CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi dan sorok baju raya dalam seluar

18-7-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3655| Komen: 9

Balik Pulau: Kerana mahu bergaya dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti, seorang lelaki sanggup mencuri sehelai baju bernilai RM165 di sebuah beli-belah terkemuka di Bayan Baru, di sini, kelmarin.

 Kejadian berlaku jam 10.30 malam apabila suspek berusia  20-an masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan kononnya untuk membeli barangan sebagai persiapan menjelang 1 Syawal tidak lama lagi.

Jurucakap polis berkata, suspek dilihat ke bahagian pakaian dan kelibatnya dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun yang ketika itu sedang melakukan rondaan.

Menurutnya, suspek kemudian diekori pengawal keselamatan berkenaan sebelum melihatnya memasukkan sehelai baju ke dalam seluarnya dan terus beredar ke kaunter pembayaran bagi membuat bayaran barangan lain yang dibelinya.

  Katanya, tindakan suspek terus diperhatikan pengawal keselamatan berkenaan dan dia dikatakan berpura-pura membeli barangan lain sebagai helah untuk menutup perbuatannya.

  “Suspek kemudian  ditahan berhampiran sebuah restoran  di dalam pusat beli-belah terbabit sejurus dia beredar dari kaunter tanpa membuat bayaran baju terbabit.
  “Hasil pemeriksaan kemudian menemui pakaian yang dicuri dan semakan selanjutnya didapati suspek tidak membuat apa-apa bayaran terhadap baju yang diambilnya itu.

  “Lelaki berkenaan  dibawa ke pejabat Bahagian Keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.


1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 18-7-2013 07:51 AM
kasihan tak ada faraj

kalau ada faraj tu, tin susu bayi boleh masuk, kunci rumah, kunci kereta.... rugi tak ada faraj ni
Quote kakikuDibibirmu 18-7-2013 07:52 AM
bukan baju sebegitu ada detector ke, kalau lepas pintu keluar nanti berbunyi-bunyi sebegitu aman-aman adja konsepnya
Quote stinger_attack 18-7-2013 07:56 AM
kakikuDibibirmu posted on 18-7-2013 07:51 AM
kasihan tak ada faraj

kalau ada faraj tu, tin susu bayi boleh masuk, kunci rumah, kunci kereta... ...

TROLEY yang ada faraj...letak timun...timun boleh jatuh...mana silapnya?

Ini bukan teka teki tau.....

Quote md.jie 18-7-2013 08:12 AM
lepaih training boria kot pakai seluaq besaq p cilok baju
Quote meya 18-7-2013 08:19 AM
Memang salah mencuri tu..tapi ada tak terfikir kenapa dia terdesak sampai sanggup mencuri?  Same goes with susu.

Kalau diorang mencuri untuk kegunaan sendiri...mungkin dah tiba masa pihak berwajib selidik kenapa banyak kejadian mencuri di Malaysia ni..

Lembu pun ada orang curi..tak hairanlah kalau ayam pun ada orang curi nanti.
Quote meya 18-7-2013 08:24 AM
Kena ingat tak semua orang kat Malaysia ni mewah...dengan keadaan barang semua naik ..agak-agak macamana kehidupan diorang tu? Yang berduit pun sibuk nak ambik anak angkat dari negara lain walhal berlambak kat Malaysia ni golongan yatim piatu dan yang papa kedana.  Tak tahulah kot dalam diam-diam yang kaya-raya ni ekceli ada menghulur.

Tapi adakah time puasa dan hari raya saja?

Quote jonlabu 18-7-2013 08:25 AM
another pulau story...
Quote dealova04 18-7-2013 08:31 AM
ada org mencuri sbb mcm habbit.. bkn x de duit.. ada plak yg x mampu tp nk gak memakai... x mampu buat cr x mampu... x yah bli baju raya... pakai baju apa yg ada..
Quote tongkatwaran75 18-7-2013 09:35 AM
artis pun penah ditgkp shoplifting...
membuktikan bkn kerna miskin...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051132 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top