CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Boleh Ambil Keluarga Bekerja..

19-8-2013 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4310| Komen: 48

Description: Tidak Ada Masalah Jika Seseorang Menteri Atau Anggota Pentadbiran Kerajaan Mengambil Anggota Keluarganya Sebagai Pembantu Jika Ia Tidak Melibatkan Sebarang Pembayaran Gaji Atau Elaun Oleh Kerajaan, Ka ...

Menteri Boleh Ambil Keluarga Bekerja Jika Tak Dibayar Kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
   
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini.
   
Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.
   
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan Mohamed Nazri mengambil anak lelakinya bekerja di kementerian yang beliau sendiri adalah menterinya.
   
Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
   
Mengenai cadangan supaya semua ahli Parlimen dan ADUN diwajibkan mengisytiharkan harta mereka setiap tahun, Najib berkata setakat ini kerajaan hanya menetapkan anggota pentadbiran kerajaan yang mesti mengisytiharkan harta masing-masing.
   
"Ahli Parlimen tiada kuasa eksekutif dan mereka boleh menjalankan perniagaan. Takde halangan (berniaga) asalkan jangan ada 'conflict of interest' (konflik kepentingan)"," katanya.
   
Perdana penteri berkata aset dan harta yang diisytiharkan oleh anggota pentadbiran kepada beliau juga boleh memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemaknya.
   
"Walaupun tiada aduan, SPRM boleh semak senarai aset yang mereka isytiharkan kepada saya," katanya.


Bagus
7

Marah

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 16-8-2013 07:41 PM
patutla rosmah belasah habis tender PLKN dan tender BAS RAPID kuantan...rakyat UMNO senggih2
Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 07:42 PM
menteri juga boleh menaikkan gaji sndiri sesuka hati?
Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 07:43 PM
harisbee posted on 16-8-2013 07:41 PM
patutla rosmah belasah habis tender PLKN dan tender BAS RAPID kuantan...rakyat UMNO senggih2

mb kedah kata saudara mara dia sekor pun tk mintak projek kerajaan negeri....ok?
Quote tupaiterbang 16-8-2013 07:45 PM
ni yg buat aku meluat gan UMNGOK NI!!
Quote syabee 16-8-2013 07:48 PM
Ahli parlimen bole
Meniaga...tp penjawat awam takle kan? Ade dlm pukeyliling kan??

Quote cmf_shalom 16-8-2013 07:49 PM
Pastikan juga tidak mggunakan pejabat kerajaan
Quote airfilterkotor 16-8-2013 07:51 PM
Ni Najib bercakap bagi pihak anak Nazri kaa, atau Rosmah..?
Quote brownstone 16-8-2013 07:51 PM
Ni kalau dpt kat DAP, depa lagi dahsyat ~ macai
Quote syabee 16-8-2013 07:52 PM
Klu anak tu tak divayar oleh kerajaan tp claim2 si anak adakah diatanggung oleg si bapak yg akan Menuntut on behalf???
Quote chazey 16-8-2013 08:04 PM
oh begitu. baiklah.
Quote harisbee 16-8-2013 08:15 PM
tupaiterbang posted on 16-8-2013 07:45 PM
ni yg buat aku meluat gan UMNGOK NI!!

meluat konon....lepas ni leh lah ko keje under rosmah ok..byk tender kerajaan dia bolot...nanti rosmah gajikan ko...mewah ok
Quote miairdina 16-8-2013 08:43 PM
PM benarkan nadem works for his father..so sapa yg leh sahkan gaji dia pak bayar?..#tnya jer.
Quote lonely_surina 16-8-2013 08:48 PM
PM: Menteri boleh ambil keluarga bekerja jika tak dibayar k'jaan


yg sebelum2 neh menTERi amik ahli kuarga kerja mcm mn?
Quote kaseh80 16-8-2013 08:50 PM
akak pink pun sukarela bekerja demi rakyat
Quote Cakkkk....aaaa 16-8-2013 08:50 PM
najib boleh lah lantik rosmah jadi tpm ganti muhyidin...

gaji najib tolong bayar...

AN mesti setuju...
Quote xterra 16-8-2013 08:54 PM
But why must he be listed in the govt's website??...
Quote noor2 16-8-2013 08:55 PM
bongoknya kerajaan malaysia...dan macam negara india dan lain2 yang penuh dgn kurapsi...

Quote missus_meow 16-8-2013 08:56 PM
Napelah jd lagu ni jwpn sorang pm
Quote 5229 16-8-2013 08:57 PM
najib..najib..kecewa aku weh!

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059743 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top