CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Michelle Yeoh Dianugerah Legion d’Honneur Oleh Presiden Perancis

29-3-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3113| Komen: 22

Description: Bintang aksi antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng kelmarin dikurniakan anugerah darjah 'the Commander of the Legion d’Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam sa ...

Tahniah buat bintang aksi antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng kerana dianugerah darjah 'the Commander of the Legion d’Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis, Kuala Lumpur kelmarin.


Memetik laporan Bernama, ini merupakan anugerah ketiga Legion d’Honneur dari Perancis yang diterima oleh Tan Sri Michelle Yeoh atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.

Sebelum ini, beliau dikurniakan 'Knight' dan 'Officer' anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.

"Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati... dalam jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati."

Anugerah the Legion d’Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.


Ia mengandungi lima darjah — Chevalier (Knight), Officier (Officer),Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand'Croix (GrandCross).

Warga Malaysia lain yang menerima anaugerah the Legion d'Honneur termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.- CARI

sumber foto: Bernama


18

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
32

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 29-3-2017 10:28 AM
aku rase sumbangan dia dlm perfileman dan kebudayaan...tak berapa bagi impak la..
Quote belilies 29-3-2017 10:42 AM
Tahniah tan sri! Soo proud of her! Well, to some, maybe xnampak. Maybe dia ada buat sumbangan belakang tabir kita tatau.
Quote RatuDunia94 29-3-2017 11:26 AM
Thanks to laki tua sheols maybe..
Quote manjalara_01 29-3-2017 11:45 AM
RatuDunia94 replied at 29-3-2017 11:26 AM
Thanks to laki tua sheols maybe..

Laki tua MY french yea?

Yg manja tahu MY ni byk buat stunt sndiri masa shooting filem dgn Jackie Chan & Pierce Brosnan. Sampai cedera lutut sebelah x serik masih teruskan jgk last2 dua2 lutut kena buat operation, siap ade besi kat lutut x silap. Kira die berani & kuat semangat dedicated towards something she is passionate about.

Lagi satu watak heroin MY dlm filem James Bond bersama Pierce Brosnan jgk byk dipengaruhi oleh MY, sbb die mahukan seorg heroin yg dpt bersaing dgn James Bond bukan sekadar watak tempelan yg cantik & harapkan body in bikini je aka damsell in distress. So thats why kalau kite tgk movie tu kite bleh tgk seorg watak heroin yg hebat.
Quote terpaku 29-3-2017 11:50 AM
tahun depan mesti hajah nelopak pun nak jugak award ni..dia mana boleh kalah
Quote cendolsantan 29-3-2017 12:46 PM
Saya setuju dengan kenyataan Belilies, memang betul sebab Michelle Yeoh dia tu bintang antarabangsa di tahap Hollywood, dia tu bukan seperti artis tempatan yang sering ambil kesempatan mendedahkan diri dengan gosip murahan. Ramai berebut-rebut mencari Michelle Yeoh untuk menjadi duta pelbagai kempen termasuk United Nation, WHO, sebab dia ada pengaruh di negara barat dan timur.
Quote sayang_mulut 29-3-2017 12:51 PM
mmg die x de product pun... last film die as lead actor the Lady tu..tu pun flopprina..
Quote pyropura 29-3-2017 12:57 PM
Produk SJKC jinjang sepet memang hebat... kalau dia sekolah kebangsaan pasti dia jadi bohsia ...
Quote pyropura 29-3-2017 12:58 PM
Indon semakin jeles @anhar1  @xaetis
Quote alesandra 29-3-2017 01:08 PM
sayang_mulut replied at 29-3-2017 12:51 PM
mmg die x de product pun... last film die as lead actor the Lady tu..tu pun flopprina..

kann.flop.sblm tgk citer tu excited jugak..bila da habis tgk tu...mcm hek elehh.masuk tercalon oscar pun tak lepas
Quote hack3line 29-3-2017 01:13 PM
Nampaknya puak perancis cuba pancing PM Najib suruh beli pesawat pejuang Rafale guna Michelle Yeoh.. bersungguh-sungguh nampaknya puak perancis melobi ni.
Quote cheergirlz 29-3-2017 02:50 PM
tahniah...
Quote prettyzairin 29-3-2017 03:18 PM
Wahh Tahniah
Quote CrowneGlory 29-3-2017 03:21 PM
hasil mengangkang kat mat perancis bantut...dpt anugerah gituh
Quote tripleid 29-3-2017 03:32 PM
overrated nya micel yoh yap ni..watak dia yg ok dlm filem pn james bond dgn CTHD tu je.yg lain2 mcm Sunshine,Babylon AD tu semua just watak tempelan jah.
Quote sepiITUindah 29-3-2017 03:43 PM
apa agaknya umpatan pprt perancis kat socmed
kat michelle...layak ker negara depa kasi anugerah tersebut
Quote Modngengade 29-3-2017 03:49 PM
pyropura replied at 29-3-2017 04:57 AM
Produk SJKC jinjang sepet memang hebat... kalau dia sekolah kebangsaan pasti dia jadi bohsia ... :lo ...

Young Michelle was sent to a Convent school in Malaysia where she received her early education in English. At the age of 15, her parents accompanied her to England and enrolled her at a boarding school there.Later Michelle entered the London Royal Academy of Dance, majoring in Ballet.


Tang celah mana dia hasil produk SJKC sister? Sila buat research sebelum membuat komen bertaraf pprt iya
Quote tripleid 29-3-2017 04:02 PM
sepiITUindah replied at 29-3-2017 03:43 PM
apa agaknya umpatan pprt perancis kat socmed
kat michelle...layak ker negara depa kasi anugerah ter ...

klau level Msia ni dia je lah yg plg layak kot.mklumla di ibu pertiwi ni lack org yg rich n femes di peringkat global.
Quote cmf_almondpecan 29-3-2017 04:14 PM
pyropura replied at 29-3-2017 12:57 PM
Produk SJKC jinjang sepet memang hebat... kalau dia sekolah kebangsaan pasti dia jadi bohsia ... :lo ...

Michelle Yeoh ni tak sekolah cina kot. Tak reti cakap mandarin pun dia, sampai menangis dia masa hafal skrip mandarin dalam citer crouching tiger, hidden dragon. Dia kata masa cedera buat stunt pun tak nangis, tp masa tak dpt hafal skrip mandarin dlm intonasi dan sebutan yg betul tu dia menangis.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056434 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top