CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tunggal Maut: Baru Rancang Kawin Slps Menjanda 7 Tahun !

19-8-2013 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5115| Komen: 14

Description: Kuala Krai , 18 Ogos - Seorang Ibu Tunggal Tidak Sempat Pulang Memasak Apabila Maut Dalam Kemalangan Berdekatan Kampung Hamzah, Dekat Sini, Kira-Kira Jam 8.30 Pagi Semalam.

Arwah Azirawati

KUALA KRAI , 18 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak sempat pulang memasak apabila maut dalam kemalangan berdekatan Kampung Hamzah, dekat sini, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
       
Ketika kejadian, mangsa, Azirawati Azri, 33, menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Perisai Wira setelah selesai membeli barangan keperluan di Pasar Kuala Krai.
       
Mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah kereta yang berada di laluan sama dan dipercayai hendak masuk ke simpang kiri ketika kejadian.
       
Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
       
Adik mangsa, Ayuni, 24, berkata, kakak sulungnya keluar awal ke pasar untuk membeli santan seterusnya berhasrat memasak sayur terung untuk hidangan mereka keluarga.
       
“Dia keluar awal sebab nak beli barang memasak. Saya tak tahu kejadian sehinggalah dihubungi bapa, Azri Yusof, 54, kira-kira jam 8.49 pagi.

“Bapa beritahu along kemalangan dan dia dah tak ada. Bapa suruh maklumkan pada ibu elok-elok sebab takut ibu terkejut,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.


Ibu saudara arwah mencium jenazah sebelum solat jenazah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai.
       
Ayuni berkata, arwah pernah menyuarakan hasrat berkahwin semula selepas adik keduanya, Atirah bersalin yang dijangka awal tahun depan.
       
“Arwah pernah menyuarakan hajat kahwin semula selepas tujuh tahun hidup sebagai ibu tunggal. Dia berhasrat menyerahkan tugasnya mengasuh anak-anak jiran kepada saya.
       
“Saya maklumkan pada dia tidak perlu bincangkan hal itu sebab lambat lagi, kami memang tak sangka arwah pergi begitu saja,” katanya.
       
Difahamkan, kematian Azirawati adalah kehilangan kedua keluarga ini kerana 28 Julai lalu, ibu Azri, Esah Amah, 77, meninggal dunia akibat penyakit berkaitan paru-paru di Sungai Pas.
       
Ibu arwah, Ramlah Mat, 52, berkata, malam sebelum kejadian, anaknya ada memberitahu hendak keluar beraya di rumah kawan keesokan harinya.
       
“Dia kata nak keluar beraya dan nak masak awal pagi. Saya kata saya nak makan sambal petai tetapi ikan bilis tiada.
       
“Dia ke pasar untuk beli santan, ikan bilis dan beberapa barang lain. Lama saya tunggu, dia tak balik hinggalah suami telefon dan jiran datang beritahu arwah kemalangan.

"Tak tahu macam mana lepas ni sebab selama ni arwah yang uruskan rumah, hantar anaknya dan adiknya ke sekolah, serta bawa saya ke hospital,” katanya.
       
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai selepas solat Asar semalam.
       
Adun Manik Urai, Fauzi Abdullah antara yang awal hadir ke bilik mayat bertemu keluarga mangsa.
       
Arwah meninggalkan seorang anak lelaki, Shahrul Afiq Shaharun, 10 tahun.


8

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 18-8-2013 10:08 AM

Ramlah bersama cucunya, Shahrul Afiq.
Quote md_nana 18-8-2013 10:10 AM
kesian anak dia...
Quote batmana 18-8-2013 10:11 AM
ni kete msuk simpang tak bagi signal le ni...

bwa kete cm jln mak bapak dia..wat nayer kt org lain aja..
Quote jihah 18-8-2013 11:09 AM
innalillah, al-fatihah..

dr berita ni dpt dibayangkan arwah yg banyak membantu keluarga & urusan keluarga.
wpun ibu tunggal, arwah tinggal bersama keluarga.
kiranya dia merancang nak bina kehidupan & keluarga sendiri tp tak kesampaian.
kita hanya merancang. tp ajal maut, jodoh pertemuan, Allah yg lebih mengetahui..
Quote mirkl 18-8-2013 12:37 PM

takziah kepada mangsa dan keluarga ...  
Quote setia00 20-8-2013 12:49 PM
takziah kepada keluarga mangsa...

jangan lalai sangat ketika memandu..
yang akan jadi mangsa mesti pemandu motorsikal..
peka lah sikit masa memandu kereta tu.
Quote AprilNing 20-8-2013 12:53 PM
orang baik2 selalu mati awal..

takziah
Quote outcast 20-8-2013 12:55 PM
Al fatihah ...   
Quote wajaman 20-8-2013 02:43 PM
sebelum rasa bangga bawak kete tu,cuba2 rasa bawak moto nie...baru leh fahami perasaan org2 yg bawak moto,hari2 berdoa agar dijauhkan segala musibah..
Quote jonlabu 20-8-2013 02:50 PM
innallillah..
Quote siputsedut 20-8-2013 02:52 PM
sian tengok gambar anak arwah tabahlah dik..jadi insan berguna ye..
Quote prettyuglybabe 20-8-2013 03:05 PM
kasihannya. takziah kepada keluarga beliau.

Quote manehnya 20-8-2013 03:13 PM
tongkatwaran75 posted on 18-8-2013 10:08 AM
Ramlah bersama cucunya, Shahrul Afiq.

kesiannyann..
Quote missspaQ 20-8-2013 05:13 PM
al-fatihah dan takziah utk keluarga mangsa..kuala krai, kampung saya..baru je blk beraya hari tu..skrg dh kl dah..
taman perisai wira tu sebelah kg jee..mesti ayah mak kenal keluarga arwah ni..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.655933 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top