CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pekerja Terkejut, Boikot Makanan Hari Sukan Dimasak Katerer Bukan Islam

1-3-2017 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10176| Komen: 35|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Bila melibatkan isu halal dan juga makanan, memang tak dinafikan rakyat Malaysia pantang disentuh dengan hal tersebut. Memang sensitif!

Bila melibatkan isu halal dan juga makanan, memang tak dinafikan rakyat Malaysia pantang disentuh dengan hal tersebut. Memang sensitif!

Laman Penang Kini mendedahkan Sabtu lepas sebuah organisasi telah membuat hari karnival sukan untuk para pekerjanya di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. 

Memiliki hampir 95 peratus pekerja beragama Islam, mereka terkejut bila mendapati pihak yang menguruskan katering dan yang menyediakan makanan itu adalah dari kalangan bukan Islam. 


Malah, selepas menyedari hal tersebut, ada pihak meletakkan kertas amaran supaya tidak makan kerana diragui status halalnya. 

"Macam mana boleh biarkan non muslim masak makanan untuk staff orang Islam?"


"Sebungkus nasi yang dibekalkan oleh katering itu bernilai RM10 dan kesemuanya ada 800 bungkus yang dibekalkan pada hari tersebut."

Begitulah yang dipaparkan menerusi Penang Kini. Seperti yang dijangka, pelbagai komen yang dilontar oleh kalangan netizen. 

Ada yang menganggap pihak pengurusan syarikat itu tidak peka, malah tidak faham mengapa bila majoriti penggunanya Islam dibekalkan makanan yang tidak tahu status halalnya. 


Ada juga yang menganggap Penang Kini sengaja mencetuskan kontroversi yang dianggap rasis. Tak kurang juga yang berkata, tiada salahnya mengambil makanan yang dimasak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak melihat ia sebagai satu masalah. 

"Kedai mamak boleh pula? Mereka pun ramai pekerja bukan Islam," ujar seorang netizen yang menyindir mereka yang 'banyak cakap' ini. 

"Di Singapura banyak company katering tauke bukan Islam, tapi company ada sijil halal."

"Hotel pun ramai je chef bukan Islam masak."

Itulah antara komen yang diberikan. Yang pastinya, ada yang menerima hal tersebut dan menganggap bukan satu masalah bagi mereka, namun bagi segelintir yang lain ia begitu sensitif kerana status halal tidak terjamin. 



Kesimpulannya, tidak harus menjadikan isu ini untuk menghentam bangsa dan agama lain. Makanan halal tiada kaitan dengan rasis kan? 

Memang sebaiknya elakkan mengambil makanan yang tak terjamin status halalnya, namun elakkan juga memberi komen yang berbentuk rasis. Kepada pihak organisasi pula diharap lebih sensitif dan peka dengan isu halal ketika mengambil tempahan mana-mana katerer. - CARI 
21

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jigglyjiggle 1-3-2017 07:51 PM
Apa masalahnya. Ingat non muslim ni busuk hati sangat.
Quote samasam90 1-3-2017 08:10 PM
cuma tukang masak je ke yg masak? rasanya boleh je...

i tetap tak boleh nak husnuzon. i nak speku rasis punya pasal.
Quote Apai90 1-3-2017 08:28 PM
Kalau jatuh rasa was -was, tak payah la makan.. Kalau jenis tak kisah makan jelah tak payah serabut pikir.. Terpulang pada individu masing2.. Masing ada akal fikiran boleh berfifkir secara rasional

Quote manjalara_01 1-3-2017 08:31 PM
info pun x lengkap...katering tu ade cop halal ke tidak? knp x masukkan info tu?
dah tu masih nak viral. kalau nak viral biar la info semua lengkap...kalau info lengkap pun deal dgn pengurus event  syarikat tu dulu. bile dah dpt feedback yg jelas..baru la viral kalau rs perlu..

dah byk kali jadi? tp ade buat ape2 x?...



