CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Que Haidar Sedekah Baju Raya Kepada Golongan Gelandangan

7-5-2017 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6526| Komen: 35|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Aidilfitri semakin menghampiri. Anda sudah dapatkan baju raya? Atau mungkin anda merasakan masih terlalu awal untuk memikirkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri?
Aidilfitri semakin menghampiri. Anda sudah dapatkan baju raya? Atau mungkin anda merasakan masih terlalu awal untuk memikirkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri?

Selalunya waktu-waktu begini kebanyakan artis yang berusaha dengan pengusaha baju raya akan menampilkan koleksi terbaru mereka selain menganjurkan pertunjukan promosi dan pertunjukan fesyen.

Namun, aktor Que Haidar dan pengeluar baju Melayu, Qierahman mengambil pendekatan berbeza pada tahun ini dengan memilih untuk mengedarkan koleksi terbaru mereka kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Foto: IG Que Haidar

Memetik Harian Metro, Que berkata Qierahman mahu memberi sedekah koleksi baju mereka kepada yang kurang berkemampuan.


Dan tanpa banyak songeh, Que terus bersetuju selain sangat berbesar hati kerana program itu membabitkan isteri serta anak-anaknya.

“Pada saya mendekati golongan gelandangan bersama anak-anak memberi peluang mereka melihat sendri betapa bertuahnya diri mereka dengan kehidupan dan rezeki yang diberikan.

“Pengalaman sepanjang program itu dilaksanakan, saya harap mereka lebih matang berfikir mengenai hidup dan menjadi insan lebih bersyukur pada masa hadapan,” katanya.


Foto: BH Online

Bagaimanapun, mereka hanya memberikan selimut kepada kanak-kanak kerana Qierahman tidak menyediakan baju untuk mereka.

Dah bagi selimut pun sudah memadai dan secara tak langsung ia menunjukkan mereka prihatin terhadap anak-anak gelandangan. Diharap Que dan keluarga teruskan usaha murni itu. - CARI

16

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
25

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zyraa 7-5-2017 10:57 AM
Bagus2...sempena bulan ramadhan ni..byk kan amal jariah
Quote awaynepian 7-5-2017 11:01 AM

Dah bagi selimut pun sudah memadai dan secara tak langsung ia menunjukkan mereka tidak prihatin terhadap anak-anak gelandangan

Lainmcm je ayat tu...typo ker??
Quote cha-cha 7-5-2017 11:07 AM
awaynepian replied at 7-5-2017 03:01 AM
Dah bagi selimut pun sudah memadai dan secara tak langsung ia menunjukkan mereka tidak prihatin te ...

Hahahahahha macam jahat je bunyi  
Quote MarryPottet 7-5-2017 11:19 AM
adoi kesiannyalah kat kanak kanak yg tak dapat baju tu
patut yg paling utama kena raikan kanak2
merekalah yg paling suka kalau dapat baju baru

btw, cakap pasal retis collab dgn designer ni, ElleZada yg collab dgn sam+syatilla dan mencipta kontroversi time nak raya last year dah kembali mengganas dgn koleksi raya dan disertai hashtag #ellezadabertaubat
Quote MH3703 7-5-2017 11:54 AM
berok ni dah takde benda nak cerita kat wartawan pprt ke? pasal baju raya ko yg cheapsale tu pun nak cerita kat org yg konon ko generous lah sgt...org kalau betul2 generous,beli baju baru kasi gelangdangan tu baru betul...ni setakat baju melayu beli tepi longkang kat jalan TAR tu,tak payah nak kecoh
Quote ReginaGeorge 7-5-2017 12:04 PM
Salah kita persoalkan sedekah org lain dik
Quote simatakucing 7-5-2017 12:04 PM
Ni bagi selimut ke bagi baju raye ni,konpius,ke aku salah baca
Quote virgo19 7-5-2017 12:05 PM
so sebenarnya que haidar bagi baju raya ke bagi selimut?
Quote virgo19 7-5-2017 12:10 PM
oh baru faham.. org dewasa dia bagi baju, kanak2 dia bagi selimut.. bagus2. tapi kan.. perlu ke org gelandangan ni diberi baju raya, diorg nak beraya kat mana, dah nama pun gelandangan kan? Kalau utk pakai harian, tak rimas ke pakai baju melayu tu? Baik bagi baju biasa atau makanan je. Kalau yg selimut tu ok la, mmg diorg guna pun.
Quote beautifulliar 7-5-2017 12:18 PM
MH3703 replied at 7-5-2017 11:54 AM
berok ni dah takde benda nak cerita kat wartawan pprt ke? pasal baju raya ko yg cheapsale tu pun nak ...

