CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Hidup Dalam Sampah

15-4-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4807| Komen: 16

Description: Puchong – Bau Busuk Yang Memualkan Dan Persekitaran Penuh Dengan Tikus Serta Nyamuk. Lebih Teruk Lagi Haiwan Berbisa Termasuk Ular Pernah Ditemui Di Pekarangan Rumahnya.


PUCHONG – Bau busuk yang memualkan dan persekitaran penuh dengan tikus serta nyamuk. Lebih teruk lagi haiwan berbisa termasuk ular pernah ditemui di pekarangan rumahnya.

Namun keadaan itu sedikit pun tidak menghalang seorang warga emas menghuni sebuah rumah dipenuhi sampah hasil kutipannya setiap hari.

Difahamkan, wanita yang tinggal sebatang kara itu akan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam membawa pulang puluhan kilo sampah untuk dipilih.

Sinar Harian dimaklumkan, wanita berkenaan turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Dia pernah berjanji akan berhenti membawa pulang sampah ke rumah jika kelulusan bantuan JKM diperoleh sebelum ini.

Namun, janji hanya tinggal janji apabila dia berterusan mengumpul sampah sehingga turut dikatakan memenuhi tiga bilik tidur di rumah yang dihuni.

Hobi pelik wanita berusia lingkungan 60-an itu mengundang rasa tidak selesa jiran tetangga yang menghuni perumahan di Taman Bukit Kuchai dekat sini sebelum mengadukan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hasil aduan, sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu rumah itu semalam dan mengeluarkan hampir tiga tan sampah yang bertimbun di dalam kawasan rumah tersebut.

Dibersihkan kali kelima

Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, semalam kali kelima pembersihan dilaksanakan di rumah wanita berkenaan.

Menurutnya, pihak majlis menerima aduan berulang berhubung isu tersebut daripada penduduk setempat.

“Kuantiti sampah di garaj sahaja hampir memenuhi dua lori satu dan dua tan yang kita bawa untuk operasi pembersihan kali ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk sekitar lega melihat MPSJ mengambil tindakan terhadap apa yang diadukan mereka sebelum ini.

Dakwa mereka, beberapa teguran pernah dibuat kepada jiran yang mengumpul sampah itu, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi apabila nasihat langsung tidak diendahkan wanita tersebut.

Tindakan MPSJ juga didakwa bertepatan kerana penduduk tidak sanggup lagi berjiran dengan rumah yang dipenuhi sampah.

Meskipun operasi dilaksanakan semalam didakwa pada mulanya tidak mendapat kerjasama pemilik rumah namun akhirnya jirannya itu akur dengan tindakan pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, sebaik melihat kelibat kenderaan dan kakitangan MPSJ, wanita tua berkenaan dilihat terus mengunci pintu pagar dan keluar dari rumahnya.

Katanya, wanita itu duduk di hujung jalan dan hanya memperhatikan tindak-tanduk anggota MPSJ dari jauh.

"Bila nampak pegawai MPSJ datang ke rumahnya, dia patah balik. Pada mulanya memang dia tak kasi masuk tapi setelah puas dipujuk, baru dia buka kunci," katanya.

Penduduk tak tahan tanggung derita bau busuk

Menurut Ahmad, penduduk di situ sengsara menghidu bau busuk sampah dan berdepan masalah penularan haiwan pembawa penyakit sejak 10 tahun lalu.

“Jiran kami tu suka kumpul sampah, kalau dia nak jual bahan kitar semula tak kisah, tapi janganlah simpan lama sampai makan masa bertahuntahun," katanya.

Ahmad berkata, yang menimbulkan kebimbangan perumahan diduduki pernah dilabel sebagai kawasan panas penularan wabak denggi.

Katanya, dia percaya selepas seminggu MPSJ mengambil tindakan tersebut, sampah akan kembali menimbun seperti yang berlaku sebelum ini.

“Dia memang tak serik, yang dua lori MPSJ ambil tadi (semalam) hanya di luar rumah saya. Sampah yang dikumpul dalam rumah mungkin perlukan tiga lori untuk mengangkutnya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ahmad meminta MPSJ membuat pemantauan berkala di rumah berkenaan untuk mengelakkan jirannya kembali mengumpul sampah.

