CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapten Syak Tayar Pecah, Penerbangan KL-Perth Ditunda

22-5-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3412| Komen: 16

Description: Berikutan sebuah tayar pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH127 disyaki pecah, penerbangan berkenaan yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di (KLIA) Sepang menuju ke Perth, ...
Berikutan sebuah tayar pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH127 disyaki pecah, penerbangan berkenaan yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di (KLIA) Sepang menuju ke Perth, Australia terpaksa ditunda.


MAS dalam satu kenyataan di dalam Facebook dan Twitternya berkata kapten penerbangan membuat keputusan untuk tidak terus berlepas demi menjaga keselamatan penumpang.

Oleh itu MH127 akan beroperasi sebagai MH127D dan berlepas dari KLIA pada pukul 7 pagi 22 Mei dan dijangka tiba di Perth pada pukul 12.50 tengah hari pada hari yang sama.

Penerbangan balik, MH126 akan beroperasi sebagai MH126D berlepas dari Perth pada pukul 1.30 tengah hari pada 22 Mei dan tiba di KLIA pada pukul 7.20 malam hari yang sama.

Penumpang yang terlibat telah diberikan penginapan.


"Kami kesal dengan ketidakselesaan yang terpaksa diharungi penumpang dan akan menyiasat insiden yang berlaku pada pesawat Boeing 738 itu," kata kenyataan itu.- CARI




22

Bagus
16

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 22-5-2017 10:21 AM
ok la tu..
asalkan bagi otel kat para penumpang yang terlibat..
tak de la merungut mereka..

untuk keselamatankan..baik ditangguhkan penerbangan tu
Quote Jack_@AlI0208 22-5-2017 11:17 AM
bagi otel dgn transport la kat penompang
Quote lumie 22-5-2017 12:07 PM
Klo yg pegi bercuti2, tak kesah laa kot flight delay... Yg nk pegi meeting, urusan rasmi semua masak lah... Hehe... Tp sbb MAS, kebajikan penumpang konfem dijaga, so kira takde issue laaa... Cb klo airasia... Hamukkkk semua org... Kehkehkehhh
Quote nisako 22-5-2017 01:30 PM
makin teruk la mas niiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote mamapea 22-5-2017 01:51 PM
masa flight aku dr JB pun tayar problem & ekon xde...pilot ckp power x cukup...dok dlm flight mcm dok dlm oven...nasib baik masa take off sejuk skit...
Quote slavehunter 22-5-2017 02:13 PM
Safety first. Yang penting passanger pun kene kerjasama
Quote -electrifying- 22-5-2017 03:51 PM
terbaik lah... lgi baik cegah awal, klau main pegi je, xpsl je
Quote MakareyumSuciey 22-5-2017 04:25 PM
Downgrade naik pesawat B738 ke...bukan route ke Perth naik A330 kah?
Quote mirandanicky1 22-5-2017 11:48 PM
Nasib baik g hari tu okay je smooth flight
Quote mirandanicky1 22-5-2017 11:49 PM
But i always choose mas anytime
Quote berusjamban 23-5-2017 12:59 AM
Huih sib baik aku naik AA gi perth aman2 jah
Quote neurelle 23-5-2017 11:25 AM
mamapea replied at 22-5-2017 01:51 PM
masa flight aku dr JB pun tayar problem & ekon xde...pilot ckp power x cukup...dok dlm flight mcm do ...

Xde aircond boleh redha dlm tangisan.. janji power kapal tu cukup tinggi utk lepas gunung  
Quote Artemesiaa 23-5-2017 11:34 AM
Kalau dah tahu boleh membahayakan elok le dibaiki dulu sebelum berlepas kurang2 boleh elakan dari berlaku kemalangan
Quote auntieagony 23-5-2017 12:08 PM
Dalam inisiatif utk mengurangkan perbelanjaan, aspek keselamatan tidak harus digadaikan.

Semoga zaman kegemilangan MAS kembali semula.
Quote bottombikini 23-5-2017 12:25 PM
masa gi phnom penh aritu, dah layan makan, layan tido, layan baca buku
sekali mendarat kat KLIA2 balik..flight U-turn
pas 4 jam baru terbang balik ke PP..punye la boring

tapi ini kisah AA la bukan MH
Quote mamapea 23-5-2017 01:22 PM
neurelle replied at 23-5-2017 11:25 AM
Xde aircond boleh redha dlm tangisan.. janji power kapal tu cukup tinggi utk lepas gunung

mmg rasa takut la masa pilot announced yg power x kuat utk buka ekon...
dh la flight delayed sejam sbb tayar rosak...aku dh kena 3x berturut2 flight delayed dr JB-KL...
mmg time yg sama 4.05 pm..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.368625 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top