CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelenggu Masalah Sampah

28-8-2013 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5522| Komen: 6

Description: Beberapa Tong Sampah Telah Disediakan Di Jalan Keluar Taman Perumahan Tersebut, Namun Masih Ada Pihak Tidak Bertanggungjawab Membuang Sampah Di Merata Tempat.
MARANG - Penguatkuasaan tegas perlu diambil pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Marang (MDM) bagi membendung masalah pembuangan sampah di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Cherang Guling, di sini.

        
Rata-rata penduduk ditemui Sinar Harian kelmarin, berharap pihak berkenaan memainkan peranan bagi memberikan kesedaran kepada penduduk supaya tidak membuang sampah sesuka hati, sekali gus membantu menyelesaikan masalah tersebut.
        
Seorang buruh, Mohamad Awang, 46, berkata, walaupun beberapa tong sampah telah disediakan di jalan keluar taman perumahan tersebut, namun masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat.


Longgokan sampah di kawasan tempat pembuangan sampah PAKR Cherang Guling.
       

 “Masalah terjadi mungkin disebabkan mentaliti dan pemikiran mereka bahawa sampah dibuang akan dikutip pihak lain seperti kontraktor dilantik MDM tanpa menyedari tanggungjawab mereka sebagai masyarakat di sini.
        
        "Sepatutnya pemikiran sebegini dihapuskan. Jika masalah ini tidak dibendung, akan timbul pula masalah lain seperti wabak penyakit akibat terlalu banyak longgokan sampah dan bau busuk, seterusnya menyebabkan tidak selesa," katanya.
        
Bagaimanapun, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syahril, 30-an, berkata, penduduk taman perumahan tersebut tidak pernah berdepan dengan masalah longgokan sampah terlalu banyak seperti itu.
        
Menurutnya, selain sikap penduduk, sememangnya ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan yang perlu lebih kerap mengangkut sampah bagi mengelak berlakunya timbunan sampah di dalam tong sampah disediakan.

Katanya, apabila tong sampah terlalu penuh, penduduk terpaksa meletakkan sampah di luar tong sampah disediakan.
        
Jadi, pihak berkenaan perlulah selalu mengutip sampah di kawasan perumahan ini, sekurang-kurangnya  tiga kali seminggu," katanya.

1

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 28-8-2013 10:14 AM
Terengganu darul sampah!
Quote gaara_X 28-8-2013 10:25 AM
susah juga......kalau nak jadi cam nie....
Quote Nash^Roy 28-8-2013 10:27 AM
kecoh la.. mcm tak biasa dok sebelah sampah org2 ni..
Quote pehbedah 28-8-2013 10:30 AM
masyarakat pengotor satu hal..buang sampah main lempoo saja...lantak masuk tong ke takk..hal ke dua dah tau penduduk juta2..letak laa tong sampah beso kaa...banyakkan tong lagi kaa...nii tong sampah cinonet saja..kadang sampai sampah melempah lempahh...kena cotii punya time lagi berganda2 ...susah sangat kahh nak bagi tong sampah yg besoo...hal sampah ni dah berkurun2 lahh...kutip hari2..tak boleh ekk..
Quote PostBanhammer 28-8-2013 11:53 AM
pehbedah posted on 28-8-2013 10:30 AM
masyarakat pengotor satu hal..buang sampah main lempoo saja...lantak masuk tong ke takk..hal ke dua  ...

Memang 136% kesalahan penduduk tu sendiri. Kesedaran tu kurang. Lagi nak salahkan organisasi2 tertentu. Buang sampah style macam tu, memang undang makian dari aku je lah.

Quote Al-Patih 28-8-2013 08:24 PM
penduduk tuduh ...majlis ...majlis pulok tudoh penduduk ...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.260505 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top