CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mihun Tomyam Ini RM1.50, Makanan Paling Mahal Di Kantin Aku! - Pengusaha Kantin

20-2-2017 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10431| Komen: 36|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Selepas viral kisah sedih murid sekolah menjamah nasi kosong hanya berlaukkan sayur dan dijual harga yang dianggap sangat tidak wajar

Selepas viral kisah sedih murid sekolah menjamah nasi kosong hanya berlaukkan sayur dan dijual harga yang dianggap sangat tidak wajar, seorang pengusaha kantin meluahkan rasa kecewa dengan situasi itu.


Wanita berkenaan, Shaukat Shahirah yang menulis di laman Facebook berkata sebagai pengusaha kantin, apa yang paling dipentingkan ialah pemakanan murid di kantinnya. 


"Aku akan pastikan mereka kenyang dengan duit yang mereka belanjakan," ujarnya.

Bagi wanita ini, dia memandangkan situasi yang melanda murid yang menjadi viral tempoh hari sebagai sangat tidak relevan, bila makanan di kantin sekolah dijual tidak selari dengan keadaan murid sekolah yang hanya berbelanja beberapa ringgit sahaja sehari. 


"Memang tak dinafikan semua barang naik harga, tapi tak bermakna kau boleh sewenang-wenang letak harga ikut suka!

"Tak salah lebih kurang dengan budak. Dan tak jatuh miskin kalau kau meniaga sambil bersedekah."

Sebagai pengusaha kantin, wanita ini faham tentang kenaikan harga semua barangan pada masa ini. Namun, kerana perbuatan pengusaha kantin lain yang tidak bertanggungjawab, masyarakat menuding jari kepada semua pengusaha kantin yang lain. 

"Ini adalah mihun tomyam RM1.50 dan juga makanan ini adalah makanan paling mahal di kantin aku," kata Shaukat lagi. 



Yang pastinya, ramai netizen lain memberikan sokongan kerana pengusaha kantin ini cuba menunjukkan contoh yang baik. Bukan sahaja menyediakan menu yang lengkap buat anak-anak murid di sekolah, malah harganya juga dianggap sangat munasabah. 

Mungkin semua pihak mempunyai jalan cerita berbeza. Apa pun, lihat kembali niat asal berniaga sebagai pengusaha kantin. Tepuk dada tanya selera.  - CARI 
26

Bagus
44

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaspar0v 20-2-2017 11:03 AM
#kakakkantinlawamakansedap

mana gmbar kakak kantin lawa?
Quote mirebus 20-2-2017 11:10 AM
amboi kakak kantin, mohon lepas dah viral ni nanti jgn naik harga pulak ye hihihihi
Quote kentel 20-2-2017 11:28 AM
mirebus replied at 20-2-2017 11:10 AM
amboi kakak kantin, mohon lepas dah viral ni nanti jgn naik harga pulak ye hihihihi

https://www.facebook.com/mrs.Fir ... 37055305&type=3
Quote vanillaninja 20-2-2017 11:43 AM
Murah betul sheols jual. Mohon teruskan.
Quote CiliPadiSedap 20-2-2017 11:53 AM
bagi akak  camni je.. peniaga pun ada hak untuk ambil keuntungan. kalau rasa makanan mahal.. PIBG buat aduan kt sekolah..

bagi warning atau tukar pengusaha kantin lain..

kalau semua nak murah? bawa sarapan kan boleh.. kita hidup ada pilihan.. jangan kerana nak semua murah salahkan peniaga.. ( time ngundi , ngundi juga yang naikkan harga tu.. lepas tu salahkan peniaga)

peniaga pun ada anak bini nak di sara.. fikir peniaga cucuk duit kt ATM beranak pinak ke duit dalam akaun bank tu? timbang rasa lah sedikit.. sikit2 nak viral..

