CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 Diluluskan, Syabas Buat Kerajaan Malaysia

5-4-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2743| Komen: 14

Description: Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat semalam, setelah dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat semalam, setelah dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.


Memetik laporan Bernama, RUU yang diluluskan di peringkat dasar itu antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual.

Ia diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said kira-kira 6.15 petang ini.

Sebelum itu, ia dibahaskan antara kem kerajaan dan pembangkang dalam beberapa isu teknikal dalam RUU tersebut seperti umur, definisi mangsa, terma pornografi kanak-kanak, keterangan saksi dan kawasan kuasa pelaksanaan RUU itu.

RUU bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual ini dicadang terpakai kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun, selaras Akta Kanak-Kanak 2001.

Azalina ketika sesi penggulungan berkata, RUU itu menaikkan status kanak-kanak untuk memberi keterangan tanpa sokongan walaupun undang-undang sedia ada ketika ini menyatakan sebaliknya.


Bagaimanapun, beliau berkata pihak mahkamah masih mempunyai kuasa untuk memberi pertimbangan sama ada mereka (kanak-kanak) boleh memberikan keterangan.

“Tiada definisi umur berhemah kanak-kanak, tetapi mahkamah memutuskan usia mentah adalah antara umur 13 tahun ke bawah. Oleh itu umur kanak-kanak bijak adalah dalam lingkungan 14 sehingga 18 tahun, mereka ini boleh memberi keterangan secara bersumpah.”

“Bagi menentukan umur kanak-kanak, pihak pendakwa akan memohon Polis Diraja Malaysia untuk kanak-kanak terlibat menjalani ujian dan sekiranya disahkan kanak-kanak akta-akta sedia ada adalah terpakai.” - CARI



12

Bagus
26

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 5-4-2017 11:19 AM
Syukur alhamdulillah.
Quote awanearisu 5-4-2017 12:31 PM
Tahniah Dato Rohani dan team beliau
Quote lostfaith 5-4-2017 12:35 PM
Details of RUU tu boleh dapat kat mana...kalu tahu
Quote syitaeyqa 5-4-2017 12:52 PM
After 13 hours of perbahasan finally. Masak Azalina nak kena hurai satu demi satu fasal semalam. Baguslah org Malaysia dah semakin concern dgn isu pedo.
Quote syitaeyqa 5-4-2017 12:53 PM
lostfaith replied at 5-4-2017 12:35 PM
Details of RUU tu boleh dapat kat mana...kalu tahu

U baca hansard je nanti. Ada huraian menteri. Tp kalau detail yg betul2 detail, I rasa akan release lepas dah jadi akta kot
Quote Jorja 5-4-2017 01:10 PM
So masyarakat semua mohon melapor kalau ada kes.. jgn diam2 malu
Quote cucuk 5-4-2017 01:14 PM
orang pandai2 berbincang dalam parlimen, urang kurang pandai, berbincang berdebat dalam forum buat2 pandai. sebenarnya, bodoh nak mampos.



Quote shamsadis 5-4-2017 01:43 PM
hapuskan pedo
Quote NekNgah 5-4-2017 01:43 PM
Syabas.....

Quote idakamaruddin 5-4-2017 02:01 PM
alhamdulillah

Quote mrs_salvatore 5-4-2017 02:05 PM
mampuskan pedofil
Quote dinopower 5-4-2017 02:08 PM
hapuskan pedo lava failmath....
Quote leylapple 5-4-2017 03:05 PM
so apa hukuman utk pedo dan child rapist?
Quote delimabatu 6-4-2017 03:13 PM
Pada aku pindaan yang paling utama adalah pindaan dalam hukum zina...berpuluh ribu dalam masa setahun lahirnya anak luar nikah/anak haram...selagi hukuman zina tidak di selaras dengan hukuman islam sampai bila2 isu besar ini tidak akan selesai..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054872 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top