Melaka: Pada usia 110 tahun, seorang wanita di Kampung Bukit Larang, Telok Mas, di sini, pastinya gembira apabila dikelilingi kira-kira 150 ahli keluarganya sempena majlis Aidilfitri, semalam.
Walaupun tidak lagi berdaya melayan kerenah anak, cucu, cicit, piot serta oneng-oneng lima generasinya, Hitam Kechut tetap tersenyum, “Saya tidak boleh nampak anak cucu lagi tapi boleh dengar apa yang mereka cakap. Saya cukup gembira hari ini (semalam) kerana menyambut Aidilfitri bersama semua ahli keluarga,” katanya yang masih mempunyai daya pendengaran dan percakapan yang baik. Hitam atau dikenali sebagai Nek Hitam dikurniakan tiga anak yang masih hidup hasil perkahwinannya dengan Jun Saad iaitu Pungot Jun, 82; Chuang, 77, dan Mohamed, 66 manakala anak keduanya, Pipah sudah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu. ![]() ![]() Sementara itu, Mohamed berkata mengikut sejarah yang diceritakan keluarganya, Hitam pernah terbabit dengan kegiatan menuntut kemerdekaan bersama pejuang UMNO dari negeri ini pada 1950-an.
Selain itu, katanya, ibunya juga dikatakan terbabit secara langsung dengan penubuhan UMNO di Melaka serta pernah menjawat beberapa jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO atau dikenali sebagai Kaum Ibu waktu itu. “Malangnya tiada bukti bergambar untuk menguatkan lagi dakwaan itu. Bagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur kerana ibu masih sihat dan mampu mendengar serta bercakap dengan baik,” katanya. Majlis Himpunan Keluarga Nek Hitam sempena Aidilfitri itu pertama kali diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mohamed berkata, idea penganjuran majlis itu tercetus pada hari raya pertama, minggu lalu, sebelum menubuhkan jawatankuasa khas bagi melaksanakan majlis itu. “Katanya, beliau bersyukur apabila rancangan mengenai penganjuran majlis itu berjalan sempurna. “Saya berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang bersama menjayakan aktiviti kali pertama ini. Insya Allah, jika diizinkan, ia akan diadakan lagi tahun depan,” katanya |
11
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
10
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sapp73 posted on 19-8-2013 10:29 AM
nek ni duduk dekat kampung aku...tapi tak pulak ku tahu umurnya dah banyak tu...dulu-dulu susah ...
don_quixote posted on 19-8-2013 11:06 AM
kalau anaknya 82 tahun mungkin umur nek ni tak sampai pun 100 tahun....orang dulu2 kahwin muda.... ...
ADVERTISEMENT