CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Situasi Kewangan Sangat Kritikal, Masa Depan TRW Di Tangan Kongres KAFA

16-12-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3116| Komen: 15

Description: Susulan setakat ini jumlah penajaan yang diperolehi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) jauh daripada yang diperlukan iaitu kira kira RM15 juta bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) 2017, sekali gu ...

Susulan setakat ini jumlah penajaan yang diperoleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) jauh daripada yang diperlukan iaitu kira kira RM15 juta bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) 2017, sekali gus menggambarkan situasi kewangan persatuan itu kini berada dalam keadaan kritikal.


Menurut Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah, dalam mesyuarat pengurusan yang berlangsung semalam, pihaknya masih belum membuat kata putus berhubung kedudukan The Red Warriors (TRW) untuk menyertai sangian (Liga- M) musim depan, sebaliknya menyerahkan kepada Kongres Kafa yang bakal bersidang pada 29 Disember ini.

 “Daripada laporan bendahari yang dibentangkan, kita hanya ada sekitar RM700,000 hingga RM800,000 sahaja, jumlah ini jauh daripada apa yang diperlukan."

"Oleh kerana ini perkara yang besar kita perlu membuat perkara ini ke Kongres, Exco akan mengusulkan status termasuk kemampuan kewangan, disitu kita akan buat ketetapan sama ada sertai (Liga-M) atau sebaliknya."


Ditanya dakwaan kerajaan negeri yang dikatakan kurang berminat untuk membantu Kafa, Afandi berkata pihak merancang mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, ditanya lanjut mengenai status penajaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang masih mempunyai baki kontrak, jelas Afandi pihaknya lebih bersikap berkopromi dan berbincang daripada mengambil jalan lain termasuk mengambil tindakan undang-undang.

Tegas Afandi, walaupun menghadapi pelbagai kekangan, pihaknya tidak akan mengalah dan menyeru kepada mereka yang berkenaan tampil membantu TRW bagi meneruskan aksi.- CARI

sumber foto: http://assets.bharian.com.my/


1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jeeja07 16-12-2016 01:30 PM
What happeng to Qu Puteh sponsorship?..

Mcm vengong je Tan Sri Anuar Musa buat gimik Qu Puteh.. Sekali habuk pun tarakkkk
Quote pyropura 16-12-2016 01:44 PM
Apa sja dapat dek Nuar Musang semua hancoq - Amanah ikhtiar, Mara, Kem Luar Bandar and now TRW... betul2 musang berbulu pookey ... :
Quote rayna_raynes 16-12-2016 02:13 PM
Bukan org klate selalu berbangga yang banyak gila org klate yg kaya raya di malaysia ni? Ayuh orang klate kaya! Pakat2 sponsor TRW semua!
Quote Bell 16-12-2016 02:17 PM
jeeja07 replied at 16-12-2016 01:30 PM
What happeng to Qu Puteh sponsorship?..

Mcm vengong je Tan Sri Anuar Musa buat gimik Qu Puteh..  ...

Tahun depan Que Puteh tak mahu sponsor dah. Tahun ni memang Que Puteh sponsor. So no problem musim 2016. Musim 2017 yg problem.

Quote Bell 16-12-2016 02:21 PM
pyropura replied at 16-12-2016 01:44 PM
Apa sja dapat dek Nuar Musang semua hancoq - Amanah ikhtiar, Mara, Kem Luar Bandar and now TRW... be ...

No. Annuar Musa yg menaikkan bola Kelantan. First time menang Piala Malaysia dan kemudian menang treble. Semua hasil usaha Annuar Musa. Problem skrg sponsor makin payah. Dulu Annuar Musa bawak sponsor termasuk Que Puteh. Tahun depan Que puteh dah tak mahu taja. So no money.

Quote True-X 16-12-2016 02:25 PM
rayna_raynes replied at 16-12-2016 02:13 PM
Bukan org klate selalu berbangga yang banyak gila org klate yg kaya raya di malaysia ni? Ayuh orang  ...

sultan pon katenyer yg THORbaek antara semua sultan... ape kate sultan depa tolong
Quote insulin 16-12-2016 02:41 PM
Bukti rakyat Malaysia semakin berjimat-cermat ke nih?
Quote renko 16-12-2016 05:21 PM
kesiannn
gergasi bola sepak jadi nasib cmni
Quote Skuau 16-12-2016 10:40 PM
BUDU(Ketereh) x nk sponsor ke?
Quote TuntungReturn 16-12-2016 10:43 PM
seorang rakyat kelantan sumbang rm10, aku rasa dh ckup
Quote TuntungReturn 16-12-2016 10:44 PM
pas tu tulis kt jersi "ditaja oleh rakyat kelantan"
Quote madstone72 19-12-2016 11:46 AM
Inilah masalahnya bila byr gaji pemain bola mengalahkan pekerja2 Kerajaan & Swasta. Sepatutnya tanggagaji pemain bola perlu utk mengawal pembayaran yg melampau kpd pemain bola. Sebab tu pasukan negeri tk mampu menanggung. Bila gaji mahal, kos menanggung pemain bergaji mahal semakin meningkat. Dan pasukan negeri perlukan penaja juta-juta. Kalau dikira main bola 90 minit. Seminggu berapa game je main? 2,3,4 game? Dr seminggu tu berapa jam je main bola. Pun gaji mengalahkan pengarah syarikat.
Quote terpaku 19-12-2016 11:47 AM
mohon naelofar hijab kayu sponsor
Quote PEPPERMAN 19-12-2016 12:03 PM
2008 dulu,  Darmstardt yg mengadakan perlawanan persahabatan dengan Bayern untuk mengutip dana ketika mereka berhadapan dengan bankrupsi.

So why not TRW memohon ihsan JDT untuk melakukan perkara serupa?
Dan tak mustahil dengan ihsan dan rasa prihatin istana, JDT boleh pula mengatur perlawanan TRW menentang Dortmund atau Real Madrid
Quote caprut 19-12-2016 12:05 PM
rayna_raynes replied at 16-12-2016 02:13 PM
Bukan org klate selalu berbangga yang banyak gila org klate yg kaya raya di malaysia ni? Ayuh orang  ...

itu aku ckp, selain jhor, wrga sembang kencang adalah kelate.  kelate sembang dia yg pling kaya, yg tebaik. sembang kencang org kelate pling vass skli org klate pling rjin tu dkt mne2 negeri nmpk rkyat dorg. sdgkan hakikat rkyat dorg rmai2 dkt negeri lain tu smua stok kjer krajaan. duit byk pon sbb dpt kjer krajaan. klo dok kelatan tu jgn hrp la flight nk ke kelantan tu laku

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063018 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top