CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pembukaan Cawangan Sushi King Ke-100 Di Malaysia

23-3-2016 05:57 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 3541| Komen: 0

Description: Kualiti dan pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh Sushi King pada harga yang berpatutan merupakan kelebihan Sushi King di pasaran tempatan. Rahsia kejayaan Sushi King jelas kelihatan dalam usaha berte ...
2016 merupakan tahun yang istimewa dan bersejarah bagi rangkaian restoran Jepun kegemaran Malaysia, Sushi King. Sebuah syarikat subsidiari di bawah Kumpulan Texchem, Sushi King membuka cawangan yang ke-100 di AEON Mall Shah Alam, cawangan terbaharu AEON. Acara pembukaan tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan tradisional Jepun. 


Sebagai rangkaian restoran Jepun terbesar di Malaysia yang beroperasi selama 21 tahun, pembukaan ini merupakan pencapaian yang besar bagi Sushi King, yang telah menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan dalam pasaran Malaysia. Di samping itu, Sushi King juga merupakan perintis bagi hidangan sushi di litar berpusing (‘kaiten belt’) di Malaysia.


Pengasas Sushi King dan Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi, berkata pembukaan ini melakar pencapaian yang amat penting dalam sejarah Sushi King.

“Sejak cawangan pertama Sushi King dibuka pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, kami telah melangkah jauh ke hadapan dengan pembukaan cawangan yang ke-100, menyajikan rakyat Malaysia dengan hidangan makanan Jepun yang kaya dengan sejarah dan sebaliknya, memberi kami peluang untuk menerokai budaya rakyat Malaysia dan sifat ingin tahu mereka untuk mencuba makanan baru.”


"Sushi King hanya menyajikan hidangan Jepun berkualiti tinggi dengan bahan-bahan yang diimport khas dari negara Jepun, Norway  dan lain-lain negara yang terkenal dengan bahan-bahan tertentu dalam penyediaan hidangan makanan Jepun yang terbaik.

“Sifat terbuka dan keghairahan rakyat Malaysia untuk menerokai makanan Jepun telah memacu minat saya untuk menyediakan hidangan makananan Jepun yang segar dan berkualiti tinggi. Maklum balas yang sangat positif serta sokongan padu rakyat Malaysia adalah antara factor paling penting bagi kejayaan Sushi King selama ini,” katanya.

Menurut beliau, pembukaan Sushi King di Malaysia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Jepun, malah merupakan suatu cara untuk menggalakkan pertukaran budaya antara dua buah negarai ini. Pembukaan cawangan yang ke-100 juga melambangkan semangat Sushi King untuk meneruskan matlamatnya untuk menyajikan makanan Jepun yang berkualiti tinggi dan berpatutan kepada rakyat Malaysia. 

Kualiti dan pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh Sushi King pada harga yang berpatutan merupakan kelebihan Sushi King di pasaran tempatan. Rahsia kejayaan Sushi King jelas kelihatan dalam usaha berterusannya untuk memastikan makanan yang disajikan adalah berkualiti tinggi dan program perkembangan staf sentiasa dijalankan. 

“Hidangan kami dihasilkan oleh Master Chef dari Jepun bagi mengekalkan rasa sushi Jepun yang asli. Demi mengekalkan kualiti Sushi King, para chef kami dari Jepun sentiasa memantau semua restoran kami. Pada masa yang sama, kami juga mempunyai chef tempatan yang merupakan pakar dalam penyediaan hidangan Jepun, untuk memastikan kesegaran hidangan kami sentiasa konsisten,” 



Semasa pelancaran pembukaan cawangan ke-100, para tetamu telah menikmati persembahan pembukaan tradisi Jepun seperti persembahan ‘Taiko Drum’ (alatan muzik tradisional Jepun); ‘Soran Bushi’ (persembahan tarian tradisi dari Jepun) dan juga upacara ‘Mochitsuki’ (upacara menumbuk kek nasi untuk membuat ‘Mochi’) – salah satu adat masyarakat Jepun dalam meraikan permulaan baru atau meraikan kejayaan, seperti yang telah dicapai oleh rangkaian restoran Sushi King.

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065840 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top