CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tanpa Sokongan Peminat Siapalah Saya" - Ayda Jebat

12-12-2016 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16266| Komen: 98|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: “Ada artis menganggap melayan peminat kurang penting. Oleh itu, jangan cemburu kerana saya memberi sepenuhnya kepada peminat."
“Ada artis menganggap melayan peminat kurang penting. Oleh itu, jangan cemburu kerana saya memberi sepenuhnya kepada peminat."

Menurut pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, hanya dalam masa setahun dia sudah berjaya meraih lebih 10 anugerah, namun pencapaian cemerlang itu adalah mustahil untuk dicapai jika tiada sokongan kuat daripada peminat.




“Saya memerlukan sokongan peminat dan pihak media untuk mempromosikan muzik diperjuangkan. Kalau bergantung kepada media sosial saja memang tidak cukup,” katanya kepada Harian Metro.

Ayda akui dia meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pengikutnya di media sosial setiap hari kerana baginya, peminatlah yang akan mengundi artis apabila ada anugerah dianjurkan.


Media sosial digunakan sepenuhnya oleh Ayda bukan sahaja untuk melayan peminat, malah dia turut mencari maklumat berkenaan dirinya di laman sosial.

“Selepas mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah, saya akan mencari nama sendiri di Twitter untuk mengetahui sekiranya ada peminat berkongsi sesuatu mengenai saya.

“Tidak salah artis mencari nama sendiri di Internet kerana dapat mengambil komen peminat untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada masa sama, ini bermakna saya menyedari apa orang sekeliling bercakap mengenai saya,” katanya.

Sementara itu, bukan satu, malah tiga trofi berjaya dirangkul Ayda Jebat pada malam kemuncak Anugerah Melodi 2016, Sabtu lalu.



Sumber foto: IG Ayda Jebat

Bukan itu sahaja, malah Ayda juga berjaya mengatasi artis nama besar dalam industri muzik yang tercalon dalam kategori Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan anugerah utama Personaliti Artis Sensasi Melodi 2016. 

Tahniah Ayda kerana berjaya meraih pelbagai anugerah. Semoga terus bergiat aktif dan memberi sumbangan dalam industri seni tanah air. - CARI

20

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 12-12-2016 02:03 PM
Fina mampu gigit jari kuku sampai patah je la kan tengok kemahsyuran kakak sheol?
Quote grouper 12-12-2016 02:11 PM
Yes..no3
Tahniah aj.
Quote insulin 12-12-2016 02:17 PM
Cantiknya gigi dia.....
Quote rosmahisham 12-12-2016 02:17 PM
Erm..klu pilihan peminat mmg ko le menang wahai aj.tgk time nama dia diumumkn sbg pemenang, retis n celebriti yg dtg x teruja pon.kecuali peminat sheiols yg terjerit2.so berbangga lah anda punye peminat yg rajin mengundi.selayaknye la ko hargai peminat.
Quote mokcikKSKB 12-12-2016 02:19 PM
Mesti ramai porumer maki dia jap lagi ni...
Akak hepi je kau baik ngan peminat dek..walau suara haus tp lagu hang catchy..
Quote EhhEtonLahh 12-12-2016 02:27 PM
lagu terbaru dia sendu ja???
Quote holothurian 12-12-2016 02:46 PM
bgusla baik dgn peminat..
Quote WajibulGhunah 12-12-2016 02:47 PM
-abp
- meletop era
-anugerah melodi

Kau jaga peminat buat publisiti murahan mmg itu je la anugerah yg kau dapat
Quote makgetah 12-12-2016 02:49 PM
Cemerlang ke?  
Ok lah mase ni kau disanjung dipuja puji dek manusia .org yg hidup nye hadap dgn sanjungan org tak akan dpt bertahan lame .unless kalau kau ade good team yg bijak carik and  review peluang2 yg betul2 boleh push kau. Paham2 lah industri melesia ni kecik .good luck to you!
Quote kakasotong2 12-12-2016 03:00 PM
Edited by kakasotong2 at 12-12-2016 03:01 PM

Yg penting ko matang dekkk ayda. Itu aku suka. Pandai handle situasi dan masalah. Mintak maaf bila buat salah, jenis xlayan provokasi org, buat hal sendiri. Perangai attitude ko ok, ko jaga hub dgn peminat mmg jauh la ko menapak dlm industri walau suara ko haussss di aidilfitri dekk

Perangai mak ayah pn ok, x mencapap pprt xsombong membongak memperlekehkan anak org perasan anak sendiri bagos. Alhamdulilah syukur ko dek ayda mak ayah xlebih sudu dr kuah.
Quote CikRoyanners 12-12-2016 03:03 PM
“Ada artis menganggap melayan peminat kurang penting. Oleh itu, jangan cemburu kerana saya memberi sepenuhnya kepada peminat."


Ko ingat ko datoCt ke orang nak cemburu

Quote bambimo 12-12-2016 03:06 PM
Zarul kena belajar dgn ayda jebat hehehe
Quote Tapayana 12-12-2016 03:15 PM
kalau tak baik dgn peminat kang mana nak dpt job ?? stesen tv pun gam, produser pun takleh amek berlakon.

mudah sgt hapal sifir ko ni ayda
Quote adm7 12-12-2016 03:47 PM
Anugerah syok sendiri pun nak bangga
Quote little_sis 12-12-2016 03:52 PM
dia ni byk gak kan jd duta la jurucakap la..
Quote mesmerize 12-12-2016 03:55 PM
tak best la AJ ni. macam takde apa yg menarik tentang heols. berlakon biasa2. nyanyi live hauk. kuat menyampuk taim kena interview. ahad lepas selamba dia menyampuk taim AG tengah interview Afghan kot melodi. hello berani ko potong cakap Afghan? dia tu setaraf diva taw... nasib baik Afghan aman2 je tak marah.
Quote cik_tonggek 12-12-2016 04:03 PM
kalo dah keje ko cemerlang sangat, awat yg drama dgn sharnaz haritu rating merudum dikkkkk
Quote brainbiru 12-12-2016 04:07 PM


“Selepas mengunjungi tempat awam seperti pusat beli-belah, saya akan mencari nama sendiri di Twitter untuk mengetahui sekiranya ada peminat berkongsi sesuatu mengenai saya.

“Tidak salah artis mencari nama sendiri di Internet kerana dapat mengambil komen peminat untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada masa sama, ini bermakna saya menyedari apa orang sekeliling bercakap mengenai saya,” katanya.
Rajin ko buat homework dik...
Quote HannahMontana 12-12-2016 05:19 PM
lepas ni mesti ct caras nak duet dgn ko pula ,bersedialah beri alasan jika mahu menolak okeh

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.093881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top