CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawah Terkejut Temui Mayat Berkafan Di Bendangnya!

21-4-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7939| Komen: 31

Description: Sementara Itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Acp Adzaman Mohd Jan Yang Mengesahkan Penemuan Berkata Mayat Yang Belum Dikenal Pasti Identitinya Itu Ditanam Di Dalam Lubang Sedalam 0.6 Meter.

Gambar hiasan



ALOR SETAR, 20 April - Seorang  pesawah yang mahu membersihkan bendangnya di Kampung Tuba, Pokok Sena dekat sini hari ini, terkejut apabila objek yang ditarik keluar dari petak sawah menggunakan cangkul merupakan mayat seorang lelaki.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata dia ternampak satu  objek yang seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut.

"Saya menggunakan cangkul untuk menariknya keluar dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati objek itu ialah mayat yang seolah-olah sudah dikafankan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Saari berkata dia sudah dua bulan tidak ke sawah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan penemuan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditanam di dalam lubang sedalam 0.6 meter.

Polis percaya mayat tersebut dibuang di situ sejak seminggu lalu berdasarkan pemeriksaan awal yang mendapati mayat sudah mereput 60 peratus, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 20-4-2014 08:59 PM
euw....bayangkan kalo pocik ni tak perasan, ada mayat terkubur dalam bendang tue...
siap bertanam padi... sampai padi tu siap dituai....
ghuper2nya, padi tu mendapat zat dari mayat yang dah mereput ...
Quote pakweneelofa 20-4-2014 09:03 PM
apa la nak jadi ngn kedah ni...tukaq menteri besaq pun sama jugak!
Quote annehuda 20-4-2014 09:04 PM
mayat pendtg asing?
Quote sup@rm@n 20-4-2014 09:05 PM
Bendang darul mayat
Quote chazey 20-4-2014 09:06 PM
Oh, ini la kisah penemuan mayat yang kawan aku kata tadi. Dah macam zombie kata dia.

Takziah buat pakcik tuan bendang. Tak pasal2 terlibat sama.

Quote Bedah.Cun 20-4-2014 09:07 PM
kedah darul pocong
Quote cHimo 20-4-2014 09:08 PM
semakin menjadi2 buang mayat kat mesia .. hari tuh kat tepi jalan ..
Quote nurul_akmar 20-4-2014 09:20 PM
pati ke yg wat keje mcm ni? sbb last time pon dorg jugak. walaupun dah tlg kapankan siap2, jgn la main nk campak or tanam sesuka hati.
Quote aurora273 20-4-2014 09:20 PM
chazey posted on 20-4-2014 09:06 PM
Oh, ini la kisah penemuan mayat yang kawan aku kata tadi. Dah macam zombie kata dia.

Takziah buat ...

Kesian kan.. Mcm kes kat flat area rumah aku la, bunuh diri terjun tingkat 18.. Jatuh atas kereta plak.. Tak pasal2 kereta tu kemek, dgn darah, daging berkecai.. Huhu
Quote sapp73 20-4-2014 09:23 PM
Kes buang mayat dah merebak ke kedah pulak...sesenang je nsk melupuskn mayat
Quote chazey 20-4-2014 09:24 PM
aurora273 posted on 20-4-2014 09:20 PM
Kesian kan.. Mcm kes kat flat area rumah aku la, bunuh diri terjun tingkat 18.. Jatuh atas kereta  ...

Haiyoh. Kalau aku tuan kereta, jual terus. Tak kalu harus gi mana2 drive boleh terhidu2 bau darah walau takde pon hasil imaginasi tinggi sangat.
Quote batmana 20-4-2014 09:25 PM
dah sawah dia luas..
kalau orang tanam dinosor, dia pun tk perasan punya..
Quote aurora273 20-4-2014 09:29 PM
chazey posted on 20-4-2014 09:24 PM
Haiyoh. Kalau aku tuan kereta, jual terus. Tak kalu harus gi mana2 drive boleh terhidu2 bau darah  ...

Kebetulan jumpa plak pagi time nak pegi keje.. Perghhh.. Dah bau jugak la darah tu, sbb polis kata mungkin tgh mlm jatuhnya.. Kalo aku, keter tu jual kati je kat besi buruk..
Quote khaira01 20-4-2014 09:39 PM
Silap tempat ni. Xde ke org ajar beliau tanam mayat kt kubur.
Sian pakcik tu, kalo tjumpa harta karun bolehla jgak nk melompat bagai.
Quote noor2 20-4-2014 09:50 PM
MissNigga posted on 20-4-2014 08:59 PM
euw....bayangkan kalo pocik ni tak perasan, ada mayat terkubur dalam bendang tue...
siap bertanam  ...

demam pakcik ni seminggu...takut turun bendang...tp padi tu serap zat dari mayat

Quote MissNigga 20-4-2014 09:57 PM
noor2 posted on 20-4-2014 09:50 PM
demam pakcik ni seminggu...takut turun bendang...tp padi tu serap zat dari mayat

... tu yang baru ditanam sembunyi2.. mujur kedapatan sebelum pociktu bertanam padi

yang mati lemas ... mayat dimakan ikan ikan..lepas tu,ikan lak ditangkap oleh manusia utk dimakan
Quote noor2 20-4-2014 10:04 PM
MissNigga posted on 20-4-2014 09:57 PM
... tu yang baru ditanam sembunyi2.. mujur kedapatan sebelum pociktu bertanam padi

yang mati l ...

ikan keli dan haruan dan sepat la ya ada kat bendang?

Quote peachRose 20-4-2014 10:08 PM
sian pokcik..mesti trauma nak ke bendang...
Quote MissNigga 20-4-2014 10:16 PM
noor2 posted on 20-4-2014 10:04 PM
ikan keli dan haruan dan sepat la ya ada kat bendang?

plus belut ... puyu
mujur iols tak makan ikan air tawar...


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.093521 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top