INILAH rumah didiami Salmah (gambar kecil) di pangsapuri di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. BANGI , 17 Julai - Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang wanita yang bukan sahaja mempunyai masalah mental tetapi ditinggalkan bersendirian di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di sini sejak setahun lalu. Lebih menyedihkan apabila keadaan flat di tingkat bawah yang didiami wanita itu yang hanya dikenali sebagai Salmah, 60-an, dipenuhi takungan air dan daun tumbuh menjalar di segenap penjuru rumah yang tidak ubah seperti rumah terbiar. Dari luar rumah yang disewa kira-kira RM500 sebulan itu kelihatan tiada perabot atau barang dapur melainkan sebidang tikar dan sebuah tilam nipis sebagai alas tidur. Salmah didakwa akan keluar merayau pada sebelah petang untuk mengutip timbunan daun-daun yang disangkanya sayur untuk dimakan.
|
ADVERTISEMENT