CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shah Alam: Rm500 Untuk Tangkap Kontraktor Buang Sampah

15-8-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4665| Komen: 5

Description: Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan ganjaran RM500 kepada orang ramai yang berjaya menangkap kontraktor melakukan pembuangan sampah secara haram di kawasan kejiranan mereka. Tin ...

Shah Alam: Rm500 Untuk Tangkap Kontraktor Buang Sampah



Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan ganjaran RM500 kepada orang ramai yang berjaya menangkap kontraktor melakukan pembuangan sampah secara haram di kawasan kejiranan mereka.

Tindakan itu diambil dalam usaha pihak berkuasa tempatan berkenaan memerangi wabak denggi yang kini berada pada tahap membimbangkan.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata sehingga 9 Ogos lalu, bilangan kes demam denggi di Shah Alam mencatatkan peningkatan sebanyak 5,602 kes berbanding tahun lalu iaitu hanya 734 kes dalam tempoh sama.

“Kita akan berikan ganjaran tunai RM500 sekiranya dapat menangkap kontraktor haram yang membuang sampah secara terbuka dan bukan di kawasan sepatutnya,” katanya selepas Majlis Pelancaran ‘Task Force’ Denggi MBSA 2014, di Pangsapuri Perdana, Seksyen 13, di sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, Pangsapuri Perdana antara penyumbang kepada peningkatan wabak denggi di Shah Alam dengan 48 kes demam denggi sehingga 9 Ogos lalu.

Menurutnya, selaras dengan Gerak Gempur Denggi Shah Alam yang kini sudah memasuki fasa kedua, MBSA mengambil tindakan lebih agresif dengan menubuhkan pasukan ‘Task Force’ Perangi Wabak Denggi untuk membuat pemeriksaan di kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata, sebanyak 18 pasukan terdiri daripada 10 pegawai dan Ahli Majlis MBSA dari pelbagai jabatan dibentuk untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di 12 kawasan sasaran seperti di Seksyen 7, Seksyen 15, Seksyen 13 iaitu kawasan kilang, projek tapak terbengkalai, kawasan kediaman dan juga bangunan kerajaan.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DOUBLE7 15-8-2014 10:10 AM
wah, boleh buat duit ni... bermodalkan kamera je pon...
Quote bluehedgehog 15-8-2014 10:11 AM
bagus cadangan ni
Quote rammad25 15-8-2014 10:20 AM
MAjlis Perbandaran Sepang tak nak buat ker?
Quote blackred99 15-8-2014 10:22 AM
datuk bandar shah alam masih yg same ke?
Quote rdzaccess 15-8-2014 10:25 AM
bukan memberi maklumat sehingga tertangkap tapi menangkap .. risiko tinggi tu ...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052564 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top