Klo deme beli kt jalan tar pun at least deme usaha ada inisiatif nk tolong orang2 yg kurang berkemampuan..tak kisah la baru ke tak baru at least deme ada sesuatu nk disedekahkan..org hat dapat tu takde kisah pn baru ke buruk bila kita dh takde pape2 and datang insan2 yg mghulur tu dah seribu rahmat..dibandingkn ngn chuols entah2 baju sendri dan anak2 pun tak bganti..
Quote MH3703 7-5-2017 12:25 PM
beautifulliar replied at 7-5-2017 04:18 AM
Klo deme beli kt jalan tar pun at least deme usaha ada inisiatif nk tolong orang2 yg kurang berkem ...

amboi...mengata den la tu...baju raya anak den mmg tak beli pun,,nenek dia yg jait...
Quote beautifulliar 7-5-2017 12:30 PM
MH3703 replied at 7-5-2017 12:25 PM
amboi...mengata den la tu...baju raya anak den mmg tak beli pun,,nenek dia yg jait...

Nenek sndri jait huntong la takyah susah2 berpanas bersesak kt jln tar pilih baju raya entah2 bertembung lak ngn Que and the geng
Quote sepertiitu 7-5-2017 12:55 PM
MarryPottet replied at 7-5-2017 11:19 AM
adoi kesiannyalah kat kanak kanak yg tak dapat baju tu
patut yg paling utama kena raikan kanak2
me ...

iols ade terstalk haritu. gila gigih ellezada ni. ade certain retis hijabista sokong theyols kan? ni kalau ada orang beli lagi taktau lah nak cakap hape
Quote imanda 7-5-2017 12:56 PM
virgo19 replied at 7-5-2017 12:10 PM
oh baru faham.. org dewasa dia bagi baju, kanak2 dia bagi selimut.. bagus2. tapi kan.. perlu ke org  ...

At least g masjid solat ry ada la juga baju semenggah skit, yuuu
Quote merahrose 7-5-2017 01:05 PM
MarryPottet replied at 7-5-2017 11:19 AM
adoi kesiannyalah kat kanak kanak yg tak dapat baju tu
patut yg paling utama kena raikan kanak2
me ...

sam this year dgn elrah klau x slah.  
klau i mmg serik la ngn elzada...sejarah mungkin berulang
Quote virgo19 7-5-2017 01:15 PM
imanda replied at 7-5-2017 12:56 PM
At least g masjid solat ry ada la juga baju semenggah skit, yuuu

oh.. tak terpikir la pulak iols..
Quote ahlisihircute 7-5-2017 01:19 PM
nak bagi derma.....dediam sudahlah.......
Quote imanda 7-5-2017 01:19 PM
virgo19 replied at 7-5-2017 01:15 PM
oh.. tak terpikir la pulak iols..

Bg i, ry 1st tu sume pkaila baju cantik2 skit wpon bkn mahal2 stakat beli kat muaz jln tar pon tp hr ry adalah hr kemenangan so sume berhak meraikan. Even ada yg kena kje time pg ry still pkai la juga baju ry yg lain skit dr hr biasa. Kje ke apa ke ry ttp on..gituuuu
Quote susukambingbest 7-5-2017 01:49 PM
Td jln2 ig wawa zainal, dorng pun ada prgram sdekah baju raya gak tp kt india klau x salah. Kleksi baju2 aeril n wawa. Baju kanak2 pun ada murah rezekinya, mlancong smbil beramal

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065934 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top