan dan yg seangkatan dgn nya....
btw...camner cacing leh masuk dlm tu...
Quote monreyes 27-6-2018 09:31 AM
dulu ada forumer  bagi resepi sardin buatan sendiri....
Quote sapeka 27-6-2018 09:45 AM
MissVixen replied at 27-6-2018 09:23 AM
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa.

kan
klu dah coverina macam tu
tak payah la acah2 buat berita

Quote zulka 27-6-2018 10:17 AM


Quote sarahmirza 27-6-2018 10:21 AM
I makan sardin cap ayam je..
Pernah beli brand lain... adabi kot tapi tak sedap langsung.
Tapi dah jarang beli la... anak I tak makan langsung sardin dek terpengaruh kata2 cikgu di sekolah kata sardin tak bagus untuk di makan.

Quote matchstick 27-6-2018 10:23 AM
Di tin tu tulis buat di Indon..import dr China?
Quote matchstick 27-6-2018 10:24 AM
X pernah jumpa pula sardin pprt ni kat pasaraya
Quote zulka 27-6-2018 10:40 AM
matchstick replied at 27-6-2018 10:23 AM
Di tin tu tulis buat di Indon..import dr China?

tu la..kalau jenama ranesa ni setahu aku buatan indon..
Quote aks_berhad 27-6-2018 10:41 AM
yg ni jenis sapa yg makan mentah2 atau tdk di masak dgn betul. kalau masak dgn betul, cacing tu mati. tp kalau dah tau ada cacing dlm tu, lepas masak pon aku tanak makan.
Quote CARI-MAMS 27-6-2018 11:22 AM
ada sardin dlm peket tu ok tak...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.177977 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top