CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baling Bom Api, Gelandangan Bakar Isteri Ditahan

7-6-2017 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3676| Komen: 22

Description: Seorang lelaki gelandangan ditahan polis berikutan kematian isterinya selepas dua minggu menderita parah akibat dibakar.
Seorang lelaki gelandangan ditahan polis berikutan kematian isterinya selepas dua minggu menderita parah akibat dibakar.



Memetik BH Online, Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Saifi Hamid berkata suspek, 46, ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kematian mangsa, 44, daripada pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, pagi semalam.

"Berdasarkan bedah siasat yang dilakukan, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami. 

"Justeru, kita tahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kini diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 kanun sama," katanya.


Tambah Saifi, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 26 Mei lalu, suspek, 46, yang sudah dua tahun hidup sebagai gelandangan membaling bom api ketika mengunjungi kediaman mangsa menyebabkan isterinya disambar api dan melecur teruk.

"Anak lelaki mangsa yang terdengar jeritan berlari keluar untuk membantu memadamkan api dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu, anak mangsa turut melihat suspek tergesa-gesa melarikan diri, disyaki selepas membakar mangsa. 

"Siasatan mendapati suspek dan mangsa sudah kira-kira 10 tahun tinggal berasingan dan dalam proses untuk bercerai. Kita percaya dendam menjadi motif utama kejadian," katanya. - CARI
15

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 7-6-2017 11:53 AM
10 tahun tak cerai lg

awat la x minta cerai kak? or mmg lelaki nye xnak cerai kan ke?

tp kalau pegi court minta fasakh dh lama jatuh talak kan?
Quote pankreas 7-6-2017 11:54 AM
Skrg mmg musim bako je la agknye
Quote catalina 7-6-2017 11:55 AM
Astaghfirullah... Sanggup dia bunuh ibu kpd anak2nya.
Macam mana anak2 nak maafkan bapak yg membunuh ibu yg melindungi anak2nya selama ini. kejamnya..
Kel***g ker?
Quote haryatie 7-6-2017 12:05 PM
berlaki kan org gilerrr
malangnya nasib dia..
Quote cheergirlz 7-6-2017 12:11 PM
bila hati dh hitam...akal pon kelam..
Quote dazzledazzle 7-6-2017 12:22 PM
kesiannya la nasib dia..
Quote Simunggu 7-6-2017 12:25 PM
sudah lah hina di dunia...di akhirat pun gelandangan gamaknya..
Quote chinta89 7-6-2017 12:39 PM
kenapalah tergamak sgt ni?
Quote felinecat 7-6-2017 12:43 PM
dh la  menyusahkan bini, menyusahkan anak lg.sapa nak tanggung anak die plj, mak dh xde. hare betul jate xgune
Quote fox. 7-6-2017 12:43 PM
kesiannya
Quote prettyuglybabe 7-6-2017 01:43 PM
10 tahun ke proses nak cerai nya??
Quote Ayda89 7-6-2017 01:54 PM
Takutnya laki macam ni...
Quote -electrifying- 7-6-2017 01:56 PM
lama nya, ni mesti dok main tarik tali
Quote miemiecha 7-6-2017 02:45 PM
sian nya, ending ngan kematian..
Quote Rayna90 7-6-2017 02:48 PM
Kurang hajaq punya laki. Hina sungguh jantan keparat mcm ni
Quote Pink_Purple 7-6-2017 03:16 PM
Dah gantung xbertali,nafkh xbg,
Ko bunuh pulak..
Jantan xguna mcm ni malu la hidup atas bumi tuhan
Quote insulin 7-6-2017 03:25 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote wasabi29 7-6-2017 08:49 PM
Binatang punya lelaki
Quote armin 8-6-2017 02:13 AM
idakamaruddin replied at 7-6-2017 11:53 AM
10 tahun tak cerai lg

awat la x minta cerai kak? or mmg lelaki nye xnak cerai kan ke?

Kalau tengok kes kt thread fd tu mcm bertahun2 je amik masa kalau kes mintak cerai.. ada blogger tu pun cerai bertahun2 gak, selagi lakinya xdtg mahkamah selagi tu lah tangguh kes. Berjanggutla nak cerai.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052049 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top