CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ - Saya Beri Sokongan Jika Dato Hamidin Dilantik Sebagai Presiden FAM

27-3-2018 10:52 AM| Diterbitkan: Cari-LianaE| Dilihat: 2291| Komen: 9|Original author: Oleh: Liana

Description: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi FAM mencadangkan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai individu pali ...

Foto: Carian Internet


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi FAM mencadangkan Setiausaha Agung FAM  Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai individu paling layak untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara itu disuarakan selepas beliau membuat keputusan melepaskan jawatan itu pada Ahad.

TMJ dalam kenyataannya itu, melihat Datuk Hamidin sebagai individu yang mempunyai pengalaman yang cukup luas selepas sekian lama berkhidmat untuk bola sepak tanah air.

Foto: Carian Internet


"Jika kita lihat FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) juga, presiden datang dalam kalangan setiausaha agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bola sepak.

"Saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Datuk Hamidin dan ini akan memudahkan lagi kerjasama di antara FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Jika Datuk Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM oleh ahli gabungan, saya akan memberi sokongan penuh kepada beliau dan memastikan pendapatan FAM terjamin. Saya berharap semua ahli gabungan akan menyokong Datuk Hamidin sebagai Presiden FAM," kata Tunku Ismail.

Datuk Hamidin yang dihubungi menjelaskan terharu dengan keyakinan yang diberi Tunku Ismail.

Mengenai status pemangku Presiden FAM, satu mesyuarat jawatankuasa khas akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dalam tempoh seminggu lagi.- CARI 
16

Bagus
27

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-3-2018 01:01 PM
ada apa dgn bola sepak kita???
Quote Nt-ViruS 27-3-2018 03:49 PM
Skuau replied at 27-3-2018 01:01 PM
ada apa dgn bola sepak kita???

soalan yg sama boleh tanya pada industri hiburan malaysia, yet this forum is crazy about it. satu thread smpai beribu pages. kisah beranak dan tak dapat kahwin je pun.
Quote chicozinn 28-3-2018 11:43 AM
Skuau replied at 27-3-2018 01:01 PM
ada apa dgn bola sepak kita???

tah la, dgar brita pagi tadi cam tazzangka bola xpenah menang sepanjang tahun lepas..
Quote axl_bach 28-3-2018 12:16 PM
Lalu Harus Bagaimana Kita Mengenang TMJ?
NUKILAN LUCIUS MAXIMUS, PADA MARCH 27, 2018

Saya masih ingat lagi saat itu. Pada satu malam Februari yang nyaman di pulau Borneo, saya dikejutkan dengan berita di Buletin Utama TV3 tentang perlantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang baharu. Dan lebih mengejutkan saya pada malam itu adalah apabila TMJ mengumumkan tindakan pertamanya selaku presiden adalah untuk menggabungkan semua pasukan bola Johor di bawah satu pengurusan, dan pastinya satu telunjuk.

Arena bola sepak Johor pada masa itu, yakni tahun 2012 terdiri dari sebuah pasukan kelab bernama Johor FC yang agak berjaya di Liga Super, dan sebuah pasukan negeri bernama Johor FA yang bermain di Liga Premier bersama beberapa pasukan kelab asal Johor yang lain. Johor FC, selaku pasukan kelab pada masa itu bolehlah dianggap antara kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia. Di bawah pengurusan Johor Corporation, ia diuruskan dengan baik dan efisien berbanding Johor FA yang berada di bawah kendalian persatuan bola sepak negeri.



Apabila TMJ bertindak merombak semula struktur bola sepak Johor, saya antara yang paling awal melaungkan bantahan. Ini kerana pada hemat saya, Johor FC yang sedang elok beraksi sebagai sebuah pasukan kelab tidak sepatutnya dijadikan mangsa cita-cita seorang anak raja. Tetapi siapalah saya? Apa yang berlaku selepas itu seingat saya, pengurusan Johor FC dan Johor FA dipanggil menghadap. Tidak lama selepas itu, TMJ mengumumkan bahawa Johor FC dan Johor FA kini telah berubah menjadi Johor Darul Ta’zim FC dengan angka I dan II membezakan keduanya. Seterusnya ia dirujuk sahaja sebagai JDT I dan JDT II. Kelab bola sepak asal Johor yang lain pula ditarik penyertaannya dari saingan liga kebangsaan.

Atas kelantangan bantahan saya pula, TMJ menggelar saya anjing dan pernah pada satu masa mengugut saya agar berdiam diri. Itu semua berlaku di Twitter. Tidak lama selepas itu pada bulan Mac, barulah TMJ memohon maaf dan saya selaku umat Nabi, memaafkan. Saya anggap, kami terpaksa bersetuju untuk tidak bersetuju antara satu sama lain. Lagi pun itu negeri dia.



