CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Kafa Tuntut Kenaikan Elaun Akhirnya Dipecat

22-5-2015 04:51 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 9635| Komen: 58

Description: Guru Kafa muda yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya menceroboh sidang DUN Selangor untuk menuntut kenaikan elaun, akhirnya dipecat.




Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, guru Kafa muda yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya menceroboh sidang DUN Selangor untuk menuntut kenaikan elaun, 

akhirnya dipecat.

Ekhsan, 24, mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu status di laman Twitter.

"Saya akan akhiri amanah di sekolah dengan bersemangat. Kenyataan khusus berkenaan surat pemecatan saya akan menyusul. Bukan berhenti bila jatuh tapi bangkit!," tulisnya.

Memetik laporan Malaysiakini, Ekhsan memaklumkan surat pemecatan itu telah diterimanya semalam, dan pemecatannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun ini.

Sehubungan itu kata Ekhsan, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar di Pintu Pagar Utama Bangunan SUK Negeri Selangor, pada jam 11 pagi esok, khusus mengulas mengenai pemecatan itu.

Ekhsan sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila bertindak menceroboh sidang DUN Selangor demi menuntut kerajaan negeri menunaikan janji untuk menaikkan elaun guru Kafa dari RM 1,300 kepada RM 1,500 seperti yang terkandung dalam manifesto.

Berikutan itu, beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjelaskan tindakannya itu. 


Sumber : www.siakapkeli.my

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 22-5-2015 04:15 PM
Alahai sedihnya
Quote kemaruk 22-5-2015 04:17 PM
JAHATNYA UMNO!!!!!!!!!!!!!!
Quote NAT_11 22-5-2015 04:19 PM
kemaruk replied at 22-5-2015 04:17 PM
JAHATNYA UMNO!!!!!!!!!!!!!!

Apasal UMNGOK pecat guru Kafa tu, apa dosa dia.......?????
Quote brown_pupil 22-5-2015 04:26 PM
apa kena mengena plak umno dlm citer eh.. patut di tanya kat KAFA / JAIS.. atas sebab apa cikgu ni diberhentikan.
Quote julia5094 22-5-2015 04:34 PM
brown_pupil replied at 22-5-2015 04:26 PM
apa kena mengena plak umno dlm citer eh.. patut di tanya kat KAFA / JAIS.. atas sebab apa cikgu ni d ...

Sarcastik je tu....ki..ki...
Quote kintan 22-5-2015 04:34 PM
kesian tgok org2 melayu sekarang makin di tindas.. semakin hari semakin parah hak2 melayu di ambil alih oleh bangsa lain.. pikir2kan lah

mcm nie ke kita nak kan pemerintah yg bukan melayu memerintah..?? lagi la parah..

ini kes kat Selangor.. jgn salah kan UMNO.. sbb UMNO tak memerintah kat Selangor..

think positif..

pada pendapat akak.. biarlah melayu yg memerintah Negara dari bangsa lain.. kalo nak sakit hati pasal pemerintah tu kaya kan diri dan keluarga dia.. biarkanlah.. setakat mana dia nak tanggung kekayaan tu..
as long melayu tetap jaga hak2 melayu.. jgn smpai berubah ke tangan bangsa lain

di hati akak tetap pada UMNO dari dulu hingga kini
cakap lah apa2 saja.. tuduh lah apa2 saja.. walaupun benar.. telan selagi boleh telan..
janji melayu tetap memerintah..

kita takmau nanti anak cucu kita jadi org asing di Tanah Melayu sendiri..
Quote dubuk 22-5-2015 04:37 PM
atas apa alasan konkrit
Quote hzln 22-5-2015 04:38 PM
JAIS mmg pun masih dikuasai puak2 mesra-umno...
Quote hzln 22-5-2015 04:46 PM
kintan replied at 22-5-2015 04:34 PM
kesian tgok org2 melayu sekarang makin di tindas.. semakin hari semakin parah hak2 melayu di ambil a ...

dgr kabar dah ada senarai cina dap yg bakal dilantik jadi cikgu kafa utk ganti mamat yg kena pecat ni...tak guna punya cina dap, hak melayu nak jadi cikgu kafa pun depa nak rampas
Quote kintan 22-5-2015 04:50 PM
hzln replied at 22-5-2015 04:46 PM
dgr kabar dah ada senarai cina dap yg bakal dilantik jadi cikgu kafa utk ganti mamat yg kena pecat ...

biar betul..

maka pikir2 kan lah wahai anak2 muda melayu.. kemana arah anak cucu kita di masa akan dtg..

setialah pada pemimpin MELAYU.. pedulikan apa org nak cakap.. janji MELAYU memerintah

berjuang utk agama dan bangsa.. hidup UMNO..!!!

Quote zach2008 22-5-2015 04:53 PM
Ada ke istialh guru KAFA dipecat... utk negeri aku bernaung ni setahu aku guru KAFA ni dikira kontrak je. Setiap tahun sepatutnya mereka melalui proses temuduga. Bergantung kpd kelulusan. Selalunay disebabkan tak ramai yg mohon dan pihak jabatan agama islam pun sudah mengenali mereka ni di samping pengalaman sebelumnya maka mereka diberi keutamaan.

Gaji mereka pun bukannya besar sgt kalau kira bulanan tp cukup besar kalau nak dibandingkan dgn masa mengajar. Perkataan yg selalunya digunakan pakai ialah 'elaun'. Sewaktu elaun ni RM500, takda siapa yg nak pun. Tolak EPF tinggal 450. Jd la guru2 KAFA ni menjadi persinggahan sementara budak2 lepasan sekolah agama dan penambah pendapatan bg Tok Imam, Bilal kat kpg2.

Tak tau la mcm mana pulak kat negeri2 lain
Quote ninja boy 22-5-2015 04:54 PM
minta kenaikan rm200 je pun kena pecat, mungkin beliau dianggap ancaman gov

p/s kerja company melayu mmg gaji kecik kalau bleh majikan malayu nak suuh kerja percuma gituh.
Quote kelapaparut 22-5-2015 04:55 PM
Mesti ade jarum halus umno yg cucuk jais utk pecat cikgu muda ni
Quote lavajari 22-5-2015 04:57 PM
lawan boss kalu memang patut kena sacked...

wa boss...menyampah dgn kuli2 kerja malas mintak gaji lebih ni semua...



Quote Muntz 22-5-2015 04:57 PM
kintan replied at 22-5-2015 04:34 PM
kesian tgok org2 melayu sekarang makin di tindas.. semakin hari semakin parah hak2 melayu di ambil a ...

Bagi aku, tak kisah lah siapa... Melayu ker Cina, ker Iban ker... janji telus dan cekap dalam menjalankan tugas. Bangsa dan agama bukan ukuran. Sbb kita nak cari pemimpin yg memimpin negara, bukannya nak cari ustaz atau pejuang bangsa.
Quote abas8888 22-5-2015 05:09 PM
dah janji kenalah tunai...
Quote mjla 22-5-2015 05:10 PM
Dlm JAIS 80% pegawai dr UMNGOK.

Jd pepaham la peel depa.
Quote honeybee1802 22-5-2015 05:15 PM
Cian adik ustaz niii...harap dpt mengawal amarah...harap dpt jodoh yg tak demand2 yerrr
Quote cemolot 22-5-2015 05:24 PM
fanatik bangsa sungguh..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053486 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top