1

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
18

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 14-4-2014 03:57 PM
respek for makcik........golongan gelendangan begini la mengajar kita erti hidup..kalau korang biasa lepak dengan dorang la.....kau akan tahu ape beza hidup dalam sangkar emas..dengan hidup tepi jalan.....
Quote popjack 14-4-2014 04:13 PM
menanti Apocalypse aunty ni
lorrrrrrrrrr ingat nk buat duit jual bahan kitar semula.....

gelandangan teda rumah!ini eda rumah!nyamuk itu kumpul,lipas itu mari,tikus itu tandang..
wabak sama datang!
Quote pakweneelofa 14-4-2014 04:32 PM
mana gobin singh?
Quote kucingTomey 14-4-2014 04:36 PM
popjack posted on 14-4-2014 04:13 PM
menanti Apocalypse aunty ni
lorrrrrrrrrr ingat nk buat duit jual bahan kitar semula.....

ramai org ingat gelandangan tu takde rumah dan tempat berteduh....silap tu...gelandangan ni org yang mencari rezeki di tepi jalan...betul2 tepi jalan yang berdebu..yang tempat org ludah tu la tempat rezeki dorang ........itu gelendangan.....dan kalau nak tahu..mostly gelandangan kalau dia rumah sekalipun....macam kes ni..tepi jalan tu gak la tempat dia berenti berehat dan tido sementara....sama jugak macam2 budak2 gelendangan...droang cari rezeki tepi jalan..biasa kita nampak di indonesia....dorang ada family ada umah..tapi tepi jalan la tempat dorang tido.....itu la true gelandangan

Last edited by kucingTomey on 14-4-2014 04:37 PM

Quote dino 14-4-2014 04:39 PM
ini dah penyakit.... hobi kumpul sampah
Quote ice_sky92 14-4-2014 04:43 PM
Kesiannya mereka. Bersyukur la dgn apa yg kita ada skg ni.
Quote kekure 14-4-2014 04:44 PM
Hoarder makcik ni..
Mengundang bahaya kalau ada tikus beranak
Quote Artemesiaa 14-4-2014 04:47 PM
Ini salah satu penyakit kejiwaan juga ni hoarders kata omputih
Quote munchkin 14-4-2014 04:53 PM
ni hoarder ni.
Quote bidacool 14-4-2014 04:55 PM
mungkin aunty ni tak tahu apa lagi yang dia nak buat selain dari kutip & kumpul sampah.... may be kita blh ajar aunty ni mencangkul tanam pokok sayur kt rumah.... someone perlu bantu dia, bkn dtg bawak lori angkut sampah dia jual kat recycle yard kemudian seminggu dua lg aunty ni mula balik operasi kutip & kumpul sampah......

mana pejabat kebajikan? makan gaji buta ke?
Quote liyamariska 14-4-2014 04:57 PM
confirm hoarder tegar nih...
Quote naina 14-4-2014 05:01 PM
kuat tol antibodi makcik ni walau dh berusia.
tp gelandangan x gelandanganla kn..klu hdup x ganggu jiran tetangga xpe jugak
sama kes ngn kucing 20 ekor dibunuh tu..
mkcik ni pon dh bpe kali kena warning,siap berjanji lg tp buat jugak
Quote mak_wa95 14-4-2014 05:49 PM
Macammana boleh  hidup dalam sampah
Quote popjack 16-4-2014 12:58 PM
kucingTomey posted on 14-4-2014 08:36 AM
ramai org ingat gelandangan tu takde rumah dan tempat berteduh....silap tu...gelandangan ni org ya ...

ooo...kawasan aku byk org gelendangan & gelandangan
merayap naik beskal tidor kt bustop...hilang penat kayuh balik rumah...
Quote seng_kuseng 16-4-2014 01:06 PM
pindah kan aje makcik nie kat tapak pelupusan sampah,buat kan sikit tempat berteduh,mesti dia hepi giler ...
Quote maja07 16-4-2014 04:31 PM
seng_kuseng posted on 16-4-2014 01:06 PM
pindah kan aje makcik nie kat tapak pelupusan sampah,buat kan sikit tempat berteduh,mesti dia hepi g ...

Idea Bernas ni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.088266 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top