CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Perlukan Lebih Ramai Doktor Pakar !

19-8-2013 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5982| Komen: 6


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.

Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.

"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.

"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di sini Sabtu.

Mengulas isu terdapat terlalu ramai doktor di Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mewujudkan lebih banyak jawatan kerajaan untuk doktor dan profesional penjagaan kesihatan lain secara tetap.

Beliau berkata ketika ini terdapat 36,607 doktor termasuk pakar dengan nisbah 1:791 dan berdasarkan anggaran penduduk Malaysia seramai 34 juta menjelang 2020, sejumlah 85,000 doktor diperlukan bagi mencapai nisbah standard 1:400.

"Sebelum ini, jawatan dalam kerajaan tidak dipenuhi berikutan kekurangan graduan perubatan tetapi pada masa ini, hampir 85 peratus jawatan doktor dalam kementerian sudah dipenuhi dengan kira-kira 3,700 pengambilan setiap tahun.

"Jika situasi ini berterusan, nisbah mungkin lebih daripada apa yang kita perlukan pada 2020," katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Dr Subramaniam berkata kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan berhubung kebenaran menubuhkan pusat pengajian perubatan yang baharu di Malaysia.

Beliau juga berkata pengiktirafan ijazah perubatan dari luar negara perlu dikaji semula dan diperkukuh manakala pengeluaran 'Sijil Tiada Bantahan' oleh KPM adalah wajib sebelum mereka boleh mendaftar di sekolah perubatan.

Kolej perubatan swasta perlu memastikan kurikulum dan penanda prestasinya adalah setanding institusi perubatan lain.

Katanya, kementerian juga tidak berhasrat menaikkan kadar bayaran rundingan doktor sebanyak 30 peratus seperti yang diuar-uarkan.-- BERNAMA


11

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 18-8-2013 01:40 AM
doktor tk cukop??? dah standard tinggi sangat nk jadi doktor..padahal ada je porumer kata doktor kebanyakannya tk bagus...apa citer?



Quote mikasa 18-8-2013 02:31 AM
takan laa di tak tau ramai doktor pakar yang berhenti keje ngan gomen pastu join private , sebab tu laa doc pakar tak cukup keje ngan spital gomen.

kalau pakar gomen baru leh dpt rm10k...tapi prebet offer rm20k . sapa tak nak gaji lebih
Quote lavendernovella 18-8-2013 05:52 AM
Doc kt over sea gaji 100k sebulan
Doctor yg sama juga balik malaysia gaji 7k sebulan

Sedara aku nurse keje kt tanah arab, gaji 12k sebulan, nurse biasa jer.

Agak2 ade beza x?
Quote FanTasyCreaTioN 18-8-2013 05:57 AM
mikasa posted on 18-8-2013 02:31 AM
takan laa di tak tau ramai doktor pakar yang berhenti keje ngan gomen pastu join private , sebab tu  ...

yang kerja ngan gomen pun selalu nya mencukup kan syarat perjanjian masa belajar jer ..
cukup masa masuk private
Quote Leo_Tigris 18-8-2013 06:56 AM
NIe lah masalahnya. Ada dah doktor pakar yg sedia berkhidmat utk kerajaan - tak nak jaga betul2. Gaji ciput tu takde la masalah besar sgt sebenarnya, kalau korang berckp dgn sesetgh pakar.

Nie, nak buat hospital canggih mcm2 - tapi benda basic pun selalu takde budget. Kadang2 tu, budget nak beli benang utk menjahit kulit patient pun takde. Budget nak beli reagent nak buat basic blood test pun habis. Ubat pun kena ration - nak bagi ubat bagus kena ada justifikasi, or bergantung pada sample drug rep. So camno? Suruh doktor pakar buat kerja 'management' yang ntah apa2. Lepas tu polisi kerajaan mengarut bodo.

Tapi takpe la kan - sebab menteri2 and VIP semua ada share buat private hospital kan. Ada share dlm private medical college kan. So takpe la doktor2 yg sedia ada quit pun, private college boleh keluarkan houseman tahap sampah. Knowledge zero, attitude macam najis.

Dah la yang dihantar study overseas perasan bagus - masa nak pergi macam2 ckp masa interview - nak berkhidmat utk rakyat - bullshit. sampai oversea lupa daratan, taknak balik. Berkhidmat utk rakyat amenda? Yang ada pulak asyik lari ke private sector. tapi takpe, sebab kolej and so called university perubatan yg keluarkan houseman tahap sampah boleh pulak unjurkan pada kerajaan so that diorg boleh train pakar secara private and keluarkan doktor pakar tahap sampah pulak.

Yang jadi mangsa? Rakyat miskin yang tak tahu apa2. Dtg hospital tapi dpt layanan and treatment substandard. Menteri and VIP takpe la - kena gigit nyamuk pun dapat rawatan kat Australia kan.....
Quote pakwetizzaqyah 18-8-2013 03:45 PM
Leo_Tigris posted on 18-8-2013 06:56 AM
NIe lah masalahnya. Ada dah doktor pakar yg sedia berkhidmat utk kerajaan - tak nak jaga betul2. Gaj ...

hahahhaa..cayalah leo..kasi hentam puak2 pandai ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.415626 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top