CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?

29-11-2017 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18428| Komen: 240

Description: Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan guru menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah bagi menganjurkan jamuan akhir tahun ...
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan guru menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah bagi menganjurkan jamuan akhir tahun di hotel seperti tular di media sosial baru-baru ini, lapor mStar Online.



Foto: BH Online

Tambahnya, kebanyakan sekolah menubuhkan kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri selain menegaskan guru tidak boleh menggunakan dana PIBG sesuka hati tanpa izin daripada ibu bapa walaupun turut membuat sumbangan PIBG setiap tahun.

“Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.


“Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, guru juga perlu diraikan dan menyifatkan jamuan akhir tahun sebagai satu budaya dalam kalangan guru.

“Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan. Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula.

“Bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu di mana termasuk di hotel,” tambahnya.

Menurut Kamarozaman, Pihak sekolah tidak pernah meminggirkan murid, sebaliknya menganjurkan pelbagai program seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

Sebelum ini tular posting seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa guru meminggirkan murid ketika mengadakan jamuan di hotel. 



Foto: FB/mStar Online

Malah, segelintir netizen turut membuat spekulasi jamuan berkenaan diadakan menggunakan dana PIBG. - CARI
6

Bagus
14

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monkaS 28-11-2017 06:56 PM
sekarang ni zaman semua orang nak jadi hero
sikit2 meroyan kat fb, fakta atau sumber ke tepi dulu
Quote maz8 28-11-2017 07:02 PM
bukan ke jamuan cikgu cikgi guna duit kelab guru dan staf yang ahlinya bayar yurannya setiap tahun. pepandai hang je guna duit pibg.
Quote chazey 28-11-2017 07:03 PM
Bodohnya mak pak jeles dengan cikgu2 gomen ini.

Sedangkan daging kobau pun netizen boleh fitnah daging babi apetah lagi takat nak fitnah cikgu makan duit PIBG khen?
Quote Andyscenes 28-11-2017 07:08 PM
chazey replied at 28-11-2017 07:03 PM
Bodohnya mak pak jeles dengan cikgu2 gomen ini.

Sedangkan daging kobau pun netizen boleh fitnah  ...

Knnn sis. marah sgt asl, suh je anak dorg tu home school mcm artis laki tu.. sape taj
Quote harkktuih 28-11-2017 07:09 PM
Mungkin netizen mengharap cekgu2 buat jamuan sekadar di warung pak leman atau paling up pun di kfc jahh..
Quote chazey 28-11-2017 07:11 PM
Andyscenes replied at 28-11-2017 07:08 PM
Knnn sis. marah sgt asl, suh je anak dorg tu home school mcm artis laki tu.. sape taj

Suhaimi Sohai ke uol maksudkan? Lupa lak nick heol kat porom neh. Mungkin @dinopower2 boleh tolong ingatkan. :
Quote scorpionkiki 28-11-2017 07:12 PM
Ni mesti anak tak perform ni...dok jaki cikgu pi makan makan
Quote chazey 28-11-2017 07:15 PM
harkktuih replied at 28-11-2017 07:09 PM
Mungkin netizen mengharap cekgu2 buat jamuan sekadar di warung pak leman atau paling up pun di kfc j ...

Depa nak cikgu2 hidop dull and bosan macam depa yang cuti sikit sepanjang tahun kot? Serius sangat ujung2 mati kena kanser baru tahu.
Quote shernazz 28-11-2017 07:17 PM
bagi la.cikgu tu peluang
depa pung nak hepi hepi juga..
depa dh.susah payah ngajor
alahai..kalau koje lIn tu elok aje kan buat farewell party la..jamuan itu ini la..
kasi fair la..
kalau nak jamu skali bebudak skolah..minra bayaran..mula nak melwnting...
Quote tanakkampung1x 28-11-2017 07:18 PM
Sekarang tuduhan main lempar sahaja tanpa bukti pun orang percaya kah?
Quote Andyscenes 28-11-2017 07:18 PM
chazey replied at 28-11-2017 07:11 PM
Suhaimi Sohai ke uol maksudkan? Lupa lak nick heol kat porom neh. Mungkin @dinopower2 boleh tolong ...

Haaaa.. power la sis.
Quote missinpiece 28-11-2017 07:21 PM
Biaq pi kat depa la nak wat jamuan kt hotel 5 star pon kalau duit kelab guru berkepok2.
But ada jugak cikgu cikgi meroyan mencarik dana/sumbangan utk support jamuan makan2 kat hotel nih. Sumber kawan i cikgu sekolah
Quote samasam90 28-11-2017 07:25 PM
motif terkejut... btw  rajin pula la kan guru nak collect dana di samping nak siapkan segala kerja yg ppd minta..
Quote pearl.silver 28-11-2017 07:32 PM
Cikgu2 sekolah kkk i hi tea kt hotel kumpul duit masing2..sapa nk bw ank bini byr lebih
Quote chazey 28-11-2017 07:32 PM
missinpiece replied at 28-11-2017 07:21 PM
Biaq pi kat depa la nak wat jamuan kt hotel 5 star pon kalau duit kelab guru berkepok2.
But ada jug ...

Sapa soh tak ukur baju di badan sundri buat jamuan kat hotel mahal melebihi kemampoan? Hengat kau FattZura takat nikah ja pon buat kat Ritz Carlton?
Quote funnyTONE 28-11-2017 07:34 PM
Mak pak ni kalau da bodoh pon xyah la show off sgt kevodohan tu.

Ritu suh cikgu jgn cuti jaga anak dorang kt skola

Ni x puas ati cikgu wat jamuan lak
Quote exclusive_vvip 28-11-2017 07:38 PM
Go cikgu Go!! ....abaikan makpak yg byk cekadak,kedekut pahit itu..byar yuran pibg 30-50 setahun,tapi demand mcm antar anak sekolah private...tu pun ntah bayar ke tak...soh,jadi ajk pibg takmo..sudahnya tak faham urustadbir dana pibg mcmmana...
Quote CiliPadiSedap 28-11-2017 07:42 PM
monkaS replied at 28-11-2017 06:56 PM
sekarang ni zaman semua orang nak jadi hero
sikit2 meroyan kat fb, fakta atau sumber ke tepi dulu

netizen sekarang kurang IQ EQ.
Quote ~anya~ 28-11-2017 07:57 PM
Parents stok sampah...

Ingat cikgu hadap sangat kah guna duit pibg tuh? Kami ada BAKU yang collect duit guru untuk jamuan hari guru, januan akhir tahun, hadiah guru berpindah, hadiah guru bersalin, hadiah guru berkahwin dsbnya... pendek kata untuk keperluan kebajikan guru.... bahkan ada banyak cikgu2 yang ber murah hati kumpul duit untuk belanja murid...

Nko ingat banyak sangat ke yuran pibg yang nko bayar itu? Sudahlah 5 orang anak nko kat sekolah itu, nko hanya perlu bayar untuk sekepala... lagi 4 orang 'menumpang' bayaran orang lain... suka suki jahh nko nak fitnah cikgu guna duit pibg ye... ingat senang2 jahh sekolah nak guna duit pibg... kena buat kertas kerja bagai bodoh...nko tak.puas hati sangat... nko jelah bawak anak nko makan hotel... ini kereta hebat hp mahal... kasut sekolah baju sekolah anak kotor koyak2... Ppffrrrgghhttttttttttt

Lihat semua komen(240)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.272403 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top