View: 1623|Reply: 6
|
[Tempatan]
Dibelenggu masalah sampah
[Copy link]
|
|
MARANG - Penguatkuasaan tegas perlu diambil pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Marang (MDM) bagi membendung masalah pembuangan sampah di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Cherang Guling, di sini.
Rata-rata penduduk ditemui Sinar Harian kelmarin, berharap pihak berkenaan memainkan peranan bagi memberikan kesedaran kepada penduduk supaya tidak membuang sampah sesuka hati, sekali gus membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Seorang buruh, Mohamad Awang, 46, berkata, walaupun beberapa tong sampah telah disediakan di jalan keluar taman perumahan tersebut, namun masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat.
-
- Longgokan sampah di kawasan tempat pembuangan sampah PAKR Cherang Guling.
“Masalah terjadi mungkin disebabkan mentaliti dan pemikiran mereka bahawa sampah dibuang akan dikutip pihak lain seperti kontraktor dilantik MDM tanpa menyedari tanggungjawab mereka sebagai masyarakat di sini.
"Sepatutnya pemikiran sebegini dihapuskan. Jika masalah ini tidak dibendung, akan timbul pula masalah lain seperti wabak penyakit akibat terlalu banyak longgokan sampah dan bau busuk, seterusnya menyebabkan tidak selesa," katanya.
Bagaimanapun, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syahril, 30-an, berkata, penduduk taman perumahan tersebut tidak pernah berdepan dengan masalah longgokan sampah terlalu banyak seperti itu.
Menurutnya, selain sikap penduduk, sememangnya ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan yang perlu lebih kerap mengangkut sampah bagi mengelak berlakunya timbunan sampah di dalam tong sampah disediakan.
Katanya, apabila tong sampah terlalu penuh, penduduk terpaksa meletakkan sampah di luar tong sampah disediakan.
“Jadi, pihak berkenaan perlulah selalu mengutip sampah di kawasan perumahan ini, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
susah juga......kalau nak jadi cam nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
kecoh la.. mcm tak biasa dok sebelah sampah org2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
masyarakat pengotor satu hal..buang sampah main lempoo saja...lantak masuk tong ke takk..hal ke dua dah tau penduduk juta2..letak laa tong sampah beso kaa...banyakkan tong lagi kaa...nii tong sampah cinonet saja..kadang sampai sampah melempah lempahh...kena cotii punya time lagi berganda2 ...susah sangat kahh nak bagi tong sampah yg besoo...hal sampah ni dah berkurun2 lahh...kutip hari2..tak boleh ekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
pehbedah posted on 28-8-2013 10:30 AM
masyarakat pengotor satu hal..buang sampah main lempoo saja...lantak masuk tong ke takk..hal ke dua ...
Memang 136% kesalahan penduduk tu sendiri. Kesedaran tu kurang. Lagi nak salahkan organisasi2 tertentu. Buang sampah style macam tu, memang undang makian dari aku je lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
penduduk tuduh ...majlis ...majlis pulok tudoh penduduk ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|