View: 2088|Reply: 9
|
[Tempatan]
{10} Sorok baju raya curi RM165 sehelai dalam seluar !
[Copy link]
|
|
Balik Pulau: Kerana mahu bergaya dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti, seorang lelaki sanggup mencuri sehelai baju bernilai RM165 di sebuah beli-belah terkemuka di Bayan Baru, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam apabila suspek berusia 20-an masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan kononnya untuk membeli barangan sebagai persiapan menjelang 1 Syawal tidak lama lagi.
Jurucakap polis berkata, suspek dilihat ke bahagian pakaian dan kelibatnya dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun yang ketika itu sedang melakukan rondaan.
Menurutnya, suspek kemudian diekori pengawal keselamatan berkenaan sebelum melihatnya memasukkan sehelai baju ke dalam seluarnya dan terus beredar ke kaunter pembayaran bagi membuat bayaran barangan lain yang dibelinya.
Katanya, tindakan suspek terus diperhatikan pengawal keselamatan berkenaan dan dia dikatakan berpura-pura membeli barangan lain sebagai helah untuk menutup perbuatannya.
“Suspek kemudian ditahan berhampiran sebuah restoran di dalam pusat beli-belah terbabit sejurus dia beredar dari kaunter tanpa membuat bayaran baju terbabit.
“Hasil pemeriksaan kemudian menemui pakaian yang dicuri dan semakan selanjutnya didapati suspek tidak membuat apa-apa bayaran terhadap baju yang diambilnya itu.
“Lelaki berkenaan dibawa ke pejabat Bahagian Keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18
p/s kan dah kantoi...baju apa yg mahal sampai RM165 sehelai? van heusen ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihan tak ada faraj
kalau ada faraj tu, tin susu bayi boleh masuk, kunci rumah, kunci kereta.... rugi tak ada faraj ni |
|
|
|
|
|
|
|
bukan baju sebegitu ada detector ke, kalau lepas pintu keluar nanti berbunyi-bunyi sebegitu aman-aman adja konsepnya |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 18-7-2013 07:51 AM
kasihan tak ada faraj
kalau ada faraj tu, tin susu bayi boleh masuk, kunci rumah, kunci kereta... ...
TROLEY yang ada faraj...letak timun...timun boleh jatuh...mana silapnya?
Ini bukan teka teki tau.....
|
|
|
|
|
|
|
|
lepaih training boria kot pakai seluaq besaq p cilok baju |
|
|
|
|
|
|
|
Memang salah mencuri tu..tapi ada tak terfikir kenapa dia terdesak sampai sanggup mencuri? Same goes with susu.
Kalau diorang mencuri untuk kegunaan sendiri...mungkin dah tiba masa pihak berwajib selidik kenapa banyak kejadian mencuri di Malaysia ni..
Lembu pun ada orang curi..tak hairanlah kalau ayam pun ada orang curi nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena ingat tak semua orang kat Malaysia ni mewah...dengan keadaan barang semua naik ..agak-agak macamana kehidupan diorang tu? Yang berduit pun sibuk nak ambik anak angkat dari negara lain walhal berlambak kat Malaysia ni golongan yatim piatu dan yang papa kedana. Tak tahulah kot dalam diam-diam yang kaya-raya ni ekceli ada menghulur.
Tapi adakah time puasa dan hari raya saja?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada org mencuri sbb mcm habbit.. bkn x de duit.. ada plak yg x mampu tp nk gak memakai... x mampu buat cr x mampu... x yah bli baju raya... pakai baju apa yg ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
artis pun penah ditgkp shoplifting...
membuktikan bkn kerna miskin... |
|
|
|
|
|
|
| |
|