CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Melayu Gesa Rakyat Malaysia, "Jangan Membisu Lagi" Dalam Isu Malaysian Official 1

26-8-2016 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4310| Komen: 3|Original author: TS LOO

Description: "Duit itu milik rakyat Malaysia dan kini telah pun dicuri, tapi kamu semua hanya berdiri di sini mengawasi kami yang merupakan rakyat biasa." "Kenapa tidak ambil tindakan untuk menangkap mereka ...

Baru-baru ini, tersebar secara meluas di media sosial berhubung sebahagian rakaman video ceramah bagi seorang gadis Melayu yang menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan #Tangkap Malaysian Official 1 (MO1).


Dia yang memakai tudung berwarna merah jambu, penampilan masih kebudak-budakan, namun nada percakapan agak tegas dan kata-katanya boleh dikatakan amat lantang. 


sumber foto: facebook 

Namanya Anis Syafiqah Mohd Yusof, jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One (MO1), dia bersama pemimpin aktivis pelajar yang lain merancang pada Sabtu lalu bertolak ke Unversiti Teknologi Mara di Perak, menggesa golongan muda hadir ke perhimpunan #Tangkap MO1.

 
Walaubagaimana pun, setibanya di pintu masuk universiti, kelihatan kira-kira 50 orang pegawai polis telah bersiap sedia mengawasi di luar pintu dan melarang Anis masuk ke dalam kawasan universiti.

Setelah beberapa kali cuba memasuki kawasan universiti tapi gagal, Anis rasa kecewa dan terpaksa berdiri di luar pintu pagar universiti untuk memberi kenyataan yang cukup menyentuh hati semua rakyat Malaysia.





Pada mulanya, Anis menjelaskan kenapa dirinya dan rakan-rakan yang lain menganjurkan perhimpunan tersebut, dia mengatakan ungkapan "Malaysian Official One " telah dinyatakan sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bulan lalu.

Dalam pada itu, pegawai nombor satu negara yang masih belum diketahui identitinya itu bersama Jho Low dan Rizar Aziz yang telah menyelewengkan harta awam yang bernilai RM42 billion menerusi syarikat 1Malaysia Development Berhad.

Apabila menyentuh tentang Pegawai Nombor Satu Malaysia itu masih bebas tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa, Anis kelihatan tidak dapat menahan kemarahannya memekik ke arah pegawai polis, "Duit itu milik rakyat Malaysia dan kini telah pun dicuri, tapi kamu semua hanya berdiri di sini mengawasi kami yang merupakan rakyat biasa."

"Kenapa tidak ambil tindakan untuk menangkap mereka yang betul-betul penyangak itu? "

"Kami tidak berbahaya pun, tidak membawa sebarang senjata api, hanya membawa kertas dan berkeinginan beritahu rakan-rakan di dalam kampus mengenai masa depan kami."

Anis kelihatan semakin beremosi," sekiranya perkara seumpama itu (skandal 1MDB) boleh dibenarkan, bagaimana kami nak meneruskan kehidupan di negara ini."

"Jika kita semua berdiam diri sahaja, ini bermakna kita tak kisah segala perkara yang terjadi, dan membiarkan perompak itu mencuri duit  kita semua dengan begitu mudah."

Menurut Anis, dia datang ke Universiti Teknologi MARA bukan berniat untuk menimbulkan kekacauan atau memalukan diri sendiri di khalayak ramai, sebaliknya adalah kerana dirinya seorang rakyat Malaysia. 

Baginya skandal penyelewengan 1MDB bukan sahaja berhubung kait dengan masa depannya, malah seluruh rakyat Malaysia, jadi dia tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku tanpa membuat apa-apa.

"Sejumlah besar harta benda negara kita telah pun dicuri, kenapa kita semua boleh menjalankan rutin harian macam biasa, buat tak tahu seolah-olah tiada apa-apa berlaku?"

Di penghujung ceramahnya, Anis turut menyatakan, dia tidak pernah begitu berani meluahkan pendapatnya di khalayak ramai, namun demi kebaikan dirinya dan generasi akan datang, tegasnya dia tidak akan membisukan dirinya lagi.


sumber foto: Facebook

Perhimpunan #Tangkap Malaysian Official One (MO1) anjuran Gabungan Tangkap Malaysian Official One yang digerakkan oleh kumpulan pelajar-pelajar universiti Malaysia yang bakal dilangsungkan esok iaitu 27 Ogos di Dataran Merdeka sekitar jam 3 petang.

Tujuannya adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan dalam usaha mengemukakan dan menangkap MO1. 

Setakat ini terdapat 10 buah Organisasi Bukan Kerajaan, NGO menyatakan sokongan dan setuju untuk hadir ke perhimpunan tersebut. 

Seluruh rakyat turut dialu-alukan hadir beramai-ramai ke perhimpunan #'Tangkap MO1' esok sepertimana usaha yang digunakan untuk 'tangkap' watak Pokemon dalam permainan Pokemon GO.- CARI

18

Bagus
24

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearlady 26-8-2016 09:24 PM
go mahasiswa go...generasi pelapis DSAI n Izzah
Quote yuslee 27-8-2016 03:35 AM
Adakah anda diantara orang yang mengalami tekanan ekonomi? Terfikir untuk mencari pendapatan sampingan?

MARI sertai DanaNiaga2u.com/faith untuk tingkatkan Status EKONOMI keluarga anda.
daftar-sekarang
Perniagaan Internet / Online
DanaNiaga2u.com/faith adalah sebuah platform direka khas untuk Rakan Komuniti membantu memberi ilmu dan panduan kepada mereka yang BARU dan ingin memulakan perniagaan atau menambah pendapatan secara BERKUMPULAN.

Konsep promosi mudah dan senang. Ada handphone dan capaian internet, anda layak menyertai Komuniti DanaNiaga2u.com/faith.

Daftar-sekarang!!!
Mudah : Hanya di hujung jari anda!
Dapatkan produk-produk hebat dari kami. Pada Stage 1 = dapat beli Produk dengan harga diskaun lebih dari RM 20.00.

Stage 2 : Anda akan dapat hantar IKLAN di web DanaNiaga2u.com/faith tanpa had.

Setelah masuk Stage 3 = Anda berpeluang pendapatan INCOME sehingga RM6,250.00 dan berterusan.  


DAFTAR SEKARANG(RM10):
www.dananiaga2u.com/faith
Quote holothurian 27-8-2016 01:35 PM
nanti akan,bertukar jadi perhimpunan tangkap pokemon secara bejemaah..

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.079289 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top