CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu Percutian Private? Ini 14 Tips Sebelum Jejak Kaki Ke Pulau Rawa

16-4-2018 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4643| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Ada ke pulau persendirian yang cantik di Malaysia? - Ada di Pulau Rawa yang bersih dan mewah!Sebagai kaki jalan mesti anda pernah ternampak atau tahu mengenai pulau yang sangat cantik dan privasi di M ...
   

Sebagai kaki jalan mesti anda pernah ternampak atau tahu mengenai pulau yang sangat cantik dan privasi di Malaysia. Maksud privasi di sini ialah hanya ada beberapa resort sahaja maka kebersihannya sangat terjaga. Disebabkan itu, ia terhindar dari kerosakan tangan-tangan manusia.
    
Ada yang mengatakan ia sangat mahal kerana faktor-faktor di atas namun apa lah sangat harga jika pulau yang diperkatakan itu sangat berbaloi untuk dikunjungi. Dengar cerita lagi, orang Malaysia sendiri pun tak ramai ke sana.
    
Pulau apa yang hebat sangat itu?


Tak lain tak bukan iaitu Pulau Rawa di Mersing di Johor. Netizen ini berkongsi info penting kepada anda yang berhajat untuk menikmati keindahan yang sebenarnya di penjuru semenanjung Malaysia.
    
Jom kita semak tip untuk ke sana

1)   2 lokasi berbeza
Perlu tahu Pulau Rawa ada dua iaitu di Terengganu dan satu lagi di Johor. Pemilik Pulau Rawa adalah Sultan Johor sendiri.

Ada burung merak liar
2) Kemudahan jeti
Di Mersing ada dua Jeti utama iaitu Jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar dan pulau yang berhampiran. Manakala Jeti Tanjung Leman pula ke Pulau Sibu dan Pulau Tinggi sahaja.  Masa perjalanan lebih kurang 30 minit perjalanan.

3) Parkir kereta
Kalau yang melalui kereta boleh parkir kereta berhampiran di Jeti Mersing. Caj parkir mengikut zon A, B dan C. Kalau nak parkir berpagar zon A dan B, Zon A berharga RM45 untuk dua malam, Zon B RM36 untuk dua malam dan Zon C RM30 untuk dua malam.

Gelungsur yang syok!
4) Tempah awal
Memandangkan Pulau Rawa pulau persendirian, jadi perlu tempah awal kerana ia cepat penuh.

5) Caj masuk
Ia dikenakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia berjumlah RM20 untuk warganegara Malaysia dan RM50 untuk bukan warganegara.

6) Masa bot laju
Ada dua masa yang menghala ke AlangsRawa Resort iaitu jam 12 tengah hari dan 4 petang. Manakala dari Pulau Rawa pula pukul 11pagi dan 3 petang.

7) Bulan paling ideal
Antara Mac hingga September sahaja. Ini kerana bulan lain adalah musim monsun timur laut dan Resort ditutup sementara.

8) Cuma 2 resort
Memang ada dua resort sahaja iaitu Rawa Island Resort dan Alang Rawa. Kalau yang berkeluarga seeloknya pilih Rawa Island Resort, manakala ‘backpackers’ pula boleh tinggal di Alang Rawa.

9) Pelbagai jenis bilik
Ada Beachfront House, Jungle Side, Coconut Tree, Little A-Frames dan Coconut Tree Group. Kami menginap di Beachfront, buka pintu saja terus nampak laut jernih membiru.  Harga pakej kami RM8xx per pax untuk 3 hari 2 malam termasuk kemudahan, bot,2x makan pagi,2x makan tengahari ,2x makan malam dan kemudahan sukan air.

10) Layanan first class
Seronok sangat, malahan staf sangat membantu dan ramah. Makanan pun sangat sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar.

11) Beli pakej siap
Tiada ‘walk in’, jadi perlu beli pakej siap. Kalau tak nak ‘island hoping’ pun tiada masalah sebab depan pulau sahaja dah banyak coral-coral yang cantik. Ada yang bernasib baik boleh jumpa pari, penyu dan ikan yu.

Bestnya bersantai di pasir

12) Aktiviti
Snorkeling, berkayak, junggle tracking, hill climbing dan bagi ikan makan hanya di depan resort sahaja.

13) Pelancong asing
98 peratus pelancong yang datang adalah pelancong luar. Susah nak jumpa orang melayu kecuali staf. Tapi ok saja, pelancong yang datang pun jenis ramah-tamah.


14) Bawa mineral water
 Air paip yang digunakan di pulau adalah air laut yang ditapis. Tiada bekalan air bersih macam kita di rumah. Sebaik-baiknya bawa mineral water.
    
Bagaimana? Minat untuk ke pulau persendirian ini? Sangat sesuai untuk yang mencari ketenangan kerana tidak ramai pengunjung di sini berbanding pulau lain. Mungkin harganya agak mahal tapi ia sangat berbaloi dengan panorama, persekitaran, kualiti perkhidmatan, makanan dan lain-lain. Pendek kata ia eksklusif. - CARI 

Kredit : Wan Khairul Kilmore menerusi Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

24

Bagus
22

Marah
24

Terkejut
43

Sedih
32

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 16-4-2018 03:21 PM
klu rmai mat saleh kt situ msti anak iolls kte malu nye nmpk perot..
Quote anakin_ena 16-4-2018 03:39 PM
menariknya...bolehla try pi nnt ni...
Quote SayangSalmah 16-4-2018 03:50 PM
cantik sgt...dlu pgi time kecik je..leh lah lps raya nnt
Quote armin 17-4-2018 10:31 AM
Nak pergi tp masalah betul takde air tu. Ada yg bwk botol air mineral besar2 tp nk usung berapa byk pulak bwk naik bot
Quote BoongaKertas 17-4-2018 10:59 AM
ya ampun, ni pulau kat semenanjung msia yg paling lawa  meols rasa. tp mahalnya sis.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055570 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top