CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miangnya! Guru Didakwa Miliki Gambar Lucah, Goda Isteri Orang

7-7-2017 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12545| Komen: 80

Description: Seorang guru sekolah rendah di Felda Jengka dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Kuantan hari ini atas tiga kesalahan.

sumber : Berita Harian


Seorang guru sekolah rendah di Felda Jengka dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Kuantan hari ini atas tiga kesalahan. 

Antaranya menghasilkan dan memiliki 63 keping gambar dan 22 video lucah di telefon bimbitnya serta memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan haram pada 1 Mac lalu. 

Memetik laporan Utusan Online, tertuduh dikenali sebagai Safriduwan Safar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Jika bersalah, tertuduh yang berumur 43 tahun boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. 

Manakala, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas kesalahan memikat penjawat awam bagi tujuan melakukan persetubuhan haram, jika didapati bersalah, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun Hakim Siti Aminah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin.

Siti Aminah turut memutuskan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa yang merupakan bekas kekasihnya sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.- CARI
14

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 7-7-2017 06:30 PM
boleh jadi cikgu lagi ke dh disahkan bersalah
Quote Changa 7-7-2017 06:33 PM
Birah nya kau dek
Quote mirandanicky1 7-7-2017 06:48 PM
Dah bini org tu melayan kot smpi blh buat video lucah..bini org tu tak kena dakwa ke pulak
Quote jazaa100 7-7-2017 06:50 PM
Umor 43, tapi nampak tua.....suka melancap kot....


Quote famri7 7-7-2017 06:58 PM
dah agak kann  mesti ummah yahudi zionis...tegk muka terpancar terik sinar yahudi..sebab isle sunni maksum dekkk.xkan tgk porn kocak tino lain jauh sekali ...katanyalah.
Quote outcast 7-7-2017 07:06 PM
amboiii rupa lepas nk jd imam mesjid
Quote bambimo 7-7-2017 07:13 PM
rupa dh la below par..cuba la perangai tu semenggah skit...adehhh
Quote Pink_Purple 7-7-2017 07:18 PM
dah mcm umur 50an nak menggataal lagi..

jumpa kekasih lama,reunion sklh ke..

sakan sampai ajak ke tempat tidor
Quote Decaffeinated 7-7-2017 07:26 PM
Kesalahan menggoda penjawat awam?...
Quote syeffy0291 7-7-2017 07:32 PM
Biase orang tua berumur mcm nilah kuat seks dan menggatal
Quote dani-rox 7-7-2017 07:44 PM
Muka pun miang
Quote Burong_Hantuk 7-7-2017 07:54 PM
subhanalah
Quote insulin 7-7-2017 07:57 PM
onexox97 replied at 7-7-2017 06:30 PM
boleh jadi cikgu lagi ke dh disahkan bersalah

Mungkin akan dibuang kerja rasanya...

Quote Buritan 7-7-2017 07:59 PM
famri7 replied at 7-7-2017 06:58 PM
dah agak kann  mesti ummah yahudi zionis...tegk muka terpancar terik sinar yahudi..sebab isle sunni  ...

Mcm muka famri 7       
Quote Pajeri_Nenas 7-7-2017 08:00 PM
Mana lobai uolls?
Quote putehkundor 7-7-2017 08:09 PM
Bohsia!!!!!
Quote grouper 7-7-2017 08:28 PM
Minta wakil cikgu2 forum cari bagi komen..
Quote white_musk 7-7-2017 08:31 PM
Guru bahasa melayu ke?
Quote umbut 7-7-2017 08:43 PM
Buang lah.. bahaya ni.. jgn nanti rogol murid..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058791 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top