CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kempen PRK dicemari insiden bakar bendera parti

15-7-2013 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3200| Komen: 8

Description: KUALA BESUT - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang masuk hari keempat dicemari dengan kejadian membakar bendera parti awal pagi ini.
KUALA BESUT - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang masuk hari keempat dicemari dengan kejadian membakar bendera parti awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membakar bendera BN dan Pas di bulatan Kampung Lampu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada pukul 5.51 pagi, katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan para penyokong parti supaya menjalankan kempen secara professional dan berhemah dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap pihak lawan.

Perbuatan seperti membakar, merosak dan menurunkan bendera parti lawan perlu dijauhi bagi mengelakkan suasana tegang yang boleh menyebabkan pergaduhan, katanya.

Kamaruddin mengingatkan mereka supaya sentiasa mematuhi arahan dan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 15-7-2013 04:20 PM
macam budak2 la depa ni....mungkin bakar sendiri kot...pastu tuduh parti lawan....tak pun betul2 kena bakor ngan parti lawan...
Quote kasibiman 15-7-2013 04:21 PM
men + puasa = weird creatures

sek penyung ajaib = weird creatures
Quote kasibiman 15-7-2013 04:22 PM
sila buat penakulan mantik
Quote izamahmed 15-7-2013 04:22 PM
dekat nak raya janganlah bakar membakar
Quote solstice 15-7-2013 04:33 PM
Boleh didenda kerana buat pembakaran terbuka
Jerebu oii
Quote akughi 15-7-2013 04:43 PM
keje bodoh.......tak abis abis nak provok......

parti islam konon...perangai mcm setan
Quote pakwetizzaqyah 15-7-2013 05:23 PM
bakar bendera tak hormat bulan remadan..diminta jangan bertandeng
Quote mitnick 16-7-2013 08:25 AM
xde keje lain ke slain pembakaran terbuka... aritu jerebu kemain komplen bagai

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.201941 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top