CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Di Hempap Pokok

20-8-2013 05:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8121| Komen: 55

Description: Kuantan, 20 Ogos - Dua Wanita Panik Selepas Kereta Dipandu Mereka Dihempap Dahan Pokok Di Hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Dekat Sini, Semalam.

Ainatul menunjukkan cermin keretanya yang remuk kepada Chong Siang.

KUANTAN, 20 Ogos - Dua wanita panik selepas kereta dipandu mereka dihempap dahan pokok di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, dekat sini, semalam.
        
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Tengku Muhammad itu mengakibatkan dua kenderaan pecah cermin hadapan, manakala satu lagi kemik di bahagian bumbung belakang.
        
Pemilik kereta jenis Perodua Viva, Nur Ainatul Asma Saharudin, 23, berkata, ketika itu, kereta dipandunya bergerak perlahan kerana berada di kawasan sekolah.
        
Guru di Sekolah Menengah Agama Al-Ehsan, Tanjung Api itu tergamam selepas dahan pokok berdiameter kira-kira 30 sentimeter itu tiba-tiba menghempap keretanya dan sebuah lagi kenderaan di depannya.
        
        “Saya menggeletar ketakutan kerana terkejut apabila dahan pokok tiba-tiba menghempap cermin depan kereta.
        
        "Bagaimanapun selepas beberapa minit, saya kembali tenang dan terus menghubungi ahli keluarga serta rakan terdekat bagi memaklumkan kejadian itu," katanya.
        
Ainatul berkata, dia belum memutuskan untuk membuat tuntutan, tetapi akan melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan berbincang dengan keluarga mengenai perkara tersebut.
        
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Kamisah Harun, 44, tidak dapat membayangkan ketakutannya selepas bumbung keretanya tiba-tiba dihempap dahan pokok ketika bergerak perlahan untuk membelok ke selekoh kanan.
        
Katanya, ketika kejadian, kereta jenis Proton Exora dipandunya itu berada di depan kereta Ainatul dan dia mengakui bernasib baik kerana jarak beberapa meter mengelakkan kemalangan lain.
        
        “Masa tu saya dah beri isyarat membelok ke Jalan Datuk Bahaman di kanan jalan, tapi tiba-tiba dahan dipenuhi daun dan ranting menghempap bumbung kereta,” katanya.
        
Kamisah berkata, dia akan cuba membuat tuntutan kepada pihak bertanggungjawab dan membuat laporan polis.
        
Kamisah yang masih trauma dengan kejadian itu mencadangkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau JKR memantau pokok di tepi jalan agar tidak membahayakan pengguna jalan raya.
        
        “Bagaimanapun, MPK bertindak cepat dan datang ke sini selepas dihubungi untuk mengangkat dahan di atas kereta kami. Saya juga bersyukur kerana selamat dan tidak alami sebarang kecederaan,” katanya.
        
        Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, beliau dimaklumkan MPK agar dua mangsa berkenaan membuat laporan polis dan berhubung dengan pihaknya untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara wajar.
        
        “Selepas kejadian, kita mahu pihak bertanggungjawab lebih kerap membuat pemantauan ke atas pokok ditanam di tepi jalan. Lebih membimbangkan kejadian ini berlaku di kawasan sekolah.
        
        “Tambahan lagi, sekarang kita ke arah musim tengkujuh. Jadi semua pokok besar atau mati perlu diselenggarakan,” katanya.

p/s Rajin la Adun tu dtg melawat...



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 11:53 AM
ingatkan dihempap dari belakang oleh saorang forumer yang bernama airfilterbersih...

smoaga baik2 aja buat cikgu tarsabut
Quote semerbak 20-8-2013 11:53 AM
ingat badan kena hempap.
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 11:58 AM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 11:53 AM
ingatkan dihempap dari belakang oleh saorang forumer yang bernama airfilterbersih...

smoaga baik2 ...


hang nie `berkamakazi ' betul dgn airpenapis...
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:00 PM
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 11:58 AM
hang nie `berkamakazi ' betul dgn airpenapis...

kalau saifhole bukhari buat dono je diperlakukan anney anwar...

tetapi saya tidak brader tong..saya lelaki sejati..tk rela dianu2kan gayah tua itu..

kah kah kah
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:01 PM


aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well thats good i think.. kah kah kah
Quote girly.. 20-8-2013 12:16 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...

