CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Carta Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia, Malaysia Di Tangga Ke-2

4-10-2016 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8238| Komen: 45|Original author: Oleh : Dean BZ

Description: Semua orang inginkan gaji yang tinggi dan jawatan yang besar..


Semua orang inginkan gaji yang tinggi dan jawatan yang besar namun adakah dengan "tawaran gaji yang besar" membuatkan seseorang itu bahagia?


Gaji bulanan sudah tinggi tak kan masih tak bahagia? Lainlah yang bekerja bagai nak rak tetapi bayaran gaji tidak setimpal. Secara logiknya, semakin tinggi gaji seseorang maka semakin besarlah tanggungjawab yang diberikan oleh majikan ke atas individu tersebut. 

Kredit foto - beritasatu.com

Bukan soal gaji besar atau kecil yang ingin penulis kongsikan, tetapi carta mengenai tahap kebahagian pekerja di Asia dan mengejutkan! Malaysia berada ditangga ke-2 paling bawah dalam carta tersebut.


Memetik TheVocket.com, berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh JobStreet, pekerja dari Malaysia dan Singapura menduduki ranking paling tidak bahagia di Asia. Kajian ini dilakukan meliputi 7 negara Asia dengan penerimaan respon seramai 67,000 orang.

Singapura berada di tangga paling bawah dalam "Carta Pekerja Bahagia Di Asia" dengan jumlah point 5.09 diikuti Malaysia dengan kutipan mata sebanyak 5.22. Ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 2 dalam carta pekerja paling tidak bahagia di Asia.

Filipina pula mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia manakala ditempat kedua adalah Indonesia.

1. Filipina: 6,25
2. Indonesia: 6,16
3. Thailand: 5,74
4. Hong Kong: 5,56
5. Vietnam: 5,48
6. Malaysia: 5,22
7. Singapura: 5,09

Kredit foto - JobStreet.com

Selain tawaran gaji dan manfaat yang tidak setimpal, faktor-faktor dalam senarai dibawah ini adalah antara punca utama yang membuatkan pekerja tidak bahagia.

Ketidakpuashatian berdasarkan faktor seperti kepimpinan yang teruk.
- Reputasi sesebuah syarikat.
- Latihan tidak profesional. 
- Ketidakselesaan di tempat kerja. 
- Hubungan di antara rakan sekerja. 

Pelik juga negara maju seperti Singapura dan Malaysia boleh berada dicarta paling bawah "pekerja paling tidak bahagia di Asia". Mustahil negara di carta paling atas menawarkan gaji yang lebih besar dan jika sebaliknya, bagaimana pekerja boleh bahagia. Jadi disini sudah jelas, kebahagiaan bukan diukur dari berapa kah gaji yang diterima sahaja tetapi berdasarkan faktor-faktor dalam senarai diatas.

Adakah anda sudah cukup bahagia dengan kerja anda sekarang ini? Jika jawapannya TIDAK, kongsikan apakah punca-punca yang membuatkan anda tidak bahagia. - CARI


Kredit foto - isigood.com



14

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
29

Sedih
16

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 4-10-2016 01:43 PM
ye ke ni
Quote hanydean 4-10-2016 01:43 PM
baru nak kuar dari tempat yg x bahagia ni
Quote Star_el 4-10-2016 01:58 PM
maybe sbb org yg bahagia tu xjawab pun survey tu. Org yg tak happy je gigih isi utk meluahkan rs geram.
Quote pyroparo 4-10-2016 02:02 PM
Edited by pyroparo at 4-10-2016 06:14 AM

alhamdulillah, soal pekerje bahagie indonesie mendunie. yang ndak bahagie itu mungkin karene banyak iri same tetangge kali.
Quote honeybee1802 4-10-2016 02:12 PM
Lack of leadership...boss suka jd diktator...
Quote cikkittydiva 4-10-2016 02:34 PM
kene ganti keje kawan yang suka ngulor...byk ambik emergency leave..mc tipu... gaji ciput..ot nak lebih.. boss yg boring...huhuhu
Quote dizzzek 4-10-2016 02:40 PM
malas tp nak gaji tinggi
sakit selalu
saudara mati selalu
motor rosak selalu
hujan lebat selalu
traffic jam selalu
masa rehat sejam keluar sampai 1.5 jam
sembahyang jumaat keluar sampai 3-4 jam
otak asyik fikir nak rasuah

Quote spiderman80 4-10-2016 02:45 PM
Selama ini ingatkan Singapore negara tak gembira tapi tanahair kita tercinta pun tak gembira rupanya.
Quote Bedah.Cun 4-10-2016 02:58 PM
pyroparo replied at 3-10-2016 06:02 PM
alhamdulillah, soal pekerje bahagie indonesie mendunie. yang ndak bahagie itu mungkin karene banyak  ...