Quote manjalara_01 1-3-2017 08:32 PM
hahaha...ntah2 fake news je..
Quote Lollipop111 1-3-2017 09:18 PM
sikit2x nak komen rasis. sikit2x nak komen rasis. sikit2x nak komen rasis...
Quote uda 1-3-2017 09:34 PM
KFc, McD pun ada non-muslim yang masak. Ok kalau bahan2nya semua halal.
Quote RatuDunia94 1-3-2017 09:44 PM
Abis tu membazir x haram plak?
Quote Andyscenes 1-3-2017 10:29 PM
Haha.. masak je pun. Asl lauk tu boleh mkn sudah
Quote gigahertz 1-3-2017 10:38 PM
samasam90 replied at 1-3-2017 12:10 PM
cuma tukang masak je ke yg masak? rasanya boleh je...

i tetap tak boleh nak husnuzon. i nak speku ...

Dalam islam sembelihan kena disembelih oleh muslim atau ahli kitab.
kalau yang dihidang ayam gelek motokar........
Quote samasam90 1-3-2017 10:51 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 10:38 PM
Dalam islam sembelihan kena disembelih oleh muslim atau ahli kitab.
kalau yang dihidang ayam gel ...

as if la kan, dia masak from farm to table, nak semelih bagai.

i pun steady jah beli frozen chicken, meat kat supermarket nun. belum lagi kira mcd, kfc, uncle bob.

sarcasm noks. tapi kalau sebab tu, tak masuk akal juga.
Quote samasam90 1-3-2017 10:56 PM
setahu i, kalau pegawai tu telus la , bila nak dapat cop halal tu, kena cek semua benda sampai ke source makanan ittew. so, kfc mekdi supermarket okay jah kalau nak consume.

bak kata porumer, baca boleh purrrcaya jangan. (kak hasanah la ne punya punca, susah dah nak percaya viral. thank u,kak.)

porumer yg satu lagi pun i sokong. berita tak lengkap. tapi apakan daya, meleis semua nak viral.......
Quote Super-M 1-3-2017 11:10 PM
habis kalau g overseas ni gaknya jd golongan hangkut segala mak nenek makanan dlm beg. dok merap makan maggi je ke? sadis ko noks hidup ngadap melayu je masak.. melayu pun masak belum tentu halal..halal bukan sembelihan je, kebersihan pun termasuk.
Quote Nt-ViruS 1-3-2017 11:34 PM
isle acah2 liberal incoming in 3..2..1
Quote JpA0606 2-3-2017 08:43 AM
Kat JB ramai je org melayu yg makan kat Restoran Cina ckp makanan halal padahal ada arak.. Hmm.. I ddk kat JB so i bg contoh JB (so jgn sentap ok)   Sepatutnya Jabatan yg berkenaan harus menyediakan guideline  n war-warkan supaya ramai tau konteks halal tu mcm mana...
Quote oneders 2-3-2017 09:32 AM
pergi foodcourt kat shopping mall, bangla vietnam yang masak orang muslim boleh pula sebat.. bayar harga mahal pun tutup mata je.. haizz..!!
Quote kisahkeaku 2-3-2017 09:42 AM
x kisah kalau makan bkn org muslim yg masak tp brgnya halal...same jelah kalau korg g mkn kat tgif ke chilli's ke...cuma kat sini dipertikaikan mcmane org yg bkn non muslim tu masak...tp pd akak blh je mkn selagi kita rasayakin dgn cara penyediaan dorg..kalau was2 jgn mkn...itu je..
Quote esbatu 2-3-2017 11:42 AM
kalau ragu2 toksah la makan
Quote LautBiru52 2-3-2017 02:22 PM
Dalam Islam makanan yg kita ambik tu WAJIB HALAL dan tidak menimbulkan rasa was-was..bukan RASA-RASA HALAL KOT..kita kena ingat apa saja yg kita makan tu akan jd darah daging..akan mempengaruhi amalan kita..sebab tu kadang-kadang kita tgk orang tu jenis tak tinggal solat dan byk amalannya tp perangai tak elok..salah satu puncanya sebab makanan yg dia ambik la..Islam agama yg mudah..tapi bukan la terlampau mudah sampaikan boleh kite keluarkan hukum ikut akal logik sendiri..ada garis panduan jadi ikut je la..jangan sesuka hati buat hukum sendiri..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.197959 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top