Itu cerita lama. Pada masa itu Neelofa sedang hangat dengan Hans Isaac, Fazura pula belum mengenali Fattah Amin. TMJ pun masih bujang.

Kenapa saya lantang membantah TMJ pada tahun 2012 itu?
Kerana saya berpendapat bola sepak Malaysia perlu mengikut model negara seperti Jepun, England, Jerman dan sebagainya. Mudahnya, bola sepak kita di peringkat liga mesti dimainkan melalui kelab bola sepak, diuruskan oleh entiti korporat tanpa campur tangan politik atau pengaruh istana. Johor FC pada masa itu adalah contoh terbaik sebuah kelab bola sepak ala Jepun atau England, dan sepatutnya lebih banyak kelab lain bercambah mengikut acuan Johor FC ini.

Tapi TMJ ada cita-cita lain. Pada pandangan saya, aspirasi TMJ adalah satu projek kenegerian yang menyatukan rakyat negerinya di bawah kedaulatan pihak istana. Rakyat Johor dibeli dengan bola sepak. Melalui kuasa dan wang, TMJ menjadikan JDT sebuah ‘power club’ dalam tempoh setahun berbanding 10 tahun yang mungkin diperlukan oleh Johor Corporation untuk menjadikan Johor FC sebuah pasukan kelab yang berdaya saing.

Di dalam arena bola sepak Malaysia yang tidak ada pesaing berkaliber, JDT menjadi raja dengan mudah. Dalam tempoh 5 tahun, JDT menjuarai Liga Super sebanyak 5 kali, menang Piala Malaysia dan Piala FA sekali setiap satu dan menjulang Piala AFC pada tahun 2015. Di England, Chelsea memerlukan 14 musim untuk menjuarai EPL sebanyak 5 kali dan menunggu selama 9 tahun sejak diambil alih oleh Roman Abramovich untuk menjulang trofi Champions League.



Segalanya terlalu mudah buat JDT. Tetapi ini tidaklah menghairankan kerana tidak seperti Chelsea, JDT tidak bersaing dengan Manchester United, Manchester City atau Leicester City versi Malaysia. Di Malaysia yang kita ada hanya Selangor FA yang tidak mempunyai stadium sendiri, Kelantan FA yang huru-hara atau lawan seperti ATM, Sime Darby dan PKNP. Melalui kuasa dan wang, segalanya mungkin buat JDT di saat pesaing lain tiada kuasa dan lebih teruk, tiada wang.

Dengan formula kejayaan JDT ini, TMJ cuba menerapkannya di luar negeri sendiri yakni di peringkat nasional. Inilah yang berlaku lebih kurang setahun lalu apabila TMJ diangkat menjadi Presiden FAM ibarat seorang pembela. Berbondonglah rakyat pencinta bola sepak menghadap TMJ di hotel lima bintang dengan penuh harapan melihat bola sepak negara gah di persada dunia. Saya, yang tidak mempunyai masa dan tidak optimis memilih untuk tidak terhegeh menghadap Presiden FAM yang baharu itu.

Kenapa tidak optimis? Kerana saya percaya mengubah nasib bola sepak Malaysia ini tidak boleh dilakukan secara ‘top-down’ tetapi mestilah secara ‘bottom-up’. Ini yang saya tekankan sedari dulu lagi sehingga digelar anjing yang menyalak. Berkati-kati lembaran kertas saya tulis dan berliter-liter air liur saya sembur bercakap mengenai cara mengubah nasib bola sepak kita.

Tapi masih ramai yang mahu percaya, bola sepak Malaysia boleh diubah menggunakan formula dan individu yang mencipta JDT. Okey mungkin bukan semua tapi paling tidak 90% rakyat negeri selatan dan beberapa peratus lagi rakyat negeri lain yang berharap mereka juga ada anak raja seperti TMJ. Dan pastilah tidak lupa pacal-pacal yang hina di dalam FAM yang menjadi pak turut demi pangkat dan wang.

Agaknya kita lupa berapa puluh tahun diperlukan Sepanyol untuk menjulang Piala Dunia walaupun selama itu juga mereka mempunyai dua ‘superpower club’ bernama Real Madrid dan Barcelona. Atau bagaimana sejak era EPL bermula England masih belum pernah layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia walaupun 10 kelab EPL berada dalam Top 20 Deloitte Football Money League 2017. Rumusannya mudah, mempunyai kelab bola sepak yang ‘power’ tidak akan menjadikan sebuah pasukan kebangsaan itu ‘power’ juga.

Jadi himpunlah seberapa ramai pemain tempatan pun di dalam JDT, heretlah seberapa ramai pemain import juga, panggil seberapa ramai jurulatih Portugal macam Nelo Vingada, Skype-lah berapa puluh kali atau tayang kereta mewah pemain dan video percutian; semuanya tidak dapat mengubah nasib bola sepak Malaysia jika kaedahnya tidak betul.

