CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Tak Belanja Penduduk Pontian, Semuanya Palsu Belaka!

12-4-2018 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12018| Komen: 144

Description: Berita kononnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengunjungi Pasaraya Econsave Pontian telah menyebabkan orang ramai menyerbu tempat berkenaan.
Berita kononnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengunjungi Pasaraya Econsave Pontian telah menyebabkan orang ramai menyerbu tempat berkenaan.

Dianggarkan lebih dari seribu pengunjung menanti dengan penuh harapan agar TMJ datang dan membayar segala barangan yang dibeli seperti mana yang berlaku di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru.


Sinar Harian melaporkan, orang ramai telah memenuhkan troli dengan pelbagai barangan yang kemudiannya dibiarkan begitu sahaja.

Sementara itu pertambahan kenderaan yang mendadak ke pasar raya itu menyebabkan anggota polis terpaksa ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.

Menurut Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam, dianggarkan 300 troli dibiarkan selepas dipenuhkan dengan pelbagai barangan.

Pihaknya juga sudah menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan TMJ yang kononnya datang pada pukul 12 tengah hari namun segala-galanya adalah palsu.

Foto: Sinar Harian
“Lebih teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”tambahnya.

Sebelum ini satu pesaran suara seorang lelaki yang tidak dikenali tular, mendakwa TMJ akan ke setiap daerah di Johor untuk belanja rakyat.

Dia juga mendakwa TMJ bawa RM10 ribu dan memperutukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir. -CARI
13

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 12-4-2018 03:06 PM
ni tempat dah betul tapi tukang belanja plak tak dtg

Quote MakareyumSuciey 12-4-2018 03:06 PM
Sedih mentality masyarakat Malaysia sekarang. Padanlah muka masing2 yer.
Quote spiderman80 12-4-2018 03:06 PM
Apa kelas TMJ mahu shopping kat Econsave PPRT tu?
Quote chazey 12-4-2018 03:08 PM
Tak baik taw.
Quote Muntz 12-4-2018 03:09 PM
Ya Allah.. kesian giler muka sorg2 weihhhh!! Bongok betul siapa yg buat cerita tu.
Quote aHoi83 12-4-2018 03:09 PM
Kesian la naseb rakyat.
Quote pyropura 12-4-2018 03:09 PM
Petanda ikunumi makmoor, sikit2 serbu supermarket @tobby @rashiman
Quote jiwarasa 12-4-2018 03:09 PM


Berita palsu TMJ belanja orang Pontian




Barang-barang yang diambil dibiarkan begitu sahaja di dalam troli.





PONTIAN - Biarkan tular mengenai kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Pasaraya Econsave Pontian telah disahkan palsu, namun orang ramai masih tidak berganjak menunggu di pasar raya berkenaan sejak jam 10 pagi tadi.

Dianggarkan, lebih 1,000 pengunjung menanti penuh harap di pasar raya berkenaan agar TMJ datang untuk membayar barangan yang mereka beli sebagaimana yang berlaku semalam di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru, semalam apabila TMJ membayar segala perbelanjaan pelanggan yang berkunjung ke sana.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai telah memenuhkan troli dengan pelbagai barangan namun ia dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di dalam pasar raya.

Tidak cukup di dalam, di luar pula anggota polis ditempatkan bagi mengawal lalu lintas berikutan pertambahan kenderaan yang mendadak ke pasar raya itu sejak tengah hari tadi.

Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam  berkata, dianggarkan lebih 300 troli yang penuh dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja di dalam pasar raya berkenaan.

Katanya, pihaknya telah menghubungi polis bagi mendapatkan kesahihan mengenai berita yang tular mengenai kehadiran TMJ pada jam 12.00 tengah hari.


Keadaan Econsave di Pontian yang sesak akibat kehadiran orang ramai secara mengejut.


Bagaimanapun, menurutnya berita berkenaan adalah palsu.

“Memang menyusahkan ada banyak barang kami yang rosak dan kerja-kerja mengemas perlu dilakukan lepas ini.

“Lebib teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”katanya.

Terdahulu, satu pesanan suara seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya tular mendakwa kononnya Tunku Ismail hadir ke setiap daerah di negeri ini untuk belanja rakyat.

Lelaki tersebut mendakwa, TMJ membawa bersama kira-kira RM100,000 ke Econsave Pontian pada jam 12 tengah hari.

Dakwanya lagi, Tunku Ismail memperuntukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir.





Quote SWORKS27 12-4-2018 03:10 PM
aduh..masih ada yg percaya ka benda2 fake news tuh...kesian dohhhhh
Quote Muntz 12-4-2018 03:10 PM
spiderman80 replied at 12-4-2018 03:06 PM
Apa kelas TMJ mahu shopping kat Econsave PPRT tu?

Kannnn?? Bongok sangat k siapa yg kenakan org tu.

Quote pyropura 12-4-2018 03:12 PM
kecimpret replied at 12-4-2018 03:06 PM
ni tempat dah betul tapi tukang belanja plak tak dtg


Kengkadang aku terpikir, amalan bagi2 free begini, macam merendahkan rakyat pun ada ...
Quote adel7 12-4-2018 03:13 PM
Jenuh nak kene kemas balik
Quote OmJualGas 12-4-2018 03:16 PM
Hahahahahahaha.....
Quote sufi^_^ 12-4-2018 03:17 PM
RM200 mana cukup kalau troli melimpah cam tu?

Quote Artemesiaa 12-4-2018 03:17 PM
Sian berharap sangat masing2 nak dapat barang free, apa pun lebih kesian pada pekerja yang nak kena kemaskan barang2 yang ditinggalkan tu semula harap bertabah
Quote sufi^_^ 12-4-2018 03:18 PM
Ni sejenis yang percaya apa saja yang dikongsi dalam whatsapp bawang tu betul dan mesti dikongsikan juga.
Quote pyropura 12-4-2018 03:19 PM
Bangsa Indon
Quote pyropura 12-4-2018 03:20 PM
spiderman80 replied at 12-4-2018 03:06 PM
Apa kelas TMJ mahu shopping kat Econsave PPRT tu?

Mana ada Pprt kat Malonsia,ikunumi semua makmoor, kata macai
Quote Madel 12-4-2018 03:20 PM
Buat rakyat makin meluat n menyampah dgn keluarga diraja.
Bagi aku ia nya suatu penghinaan pada rakyat.

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068611 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top