CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu 'Selfish' Buat Hal Lagi, Halang Ambulans Bawa Pesakit Tenat

26-1-2017 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11681| Komen: 45|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Jika memandu di lebuh raya, sering kali kita akan mendengar siren ambulans yang memberi petanda kepada kenderaan lain untuk tidak menghalang laluannya.
Jika memandu di lebuh raya, sering kali kita akan mendengar siren ambulans yang memberi petanda kepada kenderaan lain untuk tidak menghalang laluannya.

Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, secara logiknya kita sudah pasti akan membelok ke kiri atau ke kanan demi memberi laluan kepada kenderaan yang membawa pesakit itu untuk lalu.


Namun, video tular yang heboh diperkatakan ini menunjukkan perlakuan yang sebaliknya pula apabila pemandu sebuah kereta jenis Myvi mementingkan diri sendiri dengan menghalang ambulans tersebut.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan, dan jelas rakaman video tersebut menunjukkan kereta Myvi itu tidak mahu mengalah dan terus menggunakan laluan kecemasan.



Bertambah buruk apabila kereta tersebut masuk ke lorong pertama tanpa memberi isyarat terlebih dahulu dan masuk ke lorong kecemasan semula secara mengejut.


Ini menyebabkan pelanggaran antara kereta tersebut dengan ambulans hampir berlaku akibat sikap pemanduannya yang tidak berhemah.

Mungkin disebabkan ketakutan, pemandu Myvi tadi terus memecut kenderaanya dengan laju dan bertindak melarikan diri.

Netizen yang melihat video tular tersebut mengutuk perbuatan pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab dan mengundang bahaya kepada orang lain.

Bayangkan jika pesakit yang berada di dalam ambulans tersebut merupakan ahli keluarga dan orang kesayangan anda sendiri. Jangan disebabkan manusia sebegini, nyawa orang lain pula melayang. Jadikanlah video ini sebgai pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi di masa akan datang. -CARI
35

Bagus
44

Marah
30

Terkejut
31

Sedih
35

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (208 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 26-1-2017 12:28 PM
Mohon JPJ ambil tindakan segera
Quote ~boolean 26-1-2017 12:33 PM
Bangsat ini sudah diviralkan keturunannya atau tak. Aku harap cyber bullies hencap bangsat ni cukup2..
Quote tri-max 26-1-2017 12:44 PM
dia mmg nak amik kesempatan guna emergency lane nih
masalah nyer hmpr nk eksiden, bangan nyer driver.
CSI sikit sapa driver dia ni.
Quote Artemesiaa 26-1-2017 12:46 PM
Sikap suka pentingkan diri sendiri tampa memikirkan orang sekeliling memang menyusahkan orang lain.  Elok dibatalkan aja lesen memandunya tu.
Quote DeeHanania 26-1-2017 12:50 PM
Bangang...da dengo bunyi siren ambulance tu bagi laa laluan... Nasib ambulan tu x bgi hon berkali2...JPJ tolong ambik tindakan
Quote batmana 26-1-2017 12:57 PM
Gelapnya cermin..lulus ka klu jpj check ni
Quote ally9970 26-1-2017 01:03 PM
Myvi lagi....
Quote idakamaruddin 26-1-2017 01:37 PM
xde sape csi no plate kete myvi ni brp saman tertunggak?

Quote missinpiece 26-1-2017 01:43 PM
Perasan kereta pengiring ke
Quote chinta89 26-1-2017 01:51 PM
ramai yg guna myvi suka buat hal... ak x kata semua....

Quote jazaa100 26-1-2017 01:54 PM
Edited by jazaa100 at 26-1-2017 02:01 PM

Masak lah....

Lepas ni dgn gambar sekali viral....

Aku nk speku:
1) lelaki umur bawah 30  2) badan gemok... 3) melayu
Quote sebu 26-1-2017 02:05 PM
Baru bawak myvi dah berlagak:
Quote putribonda 26-1-2017 02:05 PM
jazaa100 replied at 26-1-2017 01:54 PM
Masak lah....

Lepas ni dgn gambar sekali viral....

hahaha..kau punya spekuan tak hagakkkk
Quote matchstick 26-1-2017 02:10 PM
bangsat..xde akal. how i wish myvi ni remuk kena langgar.
Quote jazaa100 26-1-2017 02:12 PM
putribonda replied at 26-1-2017 02:05 PM
hahaha..kau punya spekuan tak hagakkkk

Selalu aku jumpa spesis mcm ni lah yg nak jd 'hero" kat jlnraya....selalu blok keta org....tanak bg laluan...
Quote syadq 26-1-2017 02:58 PM
idakamaruddin replied at 26-1-2017 01:37 PM
xde sape csi no plate kete myvi ni brp saman tertunggak?

RM 600
Quote alieyrina 26-1-2017 03:11 PM
Mcm saja2 ja dia tu...

eeyer sanggup korang kuar  keta beremut mcm tu..kalau aku x laa..
Quote ciwi1166 26-1-2017 03:12 PM
myvi lagi... kete ni kalo tak buat hal tak sah.
Quote HazeLJoseph 26-1-2017 03:28 PM
Dia orang je tau nak cepat, dahlah tak reti bagi signal, memanjang nak menyempit kat emergency lane je. Aku cukup lemau kalau tiba2 nampak polis kat depan kelam kabut menyelit kat lane kita dari emergency lane tu tanpa signal tanpa apa. Perangai haukkkk

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.110491 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top