CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Salahnya Suami Mengambil-alih Tugasan Isteri Di Rumah!

12-4-2016 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3399| Komen: 4

Description: Biasanya urusan mengendalikan bayi banyak dilakukan oleh ibu. Jarang sekali ayah cekap menguruskan bayi. Tetapi bukan bermakna tiada ayah yang boleh menguruskan si anak dengan baik, sebaliknya ada yan ...


Oleh : TS LOO


Biasanya urusan mengendalikan bayi banyak dilakukan oleh ibu. Jarang sekali ayah cekap menguruskan bayi. Tetapi bukan bermakna tiada ayah yang boleh menguruskan si anak dengan baik, sebaliknya ada yang mampu menguruskan lebih hebat daripada ibu.


Kalau sebelum ini, anda seorang suami yang membiarkan isteri sahaja menguruskan anak apa kata ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. 


Ingat, anak adalah tanggungjawab kedua ibu dan ayah. Jangan beranggapan tugas menguruskan anak hanya di atas bahu isteri sahaja, sebaliknya suami perlu bersama menggembleng tenaga menguruskan keperluan anak. 


Berikut adalah beberapa situasi yang mungkin terjadi dan si suami perlu mengambil alih tugasan isteri : 



1. Isteri kena kerja outstation
Kalau isteri anda wanita yang berkerjaya, memang tak boleh lari daripada kebarangkalian dia perlu bekerja outstation. Bagi yang tak biasa uruskan anak apatah lagi yang masih bayi, sudah tentu akan panik dan gentar. Tetapi bagi si ayah yang sudah biasa menukar lampin anak, memujuk si kecil menangis dan menidurkannya, semua itu tak jadi masalah. Jadi bersedialah untuk belajar menguruskan si kecil.



2. Isteri terpaksa kerja hujung minggu
Kadang kala ada sesetengah jenis pekerjaan isteri yang memerlukan dia bekerja di hujung minggu. Maka sebagai ketua keluarga yang macho dan bijaksana, tentu sahaja anda perlu bertanggungjawab menjaga anak di rumah. Takkanlah hendak hantar ke taska atau rumah pengasuh sedangkan anda hanya duduk berehat di rumah sambil menontong TV atau bermain 'Clash of clan'.



3. Isteri jatuh sakit
Ini hal kecemasan yang di luar kawalan. Kalau tiba-tiba isteri jatuh sakit, takkanlah anda tetap hendak menyuruh isteri menguruskan anak. Dalam hal ini, anda perlu mengambil alih semua tugas rumah tangga dan mengendalikan keperluan anak. Kalau tak biasa, memang kelam kabut jadinya.




4. Isteri sibuk memasak di dapur
Ketika isteri sedang sibuk menyiang ikan atau memotong cili di dapur tentu sukar baginya hendak menukar lampin bayi yang membuang air besar. Bimbang pula tangan yang pijar akibat cili menyebabkan anak juga terpalit kena pijar. Jadi, inilah masanya, ayah memainkan peranan. Jangan pula biarkan si kecil menangis kerana anda tak reti hendak cuci punggung anak dan tukar lampinnya.



5. Inilah masanya mengeratkan hubungan
Orang kata antara cara seorang ayah hendak rapat dengan anak adalah dengan kerap menguruskan keperluannya seperti memandikan anak, menukar lampin, menidurkan anak dan sebagainya lagi. Sekurang-kurangnya anak tahu, bukan ibu sahaja yang boleh menguruskan dirinya, ayah juga tak kurang hebatnya.- CARi Infonet




sumber info: Pa&Ma
13

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 13-4-2016 10:15 AM
betul2. ini minah sokong. kesian kat isteri tu.
Quote RupaRupe3x3 13-4-2016 10:24 AM
Korang suami?
Quote cleopatralady 13-4-2016 10:43 AM
saling bantu membantu
Quote mujer_in_espejo 13-4-2016 11:54 AM
Kalau isteri boleh membantu suami dgn bekerja dan membayar bil2.. maka suami jgk  perlu bantu isteri mengurus rmh n anak2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041576 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top