CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran RM3 Juta Untuk Pegawai Henti Siasat Kes 1MDB

24-5-2018 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6960| Komen: 45

Description: Seorang pegawai kanan yang dibuang kerja akibat menjalankan siasatan kes 1MDB pada tahun 2015, dilaporkan pernah diberi tawaran wang tunai berjumlah sekurang-kurangnya RM3 juta untuk berhenti menjalan ...
Seorang pegawai kanan yang dibuang kerja akibat menjalankan siasatan kes 1MDB pada tahun 2015, dilaporkan pernah diberi tawaran wang tunai berjumlah sekurang-kurangnya RM3 juta untuk berhenti menjalankan siasatan.



sumber : Carian Internet

Menurut laporan eksklusif The Straits Times, berdasarkan maklumat seorang individu yang menggunakan nama samaran, terdapat seorang ahli Parlimen Barisan Nasional telah cuba campur tangan untuk membolehkan siasatan kes 1MDB dihentikan. Difahamkan individu terbabit berperanan sebagai orang tengah kepada kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. 

"Ahli Parlimen tersebut seorang diri membawa satu beg tangan yang penuh dengan wang tunai untuk ditawarkan kepada bos saya dan balasan tawaran tersebut adalah bos saya kena hentikan semua siasatan kes 1MDB."


Tambah individu itu, setelah beberapa kali menolak tawaran wang tunai itu, bosnya terus dibuang kerja dan mula mengalami gangguan dan ugutan bunuh. 

Selain itu, The Straits Times turut menemubual seorang lagi individu yang lain, menurut beliau, ahli Parlimen itu turut menasihatkan sekiranya pegawai berhenti melakukan siasatan kes 1MDB, mereka akan dipindahkan ke luar negara untuk menjalani kehidupan yang serba mewah.

Apabila pegawai menolak tawaran tersebut, ahli Parlimen itu bertindak mengupah sekumpulan samseng dari negara jiran untuk mengganggu ahli keluarga pegawai terbabit. 

sumber : www.thestar.com.my

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull memaklumkan dalam sidang media bahawa terdapat seorang ahli Parlimen dari utara Malaysia pernah dua kali meminta dia berhenti menjalankan siasatan kes 1MDB dan orang itu memiliki panggilan sebagai 'Cash King'. - CARI 
17

Bagus
10

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
29

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 24-5-2018 02:13 PM
mcam2 crita sudah keluar
x sbar nk tengok hasilnya
Quote moonbug 24-5-2018 02:22 PM
Tapi cubaan rasuah tu tak dilaporkan secara rasmi, boleh kena charge apa-apa ke?
Quote idakamaruddin 24-5-2018 02:23 PM
seronok bc news lately... x pikir pn nak raya

Quote shahgti 24-5-2018 02:23 PM
Byk sgt drama. Dah buat laporan polis belum?
Quote shernazz 24-5-2018 02:33 PM
Kita tengok sapa yang kenaaa...
Benar atau tidak..kita lihat nnt...
Quote fatinz 24-5-2018 02:36 PM
Bongok. Habis semua nak bgtau.  Boleh  simpan masa perbicaraan mahkamah tak.
Quote roy3 24-5-2018 02:43 PM
hahah syoknye berita tempatan semenjak 2 menjak ni
Quote kecimpret 24-5-2018 02:52 PM
fatinz replied at 24-5-2018 02:36 PM
Bongok. Habis semua nak bgtau.  Boleh  simpan masa perbicaraan mahkamah tak.

mana ada semua bgtau..dia x bgtau pun sape
Quote kehcik_evil 24-5-2018 03:00 PM
Lately baca berita seronok je....kalah drama korea, org ni nak jatuhkan org ni. hahahaha malaysia ku banyak betul drama x habis baca gi ni ada cita baru.
Quote Nonones 24-5-2018 03:07 PM
Macam2 betul pemimpin corrupt be end ni
Quote limesherbet 24-5-2018 03:23 PM
I berpendapat tak usah la semua org yg nak bongkar the truth on 1mdb ni warwarkan pada media sehingga la dah blh charge najib tu. takut it will help perompak ni untuk lepaskan diri dari undang2 bila tau semua info and every move. dan selagi jibby ni x ada dlm penjara nyawa masing2 masih dlm bahaya hokayyy...jgn la ingat sbb PH dah jadi kerajaan keselamatan tu 100%...haritu sejurus lepas PH menang masing2 dah tunjuk berani revealing the truth without realizing nyawa in danger selagi jibby tu bebas...termasuk la anak mah tu.
Quote paz 24-5-2018 03:38 PM
Semakin menarik.
Quote scorpionkiki 24-5-2018 03:40 PM
idakamaruddin replied at 24-5-2018 02:23 PM
seronok bc news lately... x pikir pn nak raya

Kan...tak rasa letih berpuasa
Quote namr 24-5-2018 03:41 PM
Buat report polis la.and cepat buat keje sumbat laknat tu sume dlm jail
Quote Konahhh 24-5-2018 03:41 PM
moonbug replied at 24-5-2018 02:22 PM
Tapi cubaan rasuah tu tak dilaporkan secara rasmi, boleh kena charge apa-apa ke?

Itulah @moonbug, patutnya beliau lebih arif bab ni..
Quote MengkuduMasam 24-5-2018 03:55 PM
fatinz replied at 24-5-2018 02:36 PM
Bongok. Habis semua nak bgtau.  Boleh  simpan masa perbicaraan mahkamah tak.

kan...

elok2 org yg terkait xtau.. tetiba dah tau...
blh laa depa lupuskan ducument kaa.. larikan diri kaa.. pi cari kidnap saksi kaa...
Quote Cekgushilla 24-5-2018 03:58 PM
roy3 replied at 24-5-2018 02:43 PM
hahah syoknye berita tempatan semenjak 2 menjak ni

Iye lah kalo tak dulu tgk berita je semua pasal masalah kt slangor dgn penang
2 negeri tu je la ada kt mlysia ni hahaa
Skrg ni rasa tak sbr nk tgk berita
Awani tu sentiasa on haha
Quote bungarose 24-5-2018 04:04 PM
Duit yg dia guna utk beli jiwa rakyat tu sebenarnyer duit rakyat....bukan duit gaji dia
Quote Al-Patih 24-5-2018 04:12 PM
Apabila pegawai menolak tawaran tersebut, ahli Parlimen itu bertindak mengupah sekumpulan samseng dari negara jiran untuk mengganggu ahli keluarga pegawai terbabit.

patut le...lain lain AP tak beranu bukak mulut nak tegur siAjibgo

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.426448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top