CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awakening: Pak Lah kini bersuara

13-8-2013 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5045| Komen: 27

Description: SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. ...


SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'.

Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya.

Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh.

Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan.

Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut.

Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya.

Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'.

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal?

Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu.

Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing.

Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara.

Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah.

Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 05:39 PM
Pak Lah Islam Hadhari

[youtube]uQgHvFgg0g4[/youtube]

http://youtu.be/uQgHvFgg0g4



Pak Lah tidur












Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 05:39 PM
Lagu Islam Hadhari

[youtube]lHPWjwZd6Gc[/youtube]

http://youtu.be/lHPWjwZd6Gc

Anwar tak pernah usik Pak Lah, kerana Pak Lah Lah yang bebaskan Anwar.
Quote pakwetizzaqyah 12-8-2013 05:45 PM
pak lah pineng cemerlang gemilang terbilang....

keleng kedah jeles... haha
Quote ajinomotonosuga 12-8-2013 05:48 PM
hanya johari kenai maniam
Quote BotakChinPeng 12-8-2013 06:06 PM
pak lelah kaki tido
Quote sayawifenikmie 12-8-2013 06:20 PM

..bersuara? mengigau?  dah jaga?
Quote jazaa 12-8-2013 07:36 PM
Dok diam-diam je dah lah pak lah.....
Baik org dah lupa apa yg awak dah buat, nak diungkit balik.....
hati aku pun panas.......
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 08:11 PM
DOLAH BADAWI TULIS BUKU? KAH KAH KAH




Saya tak tulis, taja atau minta buku itu diterbitkan, kata Pak Lah
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MEMANG PELIK.... NAMA BUKU INI AWAKENING.... kah kah kah..

kah kah kah... AWAKENING ERTING BAGUN DARI TIDOOOO.... kah kah kajh,,,

kah kah kah... NAMA BUKU PUN MENGANJING.... kah kah kah....

kah kah kah..KALAU DI MELAYUKAN : DOLAH BADAWI  BANGUN DARI TIDOOO...kah kah kah

kah kah kah... KEMUDIAN TIMBUL PERSOALAN....kah kjah klah..

kah kah kah... ADA KEUPAYAAN KE DOAH BADAWI MENULIS.... kah kah kah...

kah kah kah...SURAT KARANGAN PUN TAK PERNAH BUAT... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TULIS BUKU... PASTI MATI  LEMAS..... kah kah kah

NOTA
kesian pak laaas
nak bangun salah
nak tidooo salah
kah kah kah
Quote AHMADVW 12-8-2013 08:20 PM
umno dh xreleven, pemimpin bnyak skandal,

kita kena ambik org muda .fresh dan educated mcm  rafizi,

bnyak  kes dah dia korek,,

menteri letak jawatan sbb tak leh nak counter back,
Quote chazey 12-8-2013 08:40 PM
Pak Lah;

Cina Hainan yang menjadi Melayu.
Quote masa_lalu 12-8-2013 08:44 PM
chazey posted on 12-8-2013 08:40 PM
Pak Lah;

Cina Hainan yang menjadi Melayu.

janji bukan cina hakka
Quote chazey 12-8-2013 08:56 PM
masa_lalu posted on 12-8-2013 08:44 PM
janji bukan cina hakka

sama ja Cina dari China.
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 09:04 PM
hakka no hakka tiang ni sok jadi kejimu

[youtube]i_mU_d2y0RA[/youtube]

http://youtu.be/i_mU_d2y0RA
Quote batmana 12-8-2013 10:32 PM
apalagi paklah, samanla 100 000 000 000 000 000 000 000 000 juta ...

Quote DTECCONAN 13-8-2013 08:49 AM
'Saya Tidak Tulis, Taja Atau Minta Buku Itu Diterbitkan' - Pak Lah

http://mstar.com.my/berita/cerit ... mp;sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.

Dalam kenyataan media pada Isnin, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, JamesChin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang denganmengambil kira semua sudut pandangan.

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya.

Mengenai buku itu, Abdullah menjelaskan bahawa beliau hanya terlibat dalam satu wawancara pada 2011 yang lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku itu dan memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan beberapa perkara.

"Saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

"Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku itu.

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau.

"Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - BERNAMA
Quote gogo2 13-8-2013 08:53 AM
kakikuDibibirmu posted on 12-8-2013 09:04 PM
hakka no hakka tiang ni sok jadi kejimu

merapu ko dlm tered ini... pehal?
Quote sejahtera 13-8-2013 09:27 AM
aku kesian Pak Lah.
sifat kepemimpinan nya agak lemah, tak pandai cakap d....
tapi baik orangnya.

amalkan dasar lebeh terbuka bagi rakyat menyuara

tubuhkan IPCPC, dll......yg mesra rakyat,

giat banteras korupsi ikan besar pon tak bagi chance,

bagi peluang sama kontraktor kicik kicik dapat projek tak macam

dulu kontraktor status "berwibawa" dapat semua projek tanpa open tender negosiote,
kontraktor kelas f dipinggirkan,



kurangkan defisit yg Tun Cherdek tokok,

tangguh/batal acara/projek mega yg boleh merangsang ekonomi/naik gdp tapi kurang berfaedah,

naik gaji penjawat awam yg lama tak naik hanya elaun sara hidup bawah Tun Cherdek dulu,

orang yg baik dan tak pandai cakap, dah tiada kuasa, forumer suka buli,

selama ini Tun Cherdek banyak maki caci dia.....

PRU tahun 2004, BN menang besar,

Tun jeles, tak suke same dia secara peribadi, tapi tak belehlah openly joint forces dgn

pembamkang jatuhkan dia.

Quote michiko_erza 13-8-2013 09:38 AM
BotakChinPeng posted on 12-8-2013 06:06 PM
pak lelah kaki tido

semu dalam dalam parlimen tu kaki tido kot.. dulu.. sekarang.. pembangkang .. kerajaan.. kalau letak kita pun.. berkroh jugak la habiskan satu sessi.. semua pemimpin tak berkualiti.. orang yang bernas ideanya, suci hatinya.. tak de masa jadi menteri.. sebab terlampau sibuk berdebat dan memberi pendapat di facebook dan forum..

Quote maizana 13-8-2013 09:46 AM
Buku ni berkisar tentang apa?. Pak Lah kutuk kerajaan ke? Pak Lah kutuk PM yang lepas atau yang ada ke?..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.135480 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top