CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Karam Di Miri, Dua Pelajar Warga Nigeria Dikhuatiri Hilang

12-12-2016 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7304| Komen: 67

Description: Sebuah bot dilaporkan karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri, kira-kira jam 11 malam semalam (Ahad). Lima termasuk pemandu bot terselamat, manakala dua pelajar warga Nigeria sebuah universiti ...
Sebuah bot dilaporkan karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri, kira-kira jam 11 malam semalam (Ahad). Lima termasuk pemandu bot terselamat, manakala dua pelajar warga Nigeria sebuah universiti swasta di Miri dikhuatiri hilang.


Menurut mStar Online, dua pelajar berkenaan dikenali sebagai Amatie Mohamad dan Enine Danial.


Sumber foto: Kuala Lumpur Post

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menjelaskan, bot gentian kaca berukuran 20 kaki yang membawa enam penuntut Curtin University, Miri, dan seorang pemandu bot dipercayai karam semasa aktiviti meninjau kehidupan liar di kawasan tasik tersebut.

“Kejadian disedari seorang pemandu bot tempatan yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan sebelum melaporkannya kepada pengurus taman, Anthony Chong,” katanya.


Pengurus taman kemudiannya mengarahkan sepasukan penyelamat seramai lima orang ke lokasi kejadian.

Manakala menurut Bernama, Ketua Operasi Penyelamat Taman Negara Loagan Bunut, Kamal Abdullah melaporkan kedua-dua pelajar yang hilang berkenaan masih belum ditemui walaupun pasukannya sudah berada di lokasi sejak jam 9 pagi tadi.

“Operasi dan menyelamat akan diteruskan dengan bantuan bomba dan polis,” katanya. - CARI



10

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 12-12-2016 11:38 AM
Nigerians, pelajar universiti swasta..... hurm...
Quote Changa 12-12-2016 11:40 AM
CARI-MAL replied at 12-12-2016 11:28 AM
Sebuah bot dilaporkan karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri, kira-kira jam 11 malam semalam ...

Konsep tak pakai life jacket ke sis? Takut kena cop pondan kalau pakai life jacket
Quote ronapink 12-12-2016 12:01 PM
xpakai life jacket ke..
Quote Peya 12-12-2016 12:24 PM
2 je mati niger ni? Patut mati beramai2.
Quote tupaiterbang 12-12-2016 12:36 PM

Quote oppol 12-12-2016 12:38 PM
Baru tahu ada bot gentian kaca...
Quote shernazz 12-12-2016 12:47 PM
oppol replied at 12-12-2016 12:38 PM
Baru tahu ada bot gentian kaca...

memang kebanyakan bot guna fibre glass ni sis...
Quote cha-cha 12-12-2016 12:51 PM
Nenasketum replied at 12-12-2016 03:38 AM
Nigerians, pelajar universiti swasta..... hurm...

Curtin University ni legit. Kalau betul lah dorang student CU.
Quote oppol 12-12-2016 12:55 PM
shernazz replied at 12-12-2016 12:47 PM
memang kebanyakan bot guna fibre glass ni sis...

Oo,,yang fibre tu kaca ya,,,
Ingatkan plastik,,,,,..
Quote shernazz 12-12-2016 01:01 PM
oppol replied at 12-12-2016 12:55 PM
Oo,,yang fibre tu kaca ya,,,
Ingatkan plastik,,,,,..

tgelak iols

mesti uols igt ala ala cite barbie naik.sampan dari kaca kan...
Quote insulin 12-12-2016 01:04 PM
Takziah. Semoga mangsa2 dapat dijumpai dengan selamat.
Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 01:14 PM


DUA MAHASISWA DIKHUATIRI LEMAS.

Dua mahasiswa Universiti Curtin, Miri dikhuatiri lemas setelah bot gentian kaca yang mereka naiki ketika menjalani kajian habitat buaya di kawasan tasik Taman Negara Loagan Bunut, karam.

Kejadian hanya disedari oleh orang awam yang menjumpai empat lagi rakan mahasiswa warga asing dan pemandu bot penduduk tempatan yang terselamat, pagi tadi.

Satu laporan mengenai kejadian telah dibuat kepada Pengurus Taman Negara Loagan Bunut, yang seterusnya memaklumkan insiden tersebut kepada pihak Bomba dan Penyelamat Marudi.

Satu pasukan SAR sedang diaturgerak perjalanan mereka melalui darat dan sungai serta unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat berpangkalan di Miri, kini menuju ke lokasi.

Marudi merupakan pekan paling hampir dengan kawasan taman negara yang terkenal dengan keajaiban empat musim ini.

Dari pekan Marudi untuk sampai ke lokasi ini terlebih dahulu ke Long Tinjar yang mengambil masa 4 jam perjalanan darat dan menaiki bot kira~kira satu jam lagi ke Long Teru sebelum sampai ke Taman Negara Loagan Bunut.


Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 01:17 PM
Mangsa dikhuatiri hilang 
Alamat Insiden:Taman Tasik Loagan Bunut.

Tarikh/Masa Kejadian Sebenar :11.12.2016(Ahad)/23:00:00hrs
Tarikh PGO Terima:12.12.2016.

Kronologi Kejadian: Bot fiber berukuran 20’ yang membawa rombongan 6 pelajar Curtin Universiti Miri seramai 6 orang dan seorang pemandu(lelaki) bot warga tempatan telah karam semasa aktiviti melihat atau kajian kehidupan liar iaitu buaya dikawasan Tasik Taman Negara Loagan Bunut , 4 pelajar termasuk pemandu bot selamat manakala 2 orang pelajar masih hilang. Kejadian ini hanya disedari apabila orang awam menjumpai mangsa pemandu bot warga tempatan dan seterusnya membuat laporan kepada pengurus Taman.

Encik Antohony Chong selaku Pengurus Taman Loagan Bunut 019-8610994 memaklumkan tindakan awal dari pihak pengurusan ialah menggerakan satu pasukan ERT seramai 5 orang ke lokasi kejadian bagi membantu dan mendapatkan maklumat awal berhubung kejadian.

Maklumat Mangsa:

1. Nama :Amatie Mohamad( Umur tiada diperolehi)
Warganegara: Nigeria.

2.Nama: Enine Danial
Warganegara : Nigeria


Maklumat Tambahan : Perjalanan untuk kelokasi kejadian ialah dari pekan Marudi ke Long Tinjar 4 jam dan menaiki bot ke Long Teru mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut.


Operasi SAR akan dimaklumkan dari masa kesemasa.
Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 01:20 PM


MAKLUMAT TAMBAHAN

7 Mangsa 5 selamat 2 masih hilang

Mangsa Selamat
1 Orang Pemandu Bot
1 Pelancong Warga Tempatan
1 Warganegara Oman
1 Warganegara Zimbabwe
1 Warganegara Nigeria


Mangsa masih hilang
2 Warganegara Nigeria

11 Disember 2016 mangsa mendaftar di Taman Negara Loagan Bunut

Pengurusan Universiti Curtin telah dihubungi dan mereka dalam perjalanan ke Lokasi Kejadian

No yang boleh dihubungi di Universiti Curtin Miri
085-443930/999

*Pasukan SAR dari Bomba Marudi guna laluan Air.*

1. PPgB Zulbada Bin Alior
2. PBK II Awang Busrah Bin Mostapha
3. PB Zaidi Bin Rambli
4. PB Jupri Shamsudin Bin Abdullah
5. PBB Rustam Bin Aus

*Pasukan PPDA Zon6 Miri menggunakan jalan Darat dr Miri ke Loagan.*

1. PBK II Nasir Razali.
2. PB Engkabang
3. PB Zainal Abidin
4. PB Nicklus Jambal
5. PB Koni Jayang
6. PB Azhar Kamis
7. PB Suffian Yusuf

*Team Unit Udara Bomba Miri*

1. PgKB I Mohd Ruzaidi Ramlee - Juruterbang
2. PKPgB Khirulnizam Jamaludin - Pembantu juruterbang
3. TPgB Zulkarnain Othman - Jurutera penerbangan
4. PBK II Bong Hoon Peng - Aqm
5. PB Hazian Fizuan Hashim - Aqm
6. PBK II Zulkipli Johari - Paskub
7. PB Azmir Awang Mat - Paskub
8. PB Akhbar Abd Karim - Paskub
9. PB Muhamad Ismail Abdullah - Paskub

Tim SAR Bomba Marudi dan Pasukan Selam Zon 6 Miri dh dalam perjalanan.

Heli udara Bomba dh on standby.

Quote pearl.silver 12-12-2016 01:23 PM
Ngeri nye
Macam dalam movie
Pergi buat kajian kat sarang buaya
Pastu bot karam
Quote miszclassique 12-12-2016 01:54 PM
Oh sama uni dgn iols. Tp tak kenal sbb mmg tak kenal. Tgh sem break ni entah2 diorang bercuti tu.. tak pun mungkin buat kajian FYP. Takziah...
Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 02:14 PM







Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 02:16 PM
UPDATE TT

2016-12-12_14-14-53.jpg

Quote FanTasyCreaTioN 12-12-2016 02:23 PM
MIRI: Two international students from a university here are believed to have drowned when their boat capsized at 11.30pm yesterday night.

A search and rescue team is being assembled to search for the duo, identified as Amatie Mohamad and Enine Danial, from Nigeria.

The two went missing when their boat, carrying seven people, capsized while on a research trip.

The surviving five – three students and the boat operator and a tour guide – managed to swim to safety.

As at 12.45pm today, one body has been found. The search and rescue team is intensifying efforts to locate the other missing student.

The identity of the body has yet to be ascertained.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.237668 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top