CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DS Rosmah Mansor Terima Anugerah 'Lead by Example' UNESCO

17-9-2016 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10529| Komen: 114

Description: Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO
Oleh Izzah Abbasy

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Datin Seri Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

Foto : Astro Awani

"Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata anugerah sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 Sept ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.

Alias berkata sebanyak 13 anugerah lain dalam pelbagai kategori juga akan disampaikan pada majlis tersebut.

"Penganugerahan berprestij ini merupakan anjuran bersama UNESCO dan enam tokoh wanita ulung dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan, hak asasi manusia, pemerkasaan wanita dan advokasi kewarganegaraan global," katanya.

Sumber : Bernama




5

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 17-9-2016 04:50 PM
pasti haterz big mama ketap2 bibir bace berita ni
Quote PristineOne 17-9-2016 04:50 PM
Edited by PristineOne at 17-9-2016 04:51 PM

Kak Ross....masa ambik anugerah tu nanti kat New York pakai la Laboutin tu..baru kelass First lady of Malaysia...kami kami rakyat ni bulih tumpang bangga

Sambil sambil tu Kak Ross ..round round la New York tinguk latest collection beg hermes ka...sekarang ni mid autumn season collection.

Tak cukup duit shopping...apa ada hal...anak laki Kak Ros kan ada kat situ. Duit untung buat filem kan banyak...apa barang tak boleh belanja mak doblas beg tangan baru
Quote PristineOne 17-9-2016 04:53 PM
fishcracker replied at 17-9-2016 04:50 PM
pasti haterz big mama ketap2 bibir bace berita ni

Pish...haterz big mama jer ketap bibir baca berita ni....kitaorang Big Mama's loverz senyum sungkit bibir atas jerr     
Quote kemaruk 17-9-2016 04:54 PM
Tahniah datin sri..

Haters gonna hate

Potatoes gonna potate
Quote fishcracker 17-9-2016 04:59 PM
PristineOne replied at 17-9-2016 04:53 PM
Pish...haterz big mama jer ketap bibir baca berita ni....kitaorang Big Mama's loverz senyum sungki ...

Sesuatuuuuu sangat senyum sungkit bibir loverz
Quote kaseh80 17-9-2016 05:35 PM
Wah blh shopping lagi
Quote ChildrenOfBodom 17-9-2016 05:59 PM
ingatkan dari segi obese
Quote Decaffeinated 17-9-2016 06:25 PM
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 Sept ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.


aku risau bab ni ja.... nak ka beliau naik 'public transport'..... ?

Quote kelapaparut 17-9-2016 06:31 PM
Istidraj ni..istidraj (sambil ketap bibir gigi berlaga gigi)
Quote Atifan 17-9-2016 06:33 PM
ala..korang xpayah risau...kak mah xpergi pon new york ambik hadiah tu..dia dah setuju wakilkan pada menteri yg ada kt new york skrng ni tlg ambikkan untuk dia..cuma nnti diorang akan playkan ucapan kak mah dlm bentuk video ja dlm 3 minit.. Alhamdulillah, jimat belanja kapal terbang dengan adanya aplikasi skype
Quote Atifan 17-9-2016 06:34 PM
PristineOne replied at 17-9-2016 04:50 PM
Kak Ross....masa ambik anugerah tu nanti kat New York pakai la Laboutin tu..baru kelass First lady o ...

kak mah xpergi ambik pon..dia wakilkan ja org yg mmg dh ada kat sana tlg ambikkan.
Quote cik_tonggek 17-9-2016 06:50 PM
fishcracker replied at 17-9-2016 04:50 PM
pasti haterz big mama ketap2 bibir bace berita ni

Baguih timing
Di saat org dok kecoh sheols menyoping sampai juta2 ringgit, tup2 dpt award lead by example dikkkkk

Makan dalam betul nama award tuh
Quote PristineOne 17-9-2016 07:24 PM
Atifan replied at 17-9-2016 06:34 PM
kak mah xpergi ambik pon..dia wakilkan ja org yg mmg dh ada kat sana tlg ambikkan.

Shopping beg pun wakil kan jugerk     wahh!! Bangga kita rakyat mesia... butik hermes ambik order katalog jer dari Big Mama...musti regular customer tuh     
Quote ain2511 17-9-2016 07:26 PM
tahniah DS!
Quote hzln 17-9-2016 07:30 PM
pegi je lah kak mah
nama anak jantan kak mah ajer yg naik dlm dokumen doj tu
bukan nama kak mah pun

nak takut apa?



Quote aHoi83 17-9-2016 07:35 PM
Tahniah kak mah.
Quote fishcracker 17-9-2016 07:45 PM
cik_tonggek replied at 17-9-2016 06:50 PM
Baguih timing
Di saat org dok kecoh sheols menyoping sampai juta2 ringgit, tup2 dpt award lead by ...

timing yang bagus saat krisis melanda nila patut kita contohi
Quote cik_tonggek 17-9-2016 07:54 PM
PristineOne replied at 17-9-2016 07:24 PM
Shopping beg pun wakil kan jugerk     wahh!! Bangga kita rakyat mesia... butik hermes ambik or ...

Namanya personal shopper dikkkk
Quote PristineOne 17-9-2016 07:58 PM
cik_tonggek replied at 17-9-2016 07:54 PM
Namanya personal shopper dikkkk

Kak cik...saya tao tu        sajer jer..

disclaimer : goose bum bila kak cik panggil adikk...terasa muderr walau umur tengah 4 series       

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.058354 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top