Menaikkan ranking pasukan kebangsaan tidak semudah mewujudkan sebuah ‘power club’ di dalam liga kebangsaan. Di persada bola sepak antarabangsa, apabila melibatkan pasukan kebangsaan, kuasa dan wang tidak dapat memainkan peranan. Yang menjadi ukuran adalah kemahiran dan kebijaksanaan di atas padang.

Tak percaya? Tanyalah pada Jerman. Mereka tidak ada TMJ (Tunku Mahkota Jerman) atau Jerman Durch Technik (JDT).



Bola sepak kita, jika serius mahu diubah perlu bermula dari ‘bottom-up’. Dari akar umbi di padang-padang bola rakyat kebanyakan. Kemudian melalui kaedah demokratik dengan peluang kepada setiap bakat yang ada menceburi kelab-kelab bola sepak di daerah komuniti masing-masing. Akhir sekali, arus merakyatkan dan mendemokrasikan bola sepak itu harus menjalar hingga ke pucuk pimpinan FAM.

Itu yang betul. Bukannya dengan cara menghimpun semua pemain yang boleh pakai di dalam satu ‘power club’. Kalau kita serius mengubah nasib bola sepak kita, kita perlu serius bermain bola dan bukannya tayang kereta atau wang bila tidak puas hati dengan para pesaing.

Lalu harus bagaimana kita mengenang TMJ?
Selaku Presiden FAM, yang boleh saya rumuskan adalah kegagalan kerana TMJ menyangka bahawa mengubah bola sepak negara itu seperti mencipta JDT. Setahun untuk pasukan kebangsaan tidak cukup seperti setahun menjadikan JDT sebuah ‘power club’. Kehendak dan keperluan yang berbeza antara sebuah pasukan kebangsaan dan sebuah pasukan kelab membuatkan formula dan individu yang sama mencipta JDT tidak dapat membuahkan hasil untuk pasukan bernama Harimau Malaya.

Ia bukannya soal harimau tidak boleh bekerja dengan biri-biri. Kerana kalau betul caranya, harimau tersebut boleh sahaja menyatukan biri-biri tadi menjadi satu pasukan yang digeruni.

p/s: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis. Bola Tonjol seperti biasa, sentiasa kekal berkecuali dalam hal-hal berkaitan isu ‘deep’ seperti artikel ini.
Quote axl_bach 28-3-2018 12:18 PM
@lkick2113
Quote axl_bach 28-3-2018 12:23 PM
Lalu harus bagaimana kita mengenang TMJ?
Selaku Presiden FAM, yang boleh saya rumuskan adalah kegagalan kerana TMJ menyangka bahawa mengubah bola sepak negara itu seperti mencipta JDT. Setahun untuk pasukan kebangsaan tidak cukup seperti setahun menjadikan JDT sebuah ‘power club’. Kehendak dan keperluan yang berbeza antara sebuah pasukan kebangsaan dan sebuah pasukan kelab membuatkan formula dan individu yang sama mencipta JDT tidak dapat membuahkan hasil untuk pasukan bernama Harimau Malaya.

Ia bukannya soal harimau tidak boleh bekerja dengan biri-biri. Kerana kalau betul caranya, harimau tersebut boleh sahaja menyatukan biri-biri tadi menjadi satu pasukan yang digeruni.
Quote lkick2113 28-3-2018 03:17 PM
axl_bach replied at 28-3-2018 12:23 PM
Lalu harus bagaimana kita mengenang TMJ?
Selaku Presiden FAM, yang boleh saya rumuskan adalah kegag ...

aku dah baca dah, artikel bola tonjol kan??? tulisan lucius maximus.......tapi ada beberapa fakta dia salah. contohnya fakta england, EPL mula season 89/90, masa piala dunia 90 england masuk separuh akhir. lepas2 tu je yang merosot, 94 tak layak WC......

overall aku setuju apa dia cakap, cuma apa yg perlu adalah pembangunan akar umbi, sebenarnya kita dah on track pembangunan akar umbi ni, tapi bila pergi main liga M terus macam sial jadinya.

Quote axl_bach 28-3-2018 03:28 PM
lkick2113 replied at 28-3-2018 03:17 PM
aku dah baca dah, artikel bola tonjol kan??? tulisan lucius maximus.......tapi ada beberapa fakta  ...

Sbb tu aku rasa paling penting adalah potential player kita kena push berkelana keluar......liga kita pro pun xkan dpt tingkatkan kualiti player kita lebih baik dari takat Asean jer
Quote Nokiaman 30-3-2018 08:53 AM
Letaklah nama bekas Pemain bola Sepak negara yg cemerlang dulu...
Ni balik balik ke kaki bangku jugak..
mampoihlaa FAM..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.123829 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top