CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Gadis Terengganu Terpisah Dengan Ayah Kandung Cari Sampai Ke Korea

12-4-2016 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11406| Komen: 39

Description: Sejak mengetahui ayahnya seorang rakyat Korea, Mimi selalu berdoa agar suatu hari nanti dia dipertemukan
Oleh Izzah Abbasy

Orang Korealah kiranya gadis Terengganu ini kan? Jom, baca kisah gadis ini apabila terpisah dengan ayah kandungnya sejak kecil.

Seorang gadis kelahiran Terengganu, Mimi Nadia Adam gadis berusia 22 tahun yang kini merupakan graduan dari Kolej Islam Kelantan (KIAS) apabila terpisah dengan ayahnya sejak kecil dan hanya tahu ayahnya seorang warganegara Korea pada usia 9 ke 10 tahun.


“Alkisahnya bermula, ayah saya bekerja di Malaysia, iaitu di Paka Terengganu.Then mak saya kerja dengan ayah. Masa tu ayah duda anak satu (lelaki). Then di situ depa berkenalan dan kahwin. Lepas tu dapat saya la. Kemudian, bila saya berusia beberapa bulan, saya balik ke Korea untuk melawat keluarga sebelah ayah untuk beberapa bulan”

Selepas beberapa bulan di sana, perniagaan ayahnya kurang baik dan terpaksa ditutup dan dia terpaksa pulang semula ke Malaysia. Sejak itu hubungan antara ibu dan ayahnya terputus. Sejak mengetahui ayahnya seorang rakyat Korea, Mimi selalu berdoa agar suatu hari nanti dia dipertemukan semula dengan ayahnya walaupun dia tak tahu sama ada ayahnya masih hidup atau tak.

Tapi aura kecil kuat mengatakan bahawa dia masih ada tapi saya takut nak simpan harapan, bimbang kecewa

Macam-macam cara Mimi lakukan untuk cari ayahnya tapi semua temui jalan buntu hinggalah akhirnya dia bertemu ayahnya di Facebook. Rupa-rupanya ayahnya juga dah lama mencari Mimi ni sejak dari 2011.

"Kami bertemu di Facebook kerana ayah masih cam gambar mak di FB saya pada akhir tahun 2012. Alhamdulillah. Rupanya ayah pun mencari saya jugak. Saya perasan di wall Facebook ayah, dia mula mencari saya pada tahun 2011.

Mungkin dia main taip nama saya kot, then jumpa gambar mak saya dan tagnama dia kat gambar saya dan mak. Mula-mula saya pun tak tahu itu ayah saya. Lepas stalk FB dia baru saya message dan tanya dia siapa? Kat situ la kami mula kenal semula"


Akhirnya pada 4 April 2016, Mimi terbang ke Korea untuk bertemu ayah dan abangnya di sana hinggalah visanya tamat pada Julai ni. Pasti terubat rindu pada ayahnya. Jelas Mimi lagi, ini adalah antara dia dan ayahnya. Tambahan pula ibunya sudah bahagia dengan suaminya.

Walaupun dah 20 tahun meninggalkan Malaysia, ayahnya masih seorang Muslim. Alhamdulilllah.

Seronoknya adik ini dapat bertemu ayah kandungnya semula kan? Syukur. Bolehlah adik ini ke Korea selalu. Rindu ibu gadis ini kepada ayahnya pasti terubat dan mereka sekeluarga akhirnya kembali bersatu. - CARI Infonet 




Kredit : The Vocket




27

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-4-2016 06:07 PM
Boleh le balik kg selalu dah abahnya ada kat sana
Quote noraidil_06 12-4-2016 06:27 PM
Wah masih kekal islam
Quote matchstick 12-4-2016 07:07 PM
abahnye x kawen lain ke..
Quote revoc 12-4-2016 07:44 PM
pelik

mudah jek buang mak/isteri tu

nape

misti jadi pape
Quote oak.balustrade 12-4-2016 07:46 PM
Edited by oak.balustrade at 12-4-2016 07:47 PM
noraidil_06 replied at 12-4-2016 06:27 PM
Wah masih kekal islam


Ye masih islam, alhamdulillah.  
Quote oak.balustrade 12-4-2016 07:48 PM
matchstick replied at 12-4-2016 07:07 PM
abahnye x kawen lain ke..

