CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Thomas: Malaysia Mara Ke Suku Akhir

17-5-2016 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3491| Komen: 11

Description: Malaysia mengesahkan tempatnya dalam suku akhir Piala Thomas selepas menang mudah 5-0 ke atas Jerman dalam perlawanan kedua peringkat awal di Kompleks Sukan Kunshan semalam.




Selepas menang mudah 5-0 ke atas Jerman dalam perlawanan kedua peringkat awal, Malaysia mengesahkan tempatnya dalam suku akhir Piala Thomas yang berlangsung Kunshan, China semalam.


Perseorangan pertama negara, Lee Chong Wei yang juga ketua pasukan negara tidak berdepan masalah untuk memberikan mata pertama kepada Malaysia selepas menumpaskan Kai Schaefer 21-19, 21-15.

Beregu utama Goh V Shem-Tan Wee Kiong meletakkan pasukan negara dalam keadaan selesa selepas menewaskan Richard Domke-Fabian Holzer 21-12, 21-1.

Beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menebus kekecewaan semalam apabila menundukkan Mark Lansfuss-Josche Zurwonne 21-15, 21-10 untuk meraih mata keempat dan perseorangan ketiga Chong Wei Feng melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas menundukkan David Peng 21-9, 21-18.


Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang beraksi kali pertama selaku perseorangan kedua negera, selepas direhatkan ketika pertemuan menentang England semalam, mengesahkan kejayaan Malaysia dengan mengalahkan Lars Schaenzler 21-7, 21-16.

Mengulas menenai pertemuan menentang Jerman, Iskandar yang pertama kali beraksi dalam kejohanan dwitahunan itu jelas gembira apabila berjaya menyumbang mata kepada Malaysia dan me-ngakui sememangnya sudah bersedia untuk perlawanan itu.- CARI Infonet



sumber berita: http://www.mstar.com.my/
5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 1Apr16 17-5-2016 10:49 AM
Kipidap. Dongibab
Quote asher 17-5-2016 10:50 AM
pasni msia jumpa sapa plak ?
Quote Hessa 17-5-2016 10:51 AM
ahaaa..this is news..
Quote Hessa 17-5-2016 10:53 AM
iols dh lama sangat2 tak ikuti badminton Msia lepas era 2000-2008, prestasi masing2 banyaknya up and down..tak konsisten, melainkan LCW..so, tk nk terlalu berharap..tp nk tgk aje..mana la tau kan..apapun All de Best lah Team Msia kali ni..kipidap
Quote sipendiam 17-5-2016 10:56 AM
asher replied at 17-5-2016 10:50 AM
pasni msia jumpa sapa plak ?

korea selatan
Quote asher 17-5-2016 11:36 AM

tipis lah can nak g semi..
Quote sipendiam 17-5-2016 11:45 AM
asher replied at 17-5-2016 11:36 AM
tipis lah can nak g semi..

g semi lepas dah...just nak jadi juara kumpulan yang payah
Quote qronaldo7 17-5-2016 01:36 PM
asher replied at 17-5-2016 11:36 AM
tipis lah can nak g semi..

bukan quarter dlu ke?

klu juara kumpulan ade chance kne undi ngn naib juara kumpulan.
Quote asher 17-5-2016 03:08 PM
qronaldo7 replied at 17-5-2016 01:36 PM
bukan quarter dlu ke?

klu juara kumpulan ade chance kne undi ngn naib juara kumpulan.

quarter jumpa korea..susah nak makan korea nie..single gn dable diorg tough..
Quote qronaldo7 17-5-2016 03:16 PM
asher replied at 17-5-2016 03:08 PM
quarter jumpa korea..susah nak makan korea nie..single gn dable diorg tough..

bkn la. korea tu dlm group sme.

skrg tgh lwn nk tentukan juara kumpulan
Quote asher 17-5-2016 03:20 PM
qronaldo7 replied at 17-5-2016 03:16 PM
bkn la. korea tu dlm group sme.

skrg tgh lwn nk tentukan juara kumpulan

tenkiu untuk pencerahan..ketinggalan bas plak..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053648 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top