Quote niena90 20-2-2017 11:55 AM
Bestnya kantin sekolah jual mihun tomyam. Zaman skang mcm2 ado.. Kenapa la dulu2 takde variety sgt huhu
Quote seri_mawr 20-2-2017 12:05 PM
niena90 replied at 20-2-2017 11:55 AM
Bestnya kantin sekolah jual mihun tomyam. Zaman skang mcm2 ado.. Kenapa la dulu2 takde variety sgt h ...

zaman 90-an mak aku meniaga kantin sekolah... ada kot mak aku buat...mee kari..mee bandung..mee sup...bi hoon tomyam..nasi ayam...
rm1 (tapi mahai kot zaman dulu)...tapi mcm2 ado dlm tu...serupa mcm mak aku jual kat cikgu (kira ni menu cikgu tapi anak2 boleh beli)...ramai jek budak2 beli...
siap ada yg tak cukup duit ada 60 sen, 70 sen jek pun nak...mak n abah aku kasi jek...huhuhu....siap ada budak2 sekolah panggil mak aku mcm kitaorg panggil la...bajet mcm mak derang gamaknya..huhuhu..

tapi ye lah sekolah kampung...kos nya bukan mahal mana pun...
Quote sueburn 20-2-2017 12:23 PM

Komen yg bwh tu lawak. COD kl ko.. dpt pulak
Quote elnor_81 20-2-2017 12:35 PM
Skolah aku..nasi lemak telur rebus ptg 8.
Rm1.50.klo letak ayam grg sebsr 1inci x 1inci rm2.50.sian bdk.nasi pun sket sgt
Quote faztee 20-2-2017 02:06 PM
tgk gmbr bhun tu nmpk cm sedp lk...
Quote krustykrab 20-2-2017 02:15 PM
CiliPadiSedap replied at 20-2-2017 11:53 AM
bagi akak  camni je.. peniaga pun ada hak untuk ambil keuntungan. kalau rasa makanan mahal.. PIBG bu ...

betul kak cili

org meniaga dah tentu nak untung, nak provide for the family...kalau jual asik rugi semata, baik la duk kat rumah tunggu brimbrombrem je

Quote devilito2 20-2-2017 04:12 PM
Alhamdulillah... moga murah rezeki akak tolong budak2
Quote gigahertz 20-2-2017 04:46 PM
CiliPadiSedap replied at 20-2-2017 03:53 AM
bagi akak  camni je.. peniaga pun ada hak untuk ambil keuntungan. kalau rasa makanan mahal.. PIBG bu ...

sebenarnya bidang makanan ni jual rm1.50 ke jual RM 2.00 cuma beza untung kurang untung lebih itu sahaja.
boleh jadi peniaga yang jual rm2 tu sewa   mahal. pekerja ramai. boleh jadi yang jual rm1.50 tu meniaga kat tepi jalan atau rumah dan pekerja mungkin tak begitu ramai. so kos tu kurang.

macam akak yang jual rm1.50 tu dia dah viral. sekali orang nak order 10 la nak cod la boleh absorb ke 10 tu dengan pekerjandan resources sedia ada?
Quote VuJiE 20-2-2017 05:05 PM
dapnye mihun tomyam dia. lengkap sayur.
tempat aku ni mihun sup bodo2 mee ngan ayam sikit pun dah charge rm5.
Quote cknoriz 20-2-2017 05:18 PM
awat cayaq ceroi sgt
Quote Cik_lang 20-2-2017 05:26 PM
kalau kuahnya seperti air sirap, agaknya lebih menarik perhatian cik lang
Quote merrissa 20-2-2017 06:27 PM
rindunyaa...dulu beli nasi ayam singgit pon dh bajet mcm mkn mknn org kaya...wakakakakka
Quote RatuDunia94 20-2-2017 06:59 PM
Zmn aku dulu mee goreng 50sen sepinggan.. Nasi ayam rm1 tp ayam seketul kecik je.. Tu pon dh rasa heaven.
Tp dulu aku selalu ngendeng member2 yg dpt bantuan RMT.. Anak2 yatim la.. Kadang dorang x makan pon RMT tu sbb dorang mampu nk beli makanan sendiri. End up aku la yg pulun RMT dorang..
Quote shernazz 20-2-2017 10:17 PM
ok la.tu..bihun tomyam
skola aku dolu sup dia letak sos cili aje
.dah claim mi cili...hahahahha
tp makan aje la..lapar.kan...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067914 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top