Tak remarried pun dah 20 yrs. Kagum iols. Dia balik korea sebab bisnes kat malaya merundum. Agaknya dia memang serik nak kawin sebab cinta sejati dengan mak si mimi kot. Mak si mimi ni dah kawin lain tak lama lepas divorced.
Quote matchstick 12-4-2016 07:51 PM
oak.balustrade replied at 12-4-2016 07:48 PM
Tak remarried pun dah 20 yrs. Kagum iols. Dia balik korea sebab bisnes kat malaya merundum. Agakny ...

ooo. thanks for info. agaknya susah nk cari calon kt korea sana since dia still muslim.
Quote oak.balustrade 12-4-2016 07:52 PM
matchstick replied at 12-4-2016 07:51 PM
ooo. thanks for info. agaknya susah nk cari calon kt korea sana since dia still muslim.

Maybe. Make sense jugak kan..
Quote Madel 12-4-2016 08:15 PM
Bapak nya tu masih boleh ckp Melayu tak..
Si anak nya Mimi pandai cakap Korea tak..
Kepohh aku kan..
Quote idril 12-4-2016 08:54 PM
revoc replied at 12-4-2016 07:44 PM
pelik

mudah jek buang mak/isteri tu

Bkn nya kita tau citer betulnya apa. X boleh nak menghukum sapa yg salah sapa betul
Quote revoc 12-4-2016 08:58 PM
idril replied at 12-4-2016 08:54 PM
Bkn nya kita tau citer betulnya apa. X boleh nak menghukum sapa yg salah sapa betul

patot minah tu x detailkan

kan da timbul pesoalan situh.................mmg syok lar cerita cmni nek,musim kpop gitu,ley feelin snsd jap

Quote biozipstar 12-4-2016 08:59 PM
kalu dua2 boleh berbahasa melayu & mimi boleh berbahasa korea lgi best. haha
Quote miu84 13-4-2016 12:42 AM
Gambar muka tak jelas. Nak tengok produk korea + melayu
Quote Cyempaka 13-4-2016 12:51 AM
Adik2 bbnu mesti jeles... mereka pun berharap mereka sebenarnya berasal dr korea.buleh feeling2 novel
Quote crunchez 13-4-2016 03:31 AM
mcm certia yg kimchi korea tu apa benda tah. tapi tu versi lelaki korea yg pelat gila ckp melayu sampai aku rasa nak baling kasut
Quote cleopatralady 13-4-2016 04:47 AM
huntunglahh ada kpg kt korea
Quote uda 13-4-2016 08:52 AM
oak.balustrade replied at 12-4-2016 07:48 PM
Tak remarried pun dah 20 yrs. Kagum iols. Dia balik korea sebab bisnes kat malaya merundum. Agakny ...

Dia cerita ke yang bapak dia divorced mak dia?
Dia hanya kata hubungan terputus selepas mereka balik ke Msia. Mungkin mak dia cerai fasakh .

Anyway, abang dia tinggi. Ni mesti dapat DNA dr mak abang dia sebab bapak dia tu rendang aje
Quote meeza83 13-4-2016 09:33 AM
waaahhh syioknyaaaaa diaaaa
Quote minah_kidal 13-4-2016 09:52 AM
crunchez replied at 13-4-2016 03:31 AM
mcm certia yg kimchi korea tu apa benda tah. tapi tu versi lelaki korea yg pelat gila ckp melayu sam ...

itu da tahap annoying da tu. menyampah sgt

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.241637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top