CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya Kerana Nakal, Tangan Anak Diikat Dan Digantung Pada Palang Bumbung

6-7-2017 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8650| Komen: 51|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Kejam, bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran paling tepat buat pelaku selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera dengan kejam tersebar di media sosial hingga mencetus kemarahan orang ramai.

Berdasarkan pemerhatian pada video berdurasi 39 saat itu, pergelangan tangan kanak-kanak lelaki malang itu diikat dengan menggunakan tali plastik dan kemudian mangsa digantung pada palang bumbung.

Mangsa yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 5 tahun itu menjerit kesakitan dan dilihat berhempas pulas cuba melepaskan ikatan yang menjerut pergelangan tangannya.


Difahamkan, pelaku yang tidak berhati perut itu bertindak menghukum kanak-kanak terbabit hanya kerana kenakalan kanak-kanak itu.

Rata-rata yang telah menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan. Ramai mengharapkan pelaku segera ditahan pihak berkuasa serta dikenakan hukuman seberat-beratnya. 


Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih belum dapat dipastikan.

Untuk info, selain masalah kewangan terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan seperti ini . Antaranya mungkin disebabkan pelaku menghadapi tekanan di tempat kerja dan masalah tersebut dibawa balik ke rumah. Oleh kerana gagal mengawal stres, anak-anak yang tidak berdosa menjadi tempat melepaskan geram. 

Ingat! jika hendak "mengajar anak" biarlah berpada-pada kerana penderaan boleh mendatangkan trauma dan implikasi negatif terhadap kehidupan anak-anak dalam jangka masa panjang. - CARI









18

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 6-7-2017 12:40 PM
Dah besar budak ni.. tgulah dia ikat ko pulak
Quote rastaf 6-7-2017 12:46 PM

ni la mak pak yang jenis pandai buat anak je lepas tu dera anak macam bintang...

Quote Changa 6-7-2017 12:49 PM
nanti ada lah komentar2 abang2 sunni felda pprt acah bagus dok cerita mereka kecik2 dulu kena pukul dera dengna mak bapak then end up jadi orang berguna jua etc...seolah bangga pula kena dera dan tak salah langsung konsep penderaan ini.

Quote ffbeauties 6-7-2017 01:03 PM
China ke?
Kalau sana macam tak heran dah walaupon kesian amat
Quote jajahoney 6-7-2017 01:04 PM

ya ampun kesiannya tengok

Quote haryatie 6-7-2017 01:06 PM
gileerrrr...
mcam cina jerk...
Quote BlueRoses96 6-7-2017 01:11 PM
Bodo la..aku pantang bab2 dera budak kecik ni tak kira la nakal mana pun dorang, they are still a child, they know nothing, apa yg dorang nampak, itu yg dorang buat. Silap2 dia bole berdendam ngan si pendera nie..

Nak mengajar budak ada cara nya yg betul, cara bodoh cmnie hanya buat anak tu semakin memberontak. Kalau nak denda, denda la rotan 3 kali ke, kurung sekejap dlm bilik ke, berdiri kat 1 sudut for certain minutes, tulis "saya janji tak buat lg" sebanyak 100 kali ke, ehh apa2 je la denda yg membina bukan denda kejam cmnie

Quote bangcak 6-7-2017 01:13 PM
elok le tu.
mmg gitu je cara nak ajar budak kuat ngamuk.
tapi kene improve la.
ikat dgn kain batik ke... kurang sket terjerut pergelangan anak tu.
Quote callalily05 6-7-2017 01:15 PM
Tu silap ari bulan cekik urat kat tangan tu ya Allah sakitnyaaaa budak lagi tu. Iols sorang je ke nampak lengan budak tu dah putih pucat
Quote lasagnaklcc 6-7-2017 01:17 PM
Tergantung mcm tu sakit kot. Hilang akal ke parents bdk ni?

Btw umur 4 thn lbh saya penah kena kurung dlm bilik air dlm gelap. Padan muka. Sape suruh bawak bunga api pegi mengaji.
Quote kuzaime 6-7-2017 01:32 PM
Kejamnya.. boleh luka melecet pergelangan tngan budak tu..nak2 sbb dia meronta2.
Budak2 ni biasanya dia jenis ingat apa yg jadi Kat dia waktu kanak2. Jngan esok dah besar nnti dia berdendam ngan parents sndiri sudah..nak2 kalau masa kanak2 dia dah puas kena dera..
Quote nisako 6-7-2017 01:46 PM
teruk betul ..............................
Quote EJALTI 6-7-2017 01:53 PM
Sakai sesangat pangai parents/penjaga macam nih...
Quote nishikido 6-7-2017 02:26 PM
Lorh..digantung anak dia cam gantung itik panggang..Ingatkan ikat biasa2 xbagi budak tu buas..terlalu extreme tok budak 5 tahun..
Quote chinta89 6-7-2017 02:43 PM
kalau anak nakal, didik la elok2. x pyh nk dera mcm ni.
Quote Modngengade 6-7-2017 02:51 PM
ffbeauties replied at 6-7-2017 05:03 AM
China ke?
Kalau sana macam tak heran dah walaupon kesian amat

berdasarkan tahap kedaifan rumah tersebut kakak syak samada di China atau Indonesia dekkk...kat ibupertiwi rumah buruk mcm ni sgt2 rare

Quote chacon 6-7-2017 03:07 PM
bapak dia terpengaruh cerita The Karate Kid kot

Quote WajibulGhunah 6-7-2017 04:00 PM
Seksa bdk tuuu
X sakit ke tgn nya nnti?!!
Quote Cintakapuri 6-7-2017 04:23 PM
Vavi sgt
Kesiannya ko dekkk

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.184347 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top