hehehehe itu yg girly notice 1st. skrg ni mmg zaman fesyen tudung rambu ramba la.. hehehehhe girly pon ada 1. hahahhahah skali pakai mcm kain langsir pon ada... tp bole le layan kan je ler. nanti org kata tdg tak updated plak
Quote berusjamban 20-8-2013 12:18 PM
cikgu dan tudung renda2 x dpt dipisahkan
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:18 PM
girly.. posted on 20-8-2013 12:16 PM
hehehehe itu yg girly notice 1st. skrg ni mmg zaman fesyen tudung rambu ramba la.. hehehehhe girly ...

tk bersanggul tocang tinggi2 ke?? tu lg seksi...pakwe suke... sebenarnya bagus je fesyen2 tudung ni...sbb menarik awek2 menutup aurat iaitu di bahagian kepala mereka..tp kalau mereka nk pakai baby T ketat2..pakwe ttp happy with their presence around me.. hahahaha.. pakwe normal..bukan gayah mcm airfilterbersih tu
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 12:18 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...

ishhh...ko nih tegur tudung plak...
ramai sentap giler kang...
betul kata ko...mcm skirt...
makin cam tak betul dah bertudung nih...
regenye kus mamat...

Quote girly.. 20-8-2013 12:20 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:18 PM
tk bersanggul tocang tinggi2 ke?? tu lg seksi...pakwe suke... sebenarnya bagus je fesyen2 tudung n ...

x suka la bertocang bagai... x elok pon... sekali sekala je pakai. lagi suka pki syria... masing2 pny taste kan..
Quote batmana 20-8-2013 12:22 PM
korang jgn main2, tudung mahal tu..

bwh tu diselaputi kevlar, bullet proof punye..pstu ada port usb smbung ke powerbank..

tu yg harga ratus2..rm..


Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:22 PM
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 12:18 PM
ishhh...ko nih tegur tudung plak...
ramai sentap giler kang...
betul kata ko...mcm skirt...

tudung mahal sbb material diorang bagus sebenarnya..walaupun dengarnya diorang hnya beli kat vietnam dan china guangzao..maklumlah..aku tengok hijab stailista tv 9...ameera zaini tu comey...

sbb dah fesyen cam tu..singkat2 tk tentu arah..dah tu plus sanggul tocang tinggi...uih..seksi aku rasa... mcm berjubah tetapi pakai heels..something sensual around there(aku spiking2 ni parodi puak2 yng suka spiking2 kat sini sebenaunye)
Quote jonlabu 20-8-2013 12:24 PM
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 12:18 PM
ishhh...ko nih tegur tudung plak...
ramai sentap giler kang...
betul kata ko...mcm skirt...

bukan ngetrend ke sekarang? tudung faredah ke apa namenya. hari tu masuk sokabar ada yg sanggup pangku anak kat kaki lima kedai lepas subuh dok terchatuk tunggu kedai bukak. semata2 nak dptkan keluaran terbaru.
Quote namirulmukminin 20-8-2013 12:27 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 11:53 AM
ingatkan dihempap dari belakang oleh saorang forumer yang bernama airfilterbersih...

smoaga baik2 ...

Tu nasib baik kena pada orang Kuantan, stakat menggigil je.. klau budak Kandang @airfilterbersih yang kena, bukan menggigil lagi dah... siap terkencing tercirit lagi mau nya... Jantan takdak telor cam tu la kekdahnyer..
Quote noor2 20-8-2013 12:27 PM
wartawan ada ditempat kejadian ke? kes gini pun masuk paper...

Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:28 PM
girly.. posted on 20-8-2013 12:20 PM
x suka la bertocang bagai... x elok pon... sekali sekala je pakai. lagi suka pki syria... masing2  ...

bertudung dan bersanggul tocang itu seksi...hmmmmm...slrrrrrp... pakwe ni laki normal girly...kalau si gayah tua airfilterbersih tu mmg dia tengok pompuan betudung tk stim langsung la..tapi kalau gambar jepp sepah pakai tudung msti dia suka naik syiok..uweeekk
Quote Acong 20-8-2013 12:30 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...

aku tgk tudung tu dah cam pattern cadar tilam beropol2 / langsir..............
Quote pakwetizzaqyah 20-8-2013 12:32 PM
namirulmukminin posted on 20-8-2013 12:27 PM
Tu nasib baik kena pada orang Kuantan, stakat menggigil je.. klau budak Kandang @airfilterbersih y ...

kah kah kah..gayah bekunyit
Quote ronin 20-8-2013 12:33 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 12:01 PM
aku tengok tudung stail mcm pompuan tu dah serupa skirt... ke aku ni mmg fetish tudung...well th ...



tajam betul mata hang....mmg sebijik sama, cuma labuh jer yg berbeza....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082251 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top