RANTAU PANJANG – Tidur seorang warga emas dari Berek Pak Tua Long dekat sini, dikejutkan dengan bunyi kuat dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hangus terbakar kira-kira 20 meter dari rumahnya, petang kelmarin. Ismail Che Noh, 75, berkata, ketika kejadian dia seorang diri di rumah tersebut sementara isteri, Zawiah Setapa, 60, dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, dia terus bergegas keluar dan hanya dapat melihat samar-samar sebuah kenderaan berada tidak jauh dari rumahnya. Katanya, dia terdengar bunyi seperti orang menutup pintu kereta dengan kuat tetapi sebaik keluar tidak kelihatan sesiapa pun di samping pacuan empat roda tersebut. Katanya lagi, dia tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah api yang membakar kenderaan itu bertambah besar. “Pakcik berdepan masalah penglihatan, pada mulanya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah api besar baru sedar kereta sedang terbakar. “Kemudian beberapa orang penduduk datang dan salah seorang daripada mereka melaporkan kejadian kepada bomba,” katanya kepada Sinar Harian, petang kelmarin. Kata Ismail, sejak tinggal di kampung tersebut lebih 40 tahun, inilah kejadian pertama seumpamanya pernah dilihatnya dan bersyukur tidak ada kejadian buruk berlaku. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian jam 4.37 petang. Menurutnya, bomba bersama lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mokhtar Che Mah bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. “Api dapat dipadamkan dalam tempoh dua minit kerugian melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda itu dianggarkan RM27,000. “Punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya. Nashuha Fahd juga tidak menolak kemungkinan kenderaan tersebut terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak. Bagaimanapun katanya punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
|
1
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT