CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebuah Kubur Jadi Tumpuan Kerana Kedudukannya Di Tengah-tengah Jalan Raya

11-7-2016 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4199| Komen: 21

Oleh Izzah Abbasy

Teka ia di mana? Sebuah kubur terletak di sebuah bandar di Jiangxi, China menjadi tumpuan sejak Februari lalu kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan raya yang telah siap dibina, lapor Daily Mail.

Bukan milik pemimpin negara mahupun orang yang terkenal, sebaliknya ia kubur ibu kepada seorang petani, Zhang Rongsheng.


Pernah beberapa kali dirundingi oleh pihak pemaju dengan tawaran ganti rugi agar kubur itu dipindahkan, namun Zhang tetap menolak.

Difahamkan beliau menolak pemindahan kubur ibunya itu kerana harga ganti rugi ditawarkan pihak pemaju tidak sesuai dengan harga yang dimintanya.

Zhang menuntut harga ganti rugi sebanyak 1.3 juta Renmimbi (RM700,000) untuk memindahkan kubur ibunya itu.

Menurut akhbar China Daily, jalan raya itu merupakan projek besar daripada pemerintah setempat dan beberapa perusahaan yang dianggarkan bernilai 27.8 juta Renmimbi (RM16.8 juta).

Ganti rugi yang diminta gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya pihak pemaju tetap membina jalan di sekitar kubur itu.

Pembinaan jalan itu dimulakan pada Disember 2013 dan hanya selesai pada Februari lalu.

Namun ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan lokasi kubur yang diletakkan di tengah-tengah jalan raya itu kerana kubur tersebut bukan milik pahlawan komunis mahupun saintis.

9

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 11-7-2016 12:54 PM
Aduhai..macam ni pun ada.buat bulatan saja kat sana.tak payah bayar itu apek kalau dia tak mau.:zz
Quote mizzmimi 11-7-2016 01:20 PM
only in china

Quote jazaa100 11-7-2016 01:29 PM
oppol replied at 11-7-2016 12:54 PM
Aduhai..macam ni pun ada.buat bulatan saja kat sana.tak payah bayar itu apek kalau dia tak mau.:zz

Nak buat round about dah tak cukup space, ada bangunan kiri kanan....

Buat fly over je utk 20 meter...
Quote Nenasketum 11-7-2016 01:38 PM
Screwed up betul rakyat negara ni
Quote Emperor95 11-7-2016 01:46 PM

macam2
Quote TuntungReturn 11-7-2016 01:54 PM
aku penah ckp dlu. china rkyat die 1 bilion lebih, amik la 5% perangai pelik,tetap bnyk gak.
Quote putehkundor 11-7-2016 02:01 PM
Kalau bukan benda pelik2 bukan prc namanya
Quote mixed 11-7-2016 02:02 PM
dulo kan ada rumah tgh2 highway yg dibina
x nak pindah jugak sb dpt pampasan sikit
Quote sukacactus 11-7-2016 02:09 PM
My way or highway katanya
Quote xtahumenahu 11-7-2016 02:10 PM
Tunggu nk up lg laaa tu...haaa...lama2 satu apa pon x dpt
Quote insulin 11-7-2016 02:38 PM
Kubur ke tu? Serupa seperti timbunan tanah yang tiada apa2 je.
Quote zhatul 11-7-2016 02:49 PM
renovate cantik2 ....
Quote Star_el 11-7-2016 02:50 PM
pergh dh macam ceritajunji ito, bandar yang kubur tumbuh kat mana kematian berlaku.
Quote epis 11-7-2016 04:00 PM
last2, jalan siap, satu pampasan pon tak dapat...
Quote batmana 11-7-2016 04:05 PM
org klu dh mati, seboleh2nya x mo nyusahkn org..

ni dh mati pun, warisnya buat nyusahkn org..

geleng kepala la jwbnya.
Quote lilyuft 12-7-2016 09:05 AM
Kelakar pulak haha amik la pampasan tu byk la jugak tu
Quote dinopower 12-7-2016 09:25 AM
mixed replied at 11-7-2016 02:02 PM
dulo kan ada rumah tgh2 highway yg dibina
x nak pindah jugak sb dpt pampasan sikit

sanggup tu dok tgh2 highway....tp katanya mengalah gak kan....
Quote anees~nuhara 12-7-2016 12:13 PM
adehhh...cmni pon ade
Quote merrissa 13-7-2016 09:03 AM
bengongnya....ego tul.....700 ribu...agak2 la...mintk 70 ribu pon dh cukop...last2 satu sen x dpt....mak dia yg dh mti duk kne kutuk dgn org rmai

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.348040 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top