CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Impian Bangsa Johor Ditawarkan Serendah RM70,000- TMJ

22-10-2018 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2113| Komen: 6

Description: Memetik laporan Malaysiakini, satu program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim akan dilaksanakan.
Berita baik buat bangsa Johor! 

Memetik laporan Malaysiakini, satu program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim akan dilaksanakan.


Kredit foto: carian internet

Pengumuman itu dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada catatan di Facebook rasmi baginda semalam.

Menurut Tunku Ismail, program yang dinamakan 'Rumah Impian Bangsa Johor' itu dibina dalam bentuk rumah teres satu atau dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Syarat kelayakan permohonan program tersebut adalah seseorang itu mestilah merupakan bangsa Johor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Selain itu, pemohon harus bukanlah anak sulung atau anak tunggal dan tidak pernah memiliki rumah sebelum ini.



"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India."

"Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan."

"Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor," ujarnya.

Difahamkan harga untuk seunit teres satu tingkat tersebut akan bermula pada harga RM70,000, sementara teres dua tingkat pula akan dijual di bawah RM200,000.- CARI
12

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 22-10-2018 10:45 AM
Mersing saja ka
Quote insulin 22-10-2018 10:49 AM
Kenapa anak sulung takboleh memohon rumah ni ye?
Quote Lailallaa 22-10-2018 12:49 PM
Wow bestnye. Bertuah org johor
Quote saviour_09 22-10-2018 02:57 PM
kenapa dengan anak sulung & anak tunggal?
Quote minguk 22-10-2018 03:24 PM
insulin replied at 22-10-2018 10:49 AM
Kenapa anak sulung takboleh memohon rumah ni ye?

mungkin sebab anak sulung mewarisi banyak harta ibu bapa..
kot la.. kot.. heheh
Quote K_Lily 22-10-2018 03:38 PM
ala.....tak layak pula

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054777 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top