CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dengan Catatan 20.90 Saat, Khairul Hafiz Berjaya Pecahkan Rekod Kebangsaan

19-7-2017 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3078| Komen: 26

Description: Rekod kebangsaan acara larian 200 meter yang dicatat oleh Tan Sri Dr M Jegathesan pada 1968 akhirnya berjaya dileburkan atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, kelmarin.

sumber : https://assets.bharian.com.my


Rekod kebangsaan acara larian 200 meter yang dicatat oleh Tan Sri Dr M Jegathesan pada 1968 akhirnya berjaya dileburkan atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, kelmarin.

Kejayaan anak kelahiran Melaka itu dilakukan dalam aksi akhir acara itu di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Memetik laporan Bernama, Khairul Hafiz mencatat larian 20.90 saat - 0.02 saat lebih pantas berbanding rekod kebangsaan sebelum ini.

Dr Jegathesan membuat catatan rekod kebangsaan pada temasya Olimpik Mexico 49 tahun silam. 

Mewakili Melaka, Khairul Hafiz menewaskan seteru utamanya dari Sarawak, Jonathan Nyepa, yang meraih tempat kedua dengan catatan 21.29s.


Tempat ketiga acara itu pula menjadi milik atlet dari Perak, Arawinn Gunasegaran dengan catatan masa 21.31s.

Khairul sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas mencatatkan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Julai lalu.

Dalam pada itu, dengan penuh keazaman yang tinggi, Khairul berkata fokus seterus buat dirinya adalah meraih pingat emas berganda Sukan SEA bagi acara riben biru di venue yang sama pada bulan depan.- CARI
12

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 19-7-2017 11:38 AM
tahniah...............
Quote CiliPadiSedap 19-7-2017 12:42 PM
Rekod akak 100 meter 15.6saat.. kt kampung akak, akak paling laju
Quote shiedafaizal 19-7-2017 01:18 PM
CiliPadiSedap replied at 19-7-2017 12:42 PM
Rekod akak 100 meter 15.6saat.. kt kampung akak, akak paling laju

laju betul akak ni
Quote lolita737 19-7-2017 01:40 PM
tahniah dik..

tahniah jugak buat atlet2 para yg tengah berjuang di London.. teruskan mengharumkan nama negara..
Quote qistiena 19-7-2017 04:38 PM
tahniah...
laju betul adik lari...
Quote grouper 19-7-2017 05:00 PM
Rekod olahraga paling lama dipecahkan tu..49tahun..lagi setahun nak 50 mesti jegatesan x puas hati
Quote mjla 19-7-2017 05:11 PM
Alih2, esok kena batal
Quote dodolgemok 19-7-2017 05:23 PM
Tahniah dek
Quote wajevo 19-7-2017 05:53 PM
Tania dek. Pasni boleh pecah rekod usain bolt pulak.
Quote DaisyD 19-7-2017 08:35 PM
Nak tny kot sesiapa thu, kalau cth rekod sukan sukma ke ada pecah world rekod, diaorg amik kire x?
Quote nobito 19-7-2017 08:37 PM
Akak baru nak buat thread ni kehebatan jantan Melayu mengalahkan rekod Keling.

Bangga anak Melayu macam heols.

Melayu Boleh!
Quote RatuDunia94 19-7-2017 11:12 PM
Edited by RatuDunia94 at 19-7-2017 11:17 PM
DaisyD replied at 19-7-2017 08:35 PM
Nak tny kot sesiapa thu, kalau cth rekod sukan sukma ke ada pecah world rekod, diaorg amik kire x?


Rasanya x dikira sbb its national level.. Unless rekod dipecahkan semasa bersaing diperingkat dunia..
Plus amat mustahil utk pelari peringkat sukma nk pecahkan rekod pelari peringkat dunia/olimpik.. Susah kot!
Plus byk criteria yg diambil kira oleh pihak IAAF misalnya keadaan venue, mesin pengira masa, doping test, kejohanan tu diiktiraf IAAF ke tak etc... Ingat senang2 ke dorang nk iktiraf world record..
Quote DaisyD 19-7-2017 11:16 PM
RatuDunia94 replied at 19-7-2017 11:12 PM
Rasanya x dikira sbb its national level.. Unless rekod dipecahkan semasa bersaing diperingkat duni ...

Hahahahaha yelah tu tp nk cari cth sukan tu taktahu nak bagi apa tu yg cakap je sukma. Thanks btw!
Quote dauswq 19-7-2017 11:19 PM
DaisyD replied at 19-7-2017 11:16 PM
Hahahahaha yelah tu tp nk cari cth sukan tu taktahu nak bagi apa tu yg cakap je sukma. Thanks btw!

selalunya rekod dunia dipecahkan semasa olympics atau world championship
bawah sket, commenweath, sukan asia dll tp sukan2 ni sgt jarang org boleh klem pecah rekod..


Quote dauswq 19-7-2017 11:24 PM
syarat utk masuk 100m world championship kena dpt sekurang-kurangnya 10.12s  manakala utk 200m plak kena dpt 20.44 . klu berdasarkan pencapaian hafiz ni, hanya perlukan 46 miliseconds jek utk qualify.
Quote MekArchana 19-7-2017 11:40 PM

tahniah...............
Quote bryantpl2 20-7-2017 04:37 PM
Syabas wira Malaysia!
Quote mbhcsf 20-7-2017 04:41 PM
well done , tahniah .
Quote sinalegna 21-7-2017 12:00 AM
CiliPadiSedap replied at 19-7-2017 12:42 PM
Rekod akak 100 meter 15.6saat.. kt kampung akak, akak paling laju

Tahniah kak..  

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070838 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top