Iya, kita iri sama hidung indhon
Quote sepertiitu 4-10-2016 02:59 PM
dizzzek replied at 4-10-2016 02:40 PM
malas tp nak gaji tinggi
sakit selalu
saudara mati selalu

yang ni aku setuju    
Quote aks_berhad 4-10-2016 03:14 PM
pyroparo replied at 4-10-2016 02:02 PM
alhamdulillah, soal pekerje bahagie indonesie mendunie. yang ndak bahagie itu mungkin karene banyak  ...

kalau dilihat pada top factor, pekerja indon mementingkan relationship dgn rakan sekerja. berlainan dgn negara maju, faktor lokasi memainkan peranan. dgn ringkasnya negara maju byk tempat tinggal dilokasi stategik kos adalah mahal dan terpaksa berulang alik dgn jarak yg agak jauh. kualiti masa dengan family pon berkurang. tp hairan jgk, walhal indon tu macet manjang...tp jakarta la. tempat lain biasa2 je rasanya. adakah indon rasa OK dgn macet?
Quote pyroparo 4-10-2016 03:17 PM
Edited by pyroparo at 4-10-2016 07:22 AM

jike dilihat dari top factor, indonesie lebih mementingkan solidaritas dan persahabatan bede dengan top factor malaysie lebih mementingkan diri sendiri.

prinsipnye "mangan ora mangan sing penting ngumpul" maksudnya biar pun ndak makan, yang penting bersatu. beda sama malaysie. yang penting makan sendiri-sendiri pecah belah pun ndak ape-ape.

Tazkiran: Pentingkan Diri Sendiri

Antara sifat buruk yang ada dikalangan manusia ialan mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Sifat atau sikap ini sangat dikutuk dan akan memerima amaran yang keras dari Allah dan RasulNya. Hadith dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” ( HR. Muslim)


Quote iznanaziz 4-10-2016 03:23 PM
Pengurusan tidak mengikut polisi
Quote tobobon 4-10-2016 03:23 PM
orang kita kalau boleh depa nak goyang kaki jah duit terus dapat..tak perlu kerja sangat

no wonder skim cepat kaya sentiasa laku
Quote pyroparo 4-10-2016 03:25 PM
aks_berhad replied at 4-10-2016 07:14 AM
kalau dilihat pada top factor, pekerja indon mementingkan relationship dgn rakan sekerja. berlaina ...

[youtube]5qjqEH6bhks[/youtube]

Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Ingin ini itu banyak sekali

Semua semua semua
Dapat dikabulkan
Dapat dikabulkan
Dengan kantong ajaib

Aku ingin terbang bebas
Di angkasa
Hei… baling baling bambu

La… la… la….
Aku sayang sekali…
Doraemon…

La… la… la….
Aku sayang sekali…
Doraemon....

Quote MrBoss 4-10-2016 03:50 PM
Nak ukur kebahagiaan berkerja?

Gaji 10k...kerja 2jam jer sehari.Seminggu 2 hari jer kerja.Saya pasti bahagia.

Saalim bin Sood,
Pemandu lori.
Quote -electrifying- 4-10-2016 03:53 PM
faktor management dan ade rakan sekerja yg puaka
Quote Bedah.Cun 4-10-2016 04:13 PM
-electrifying- replied at 3-10-2016 07:53 PM
faktor management dan ade rakan sekerja yg puaka

Mak berpendapat bos yang terlalu membosankan boleh jadi faktor juga. Tapi nasib lar maaak nih mesra sangat dengan pekerja2 mak. Lagi tasticles ngkau lagi cepat kau naik pangkat dengan mak, yang ehermm hermm
Quote kucen_miang 4-10-2016 04:37 PM
pyroparo replied at 4-10-2016 03:25 PM
Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Ingin ini itu banyak sekali

jadi sakai lirik lagu jepun bila dialihbahasa ke indon.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065046 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top