CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Pasal Khatib Kerana Dipeluk Dan Dicium

16-8-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11073| Komen: 56

16 Ogos 2013               

Sekadar hiasan syiah sesat


Janganlah pula apabila saya tulis begini, saya dituduh Salafi tegar. Maklumlah, orang kita sekarang suka sangat melabel orang lain. Orang yang memang tidak suka makan keli Afrika macam saya, dituduh Syiah. Sebabnya, orang Syiah haram makan ikan keli atau sebarang jenis ikan yang licin tidak bersisik.
        
Tetapi saya, yang tidak makan cuma keli. Kalau dihadapkan dengan gulai sembilang dari Juru, Insya-ALLAH licin mangkuk!
        
Sehari dua ini, heboh dalam internet pasal seorang khatib  di Pendang,  Kedah, difitnah sebagai pengikut Syiah hanya kerana dipeluk dan dicium oleh anggota jemaah selepas menyampaikan khutbah Aidilfitri. Sungguh-sungguh orang kita sekarang sudah tidak takut lagi pada dosa  fitnah!
        
Puncanya apabila seorang anggota jemaah memuat naik video yang dirakamnya dalam Youtube untuk menceritakan keadaan jemaah solat sunat Aidilfitri di masjid itu berebut untuk bersalam dengan khatib selepas khutbah.

Itu sudah jadi kebiasaan mereka. Bukan di Pendang sahaja, di kampung saya pun sama. Selesai khutbah, berebut-rebut orang bersalam dengan khatib. Ada yang peluk dan cium si khatib. Mungkin ambil berkat atau tanda terima kasih!
        
Tetapi dalam kes di Pendang, lain pula ceritanya. Ada pun selepas video itu tersebar, ada  yang memandai-mandai tuduh si khatib dan ahli jemaahnya  pengikut Syiah. Puncanya kerana apa yang dilihat dalam video yang dirakam dari jarak jauh itu seolah-olah khatib dengan ahli jemaah bercium mulut ke mulut, apa yang dikatakan amalan biasa pengikut Syiah!
        
Mudah sungguh mereka buat kesimpulan, hanya kerana video itu berasal dari Pendang, daerah dikatakan paling ramai pengikut Syiah di Kedah.
        
Saya sendiri minggu lalu balik beraya di Pendang,  tidak pula saya kesan ada saudara mara saya yang sudah bertukar jadi Syiah. Malah di tepi jalan berhampiran Pekan Tokai, tempat saya, ada papan tanda jualan belut. Untuk makluman, belut juga haram bagi orang Syiah!
        
Masyhurnya Pendang dikaitkan dengan Syiah hanya kerana di daerah itu, khususnya di Kampung Alor Berala, Tobiar, ada guru besar Syiah bernama Abdullah Hassan. Di situlah Abdullah yang dulu dipanggil Ustaz Lah mendirikan pusat tarbiyah Syiah yang dikenali sebagai Hussainiyah Az Zahra.
        
Kebetulan seorang biras saya ada hubungan keluarga dengan Abdullah dan dia beritahu saya, salah kalau orang anggap semua penduduk Alor Berala pengikut Syiah, apa lagi Pendang. Sebab yang Syiah hanya Abdullah Hassan manakala pengikutnya datang dari merata tempat.
        
Jadi bayangkanlah betapa besar dosa memfitnah khatib yang dicium oleh anggota jemaah itu, apa lagi pada zaman ini yang sesuatu maklumat tidak kira betul atau salah, mudah sahaja disebar hanya dengan sentuhan jari!



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote girly.. 16-8-2013 11:49 AM
lantakler si syiah ni... bengong btl
Quote tongkatwaran75 16-8-2013 11:56 AM
girly.. posted on 16-8-2013 11:49 AM
lantakler si syiah ni... bengong btl

bole ker kata gitu...
kian hari kian ramai yg terpengaruh...
paling menarik; tawaran bermutaah...

Quote little_sis 16-8-2013 12:13 PM
baru ku tau yg org syiah x mkn ikan keli..
Quote batmana 16-8-2013 12:18 PM
cium laki pmpn ka...?
Quote tongkatwaran75 16-8-2013 12:29 PM
little_sis posted on 16-8-2013 12:13 PM
baru ku tau yg org syiah x mkn ikan keli..

dan belut...

Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 03:07 PM


jaga2 sme dengan gayah tua mengunyit.. kah kah kah
Quote kucingTomey 16-8-2013 03:14 PM
tak makan udang dituduh syiah...
Quote zamzam 16-8-2013 03:19 PM
alamak aku pun tak makan ikan keli dan belut...syiah kah aku???
Quote tongkatwaran75 16-8-2013 03:34 PM
zamzam posted on 16-8-2013 03:19 PM
alamak aku pun tak makan ikan keli dan belut...syiah kah aku???

itu bukan syiah tapi geli ah...

Quote aiharanaoki 16-8-2013 03:37 PM
Tak kira la sunni ke syiah, this is grossss!!
Quote nidzhar 16-8-2013 03:39 PM
video mana?
Quote miawpink 16-8-2013 03:44 PM
[youtube]e6io5sLKmHU[/youtube]
Quote tyrande_81 16-8-2013 07:30 PM
sib baik aku suka makan keli dan sotong...fuh tak terpesong akidah aku
Quote harisbee 16-8-2013 07:38 PM
syiah x makan makanan laut...sebab x disembelih katanya...so kalu korang nampak seseorang tu makan ikan,....sah sah liberal,sekular kapir atau pun sunni
Quote solstice 16-8-2013 07:47 PM
Comolot?
LGBT sangats syiah ni
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 07:56 PM
siapa makan sotong jadi sutun     
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 08:00 PM
syiah cium khatib


Quote baby_pingu 16-8-2013 08:07 PM
huhuhu..comolot..
Quote Decaffeinated 16-8-2013 08:13 PM
Kalau dpt khatib ok best lah syiah. Kalau serabai xde beza jd sunni pun ...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.225482 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top