CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mickey Mouse 'Sorok' Heroin

29-6-2017 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2133| Komen: 1

Description: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik licik tiga lelaki mengaburi mata polis gagal apabila dadah yang disembunyikan di dalam patung 'Mickey Mouse’ dapat dihidu pihak ber ...
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Taktik licik tiga lelaki mengaburi mata polis gagal apabila dadah yang disembunyikan di dalam patung 'Mickey Mouse’ dapat dihidu pihak berkuasa.


Penjenayah terbabit ditahan di sebuah rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Isnin lalu, lapor Bernama.


Foto: Internet

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kepada media semalam, pihaknya menemui patung berkenaan di bawah katil di dalam sebuah bilik di kediaman itu.

“Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas patung berkenaan, polis menemui empat botol plastik cerah mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan empat biji pil Methamphetamine  yang kesemuanya bernilai RM5,023," katanya.


Suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun dan dua daripadanya merupakan seorang buruh, manakala seorang lagi nelayan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Kesemua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan," katanya. - CARI
7

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 29-6-2017 01:30 PM
dh besar cm bapak org ada patung mickey mouse
mmgla sesuatu sgt

padan muke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056907 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top