CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempena Pelancaran, PM Umum Percuma Khidmat MRT Sehingga 16 Januari

15-12-2016 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4533| Komen: 18

Description: Perdana Menteri mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma selama sebulan bermula esok sehingga 16 Januari 2017 bagi fasa pertama MRT.

Majlis pelancaran Fasa Pertama MRT laluan Sungai Buloh-Kajang telah disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di stesen MRT Kwasa Damansara petang tadi. 


Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya berkata, pojek MRT itu merupakan satu pencapaian bukan sahaja kepada sistem pengangkutan sedia ada malah sebagai satu batu loncatan kepada kemajuan negara.

"Hari ini bukan sahaja hari teristimewa bagi kita, tetapi lebih daripada itu. Projek MRT akan memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan sistem pengangkutan yang moden." 

Perdana Menteri turut mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma selama sebulan bermula esok sehingga 16 Januari 2017 bagi fasa pertama MRT. Ia sebagai hadiah kepada rakyat sempena Tahun Baharu.

Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan.

Stesen terbabit adalah Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan merangkumi jarak 21 kilometer.

Bagi Fasa 1 MRT Laluan SBK, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan.

Sementara fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka  beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai 2017.- CARI

Berikut adalah jadual kadar tambang tunai dan Touch n' Go untuk setiap stesen di sepanjang perjalanan MRT fasa pertama: 

sumber foto: Astro Awani
sumber foto: Astro Awani
29

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
28

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 15-12-2016 07:07 PM
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

TERIMA KASIH DS NAJIB!! TERIMA KASIH x9999999999999999999999999999999999^10
Quote Modngengade 15-12-2016 07:08 PM
Harap kaka kerak @sabbath_shalom  menjakunkan diri ya....cuba tahan mrt pula sister
Quote CiliPadiSedap 15-12-2016 07:15 PM
thank u najib. property akak dah naik harga
Quote kemaruk 15-12-2016 07:19 PM
Tahniah rakyat, kerana bijak memilih pemimpin yang berwibawa DS NAJIB
Quote RP255 15-12-2016 07:54 PM
permulaan sahaja percuma

selepas itu akan dikenakan caj yang sangat membebankan seperti ERL
Quote rp25milyar 15-12-2016 07:57 PM
RP255 replied at 15-12-2016 07:54 PM
permulaan sahaja percuma

selepas itu akan dikenakan caj yang sangat membebankan seperti ERL

kau nak free jalan kaki le tongong





Quote kemaruk 15-12-2016 08:00 PM
Dari IP scan yang bangkem buat, RP225 nih MN ladydutch

Bangkem tak kenal samgat sape dutchlady nih.. dulu memang macai sejati ke?
Quote mommymonster82 15-12-2016 08:43 PM
Igt nk gi try esok... gigih meols nk berpusu2..
Quote deezeck 15-12-2016 08:46 PM
Macai dapigs tak tahu nak komen

Nak nyatakan kekaguman dan terima kasih tak ada dalam.kamus rba

Nak maki hamun macam selalu nampak sangat tak.logik pulak
Quote mesmerize 15-12-2016 08:48 PM
gigihla acik2 yg kerja kat phileo, pusat bandar damansara n ttdi mengulor ke oneutama n ikea nanti  yea
Quote Wal..Hal 15-12-2016 10:09 PM
Betul ke free ni, akak nak naikla pi ikea weekend ni,bestnye
Quote Wal..Hal 15-12-2016 10:12 PM
kemaruk replied at 15-12-2016 08:00 PM
Dari IP scan yang bangkem buat, RP225 nih MN ladydutch

Bangkem tak kenal samgat sape dutchlady ni ...

Boleh scan ip ke, nak tau jugak lava tu mn siape ye..
Quote WajibulGhunah 15-12-2016 10:12 PM
Bila pulak bahagian kajang tu nk beroperasi?
Quote deezeck 15-12-2016 10:14 PM
WajibulGhunah replied at 15-12-2016 10:12 PM
Bila pulak bahagian kajang tu nk beroperasi?

Dijangka penghujung julai 2017
Quote Decaffeinated 15-12-2016 10:24 PM
Merasalah juga ada MRT akhirnya, 12 tahun selepas Bangkok....

Quote SalenaGomez 15-12-2016 10:25 PM
Dah lama tau depa nak buat free stat esok...
Quote imma2010 16-12-2016 02:44 PM
not bad...smooth jer...tapi x berapa nak ekonomi jugak...
Quote lkick2113 16-12-2016 02:54 PM
RP255 replied at 15-12-2016 07:54 PM
permulaan sahaja percuma

selepas itu akan dikenakan caj yang sangat membebankan seperti ERL

Cuba lah tgk post #1 tu gogo/ladydutch/cilaka

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066680 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top